* Madu Tualang Hutan (Pure Honey)




Madu Tualang Hutan Asli
(Pure Forest Bee Honey, taken from "Tualang" tree)


Madu Tualang

Madu Tualang ialah madu hutan yang diambil daripada pokok Tualang.
Pokok Tualang ialah sejenis pokok hutan yang tumbuh tinggi, boleh mencapai kira-kira 30 meter.

Warna madu Tualang ialah coklat kehitaman. Kadangkala, kita akan jumpa madu Tualang yang berwarna lebih cerah. Bagaimanapun, secara peribadi, saya sangsi jika saya terjumpa madu Tualang yang berwarna lebih cerah, kerana selama pengalaman saya berniaga madu (online sejak tahun 2009) saya belum pernah mendapat bekalan madu Tualang yang berwarna cerah.

Secara amnya, madu Tualang ialah madu yang paling sesuai untuk semua lapisan umur. Jika anda tanya saya, madu apa yang paling bagus untuk anda, saya cadangkan madu Tualang. Lebih-lebih lagi, harga yang saya 'hadiah'kan kepada anda ini ialah antara yang termurah (jika bukan yang termurah) anda akan jumpa.

**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-

Comments

  1. SAYA AZIE...Boleh tak saya beri madu kepada bayi yang berumur 4 bulan? Anak saya menghidap selsema, batuk sejak dihantar ke taska. Jika boleh, berapa sukatan yang sepatutnya.

    Dan jika madu tersebut bertukar warna kehitaman dan rasanya jadi pahit, masih boleh digunakan atau tidak?

    Terima kasih…

    ReplyDelete
  2. Hai Azie,
    untuk anak kurang setahun, saya rasa ada baiknya you refer pada doktor. kalau ikut Nabi s.a.w, boleh bagi pada umur berapa2 pun, tapi, seeloknya dapatkan juga nasihat doktor.
    Rasa madu tidak akan jadi pahit walau selama mana anda simpan - saya dah cuba pada madu yg disimpan 2-3 tahun - sebaliknya rasanya lebih stabil (tidak masam/rasa bergas). Untuk bagi pada anak, you boleh anggap saja madu ni macam gula (tapi jgn lebih2 pula, sbb nati anak kepanasan sagt). gula pun kalau berlebihan tak baik kan, jadi, treat juga madu begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azie,
      sekadar berkongsi, baru2 ini anak saya yang masih baby batuk dan selsema. Saya menyusu anak penuh (tidak langsung bagi susu formula, tiada makanan/minum apa2 selain susu ibu saja) dan saya amalkan madu. Apa yang saya lihat, untuk kes2 selsema ringan, susu ibu yang minum madu sudah cukup untuk memberhentikan selsema baby. (anak saya selsema ringan 2 kali, dan selsemanya hilang dalam masa 1 hari , 1 malam (atau mungkin lebih cepat).

      Menjelang umur baby masuk 6 bulan, dia batuk & selsema. batuknya sudah masuk 3-4 hari, tapi disebabkan kelalaian kami, kami tak bawa dia jumpa doktor. Selepas 4-5 hari baby batuk, saya mula bagi baby minum air madu sehari sekali, tapi ada masanya kami lalai. Ada hari, kami tak bagi minum madu. Masuk minggu kedua, saya takut wheezing start. so saya cuba lebih disiplin dan kerapkan pemberian madu. Batuk makin berkurangan, dan kami mula lalai semula. Tapi batuk masih liat nak pergi. Selepas itu barulah kami lebih disiplin, kami pastikan baby minum madu 2 kali sehari, kemudian dlm 3-4 hari, batuk baby dah clear. Alhamdulillah. baby tak pernah kena guna nebulizer setakat ini, insyaAllah, terus begini.

      Sukatan yang saya gunakan: bagi bab minum air madu kira-kira 1-2 oz sahaja. (bancuh madu sekadar manis2 yang boleh diterima lidah).
      Saya bagi ketika baby tidak lapar sangat, tidak kenyang sangat (sbb kalau tengah lapar sangat nanti baby mengamuk tak cukup susu..)

      Delete
  3. salam
    macam mana yg diorang kata klau campur telur dia jadi masak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Madu bersifat "hygroscopic", maksudknya "menyerap kelembapan".
      Sebab itu madu boleh "masak" telur kuning.
      Pada pendapat saya, ini lah cara madu bekerja di dalam badan, iaitu dengan menyerap "kelembapan" di dalam badan - lendir - yang tak elok jika berada di dalam badan kita.
      Madu elok untuk orang kencing manis yang ada "water retention". "Water retention" kadangkala memang ada didalam badan, bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang.

      Delete
  4. salam,
    Setahu saya, madu asli boleh membuat telur kuning nampak seperti masak. Bukan betul2 masak tetapi anda akan nampak sedikit perubahannya.
    Ini ialah kerana sifat madu yang 'menyerap air' atau 'hygroscopic', jadi madu menyerap air yg ada pada telur kuning, lalu mengentalkan telur kuning dan nampaklah telur kuning seperti 'masak'.

    ReplyDelete
  5. salam nida,
    apa beza madu putih dengan coklat gelap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Eena
      Madu putih ialah Royal Jelly, coklat gelap pula ialah madu Tualang.

      mengikut supplier, khasiat madu putih dan coklat gelap ni sama aje.

      tapi kalau yang putih, bagi saya, lebih panas daripada Tualang.
      Secara amnya, Royal jelly lebih elok untuk perempuan - ia lebih kepada kecantikan.

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Adam, pada pendapat saya, apa yang didapati di tempat kita berada ialah yang terbaik untuk kita. Sebab, kita dah dijadikan Allah swt dengan sistem badan yang 'cerdik', sistem badan kita boleh mengadaptasi apa yang dirasakan oleh deria kita. Macam2 study dah dibuat, dah mmg hal ini telah terbukti.

      Kandungan madu lebah berubah mengikut madu daripada bunga yang dikutip oleh lebah. Semestinya madu daripada bunga sendiri dipengaruhi oleh persekitaran bunga, yang juga persekitaran kita.

      Sebagai tambahan kepada jawapan saya, apa yang saya terbaca dalam buku, katanya, madu yang gelap lebih baik kerana lebih kandungan bahan galian.

      Delete

Post a Comment