Friday, December 4, 2015

* Produk-produk Nida Madu Lebah







Gambar di atas ialah antara produk-produk Nida Madu Lebah.
Perhatikan buih-buih yang berada di dalam botol madu. Apabila madu dituang dalam kuantiti yang banyak, buih-buih akan terhasil dan buih-buih ini akan naik ke permukaan atas.

Ini adalah salah satu cara mengenal madu asli.


PRODUK-PRODUK Nida Madu Lebah:

Madu Tualang (Hutan), Royal Jelly Dan Madu Lebah yang dipelihara

**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-
Semua produk di atas ialah produk mentah (raw honey) yang tidak melalui apa-apa proses kecuali proses biasa selepas pengambilan madu lebah daripada sarangnya.
**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-

Madu Tualang


Madu Tualang ialah madu hutan yang diambil daripada pokok Tualang.
Pokok Tualang ialah sejenis pokok hutan yang tumbuh tinggi, boleh mencapai kira-kira 30 meter.

Warna madu Tualang ialah coklat kehitaman. Kadangkala, kita akan jumpa madu Tualang yang berwarna lebih cerah. Bagaimanapun, secara peribadi, saya sangsi jika saya terjumpa madu Tualang yang berwarna lebih cerah, kerana selama pengalaman saya berniaga madu (masuk tahun ke tujuh), saya belum pernah mendapat bekalan madu Tualang yang berwarna cerah.

Secara amnya, madu Tualang ialah madu yang paling sesuai untuk semua lapisan umur. Jika anda tanya saya, madu apa yang paling bagus untuk anda, saya cadangkan madu Tualang. Lebih-lebih lagi, harga yang saya 'hadiah'kan kepada anda ini ialah antara yang termurah (jika bukan yang termurah) anda akan jumpa.

**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-

Royal Jelly


Royal jelly ialah makanan yang diberi kepada anak-anak lebah yang berpotensi untuk menjadi Ratu lebah. Fungsi Ratu lebah di dalam koloni lebah ialah mengeluarkan telur untuk menjadi penyambung generasi lebah dalam koloni itu. Ratu lebah berupaya mengeluarkan kira-kira 2000 biji telur setiap hari. Makanan Ratu lebah sepanjang hidupnya ialah royal jelly.

Royal jelly sebenarnya adalah lebih 'panas' daripada madu lebah. Saya pernah mendengar bahawa royal jelly baik untuk orang yang menghidap kanser. Mungkinkah kerana sifat 'panas' nya itu ia dapat melawan sel-sel kanser? Saya akan cuba cari jawapan sebenar kepada soalan ini, InsyaAllah.
**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-


Madu lebah ternak


Madu lebah ini sesuai jika anda ingin menggunakan madu lebah dalam masakan, atau ambil secara berterusan dengan lebih kerap berbanding madu lebah Tualang. (Ini kerana, ada antara kita yang memang meminati madu, jadi penggunaan gula mereka digantikan dengan madu.)

Bagi sesetengah orang juga, kesan madu Tualang adalah terlalu kuat pada mereka, contohnya, madu memang boleh bertindak sebagai 'pembuka selera', jadi, bagi sesetengah perempuan, mereka bimbang apabila selalu berselera apabila menikmati makanan. Disebabkan khasiat madu Tualang adalah lebih tinggi, apabila seseorang itu mengamalkannya, memang kesan ini lebih dirasai. Bagaimanapun, untuk pengetahuan anda, madu sebenarnya boleh digunakan untuk menjadi resepi jika anda ingin menurunkan berat badan. Sila klik di sini untuk melihat resepi-resepi penggunaan madu sebagai ubat dan penawar.

Harga madu ini ialah yang paling murah saya tawarkan antara ketiga-tiga produk ini. Harga ini masih lagi kompetitif kerana kandungannya ialah untuk 1 kilogram madu asli.

Madu lebah Kelulut

Madu kelulut datang dari sejenis lebah yang dipanggil 'Kelulut'.  Bentuk badannya sedikit panjang berbanding lebah rumah atau lebah Tualang.  Madu Kelulut istimewa untuk kaum lelaki yang sudah berkahwin.

Perlu diketahui bahawa madu Kelulut Nida tidak berasa masam seperti masamnya sesetengah produk madu Kelulut peniaga madu Kelulut lain.  Madu Kelulut Nida ialah dari jenis Kelulut liar.

Rasa madu Kelulut sedikit masam berbanding madu Tualang, dan kurang manis, malahan dikatakan berasa 'lemak' bagi sesetengah orang yang biasa mengamalkan madu lebah.

**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-
Nida Madu Lebah
016 968 9754

No comments:

Post a Comment