Friday, March 5, 2010

* Persoalan tentang harga

Pembaca blog yang budiman,

Murahkan harga madu dan royal jelly yang ditawarkan di blog madu-lebah-nida.blogspot.com?

Ramai, malahan terlalu ramai yang mengatakan jawapan untuk soalan di atas adalah positif.  Maksudnya, ramai yang berpendapat ya, memang harga madu dan royal jelly yang ditawarkan di blog ini terlalu-lalu murah.

Maka timbul persoalan tentang keaslian tentang produk saya.

Satu respon untuk anda yang sangsi ialah, cuba sendiri.  Kemudian, anda boleh nilaikan sendiri.  Mungkin produk saya tidak asli, tapi apa yang anda rugi jika saya menjual produk tidak asli?  Ya, anda akan rugi, tetapi hanya rugi sekali sahaja.  Maknanya, anda rugi RM45 untuk sebotol madu Tualang atau Royal Jelly.  Tetapi, jika produk saya asli, apa pulak keuntungan untuk anda?  Dapat berjimat kira-kira RM50 (kadangkala lebih RM50) untuk setiap kali anda beli sebotol madu Tualang dengan berat 1 kg, dan jika anda ulang beli, anda akan jimat RM50 lagi.  Maknanya, anda untung berkali-kali.  So, isn't it worth a try to buy from me?

Jika anda amalkan sesudu besar sekali sehari, sebotol tahan lebih sebulan (jika gunakan untuk seorang), tapi katakanlah anda habiskan sebotol sebulan, dan kemudian beli lagi, maka untuk setahun anda berjimat RM600 setahun.  Ini belum dikira keuntungan anda dari segi kesihatan.  Perlu diingat, health is wealth. (Kesihatan itu kekayaan.)

Jika betul saya menjual produk tipu, anda akan kerugian RM45, tetapi jika anda cuba dan mendapatinya asli, saya telah tuliskan berapa keuntungan untuk anda.



Bagi anda yang sangsi juga, sekadar ingin berkongsi, saya ingin warwarkan bahawa sudah ada beberapa orang repeat customer saya.  Jika beli di blog, semuanya orang yang asalnya tidak saya kenali.  Kawan-kawan juga ada yang sudah jadi repeat customer saya.
Saya tidak beli madu dalam borong, tetapi saya cuma berniaga kecil-kecilan.

Jika saya hantar ke makmal untuk ujian, saya cuma tahu hasil ujian untuk sesebotol madu atau royal jelly.  Jadi, hasilnya bukan untuk setiap botol produk yang saya jual.  (The validity of the test will not be applicable to every bottle of honey/royal jelly that I sell.)*  Dan, menguji di makmal juga memerlukan masa dan tenaga saya, sedangkan saya bekerja sepenuh masa, jadi saya tak mahu bersusah payah ke makmal.  Lebih-lebih lagi, seperti yang saya katakan, hasil ujian tidak boleh digunakan untuk setiap botol madu/royal jelly yang saya jual.  Jadi, it's not worth my time and effort to pursue testing it at the lab.

Saya ingin tarik perhatian kebanyakan kita yang merasakan bahawa semakin tinggi kualiti sesuatu barang, semakin mahal harganya.  Untuk kebanyakan hal, memang hal ini betul.  Kerana, untuk menjamin kualiti, biasanya diperlukan kajian(research).  Ini benar jika benda itu adalah dicipta.  Selain kajian, harga juga dipengaruhi oleh faktor lain, termasuk, gaji pekerja untuk sesuatu syarikat, iklan yang dijalankan, sewa premis (kedai/pejabat), kos pengangkutan, dan lain-lain.  Ada juga faktor lain yang mempengaruhi harga, termasuk niat seseorang berniaga, dan nilai seseorang individu/peniaga itu.

Bagi saya, saya bekerja sepenuh masa.  Seorang profesional yang tidak bergantung kepada satu sumber sahaja, dan berniaga madu lebah untuk mendapatkan pengalaman berniaga, dan pendapatan daripada bisnes madu lebah sekadar cukup untuk meneruskan bisnes ini (sebab kalau bisnes tak untung, buat apa nak berniaga, ye dak?) dengan pendapatan sekadar cukup untuk jadi 'drive' kepada saya untuk berusaha memenuhi kehendak pelanggan.  (contoh: Pelanggan mesti nak barang cepat selepas dah bayar, dll).

Saya tidak ada premis semata-mata untuk berniaga madu lebah.  Iklan saya cuma apabila saya blogwalking, atau warwarkan dalam mailing list, atau, hasil word-of-mouth (bualan daripada mulut ke mulut) kerana ada pelanggan yang berpuas hati dengan produk saya lalu bercerita kepada kawan-kawan mereka.

Saya tidak uji madu/royal jelly ini di makmal, jadi anda juga tidak bayar untuk ujian itu.

Saya tiada pekerja yang makan gaji untuk menjalankan bisness madu lebah ini, jadi, anda tidak bayar gaji mereka apabila anda beli madu lebah dengan saya.

Menulis di blog ini termasuk antara kemahuan saya, jadi anda juga tidak bayar untuk itu.  Nasihat tentang penggunaan madu lebah atau royal jelly adalah percuma, bukan untuk pelanggan sahaja.

Botol yang anda terima daripada saya bukanlah botol yang cantik atau istimewa.  Botol pun tiada label yang saya cajkan harganya kepada anda akhirnya.

Saya telah beritahu anda apa beza saya dengan peniaga lain.  Jadi, perlukah saya jual mahal-mahal?  Bagi diri saya: TIDAK.  Kerana, antara niat saya berniaga, juga untuk beramal dan menyebarkan kebaikan madu lebah kepada semua golongan kehidupan.  (Perhatikan tagline saya: Madu lebah untuk SEMUA! - "SEMUA" termasuklah orang yang senang, orang yang tak berapa senang, warga emas, orang dewasa, kanak-kanak, haiwan peliharaan (contoh penggunaan: ubat luka), tumbuhan (contoh penggunaan: mempercepatkan akar bercambah apabila menanam pokok menggunakan teknik keratan batang).  Jika harga mahal, mungkinkah "SEMUA" golongan kehidupan dapat menggunakannya?)

Jika anda beli madu/royal jelly daripada saya, anda hanya bayar harga madu lebah, dan sedikit upah untuk saya sebagai keuntungan (yang digunakan sebagai 'drive' untuk saya terus berniaga madu lebah).  Anda tidak bayar gaji saya, anda tidak bayar my loss of income for the time that you don't buy, anda tidak bayar sewa kedai/kiosk/pejabat saya, anda tidak bayar iklan tentang perniagaan saya, anda tidak bayar kajian/test di makmal (yang mungkin tidak sah), anda tidak bayar upah upline/downline saya (kerana saya berniaga terus), dan banyak lagi kos-kos wajib yang saya tidak caj kepada anda.

Mengikut apa yang seorang sahabat kongsikan dengan saya, Nabi Muhammad saw, sewaktu mula-mula berniaga ke Syam bagi pihak Saidatina Siti Khadijah ra (sebelum mereka berkahwin), bukan mendapat keuntungan berganda kerana Nabi saw menjual dengan harga yang mahal.  Tetapi, Baginda saw mendapat keuntungan yang banyak kerana cara Baginda berniaga disukai ramai.  Lebih-lebih lagi, semakin ramai yang mendapat kebaikan daripada madu lebah, bermakna semakin ramai yang akan menyedari bahawa mereka sebenarnya mengikuti apa yang telah disebutkan di dalam Al-Quran.

Selagi harga supplier saya masih begini, dan selagi tak ada keperluan, harga di sini akan tetap begini.

Murahkah produk madu dan royal jelly yang saya jual?

Murah atau mahal adalah subjektif.  Kalau di Malaysia semuanya murah hati dan banyak duit, produk saya memang murah.  Tetapi, ramai lagi yang perlukan bantuan/simpati daripada kita.

Cabaran untuk menetapkan sesuatu barang bukan menentukan berapa mahal sesuatu barang, tetapi berapa murah boleh ditawarkan.  Jadi   JANGAN HAIRAN ATAU TAKSUB DENGAN HARGA YANG MAHAL.

Kerana, seperti yang saya katakan, menetapkan harga mahal bukan cabaran.  Kita perlu taksub dan hairan kalau sesuatu itu adalah satu cabaran yang berjaya diambil seseorang.  Jadi, jangan tersilap langkah, ya.

Untuk pengetahuan anda, saya tidak berminat untuk menipu.  Honesty is always the best policy for me.

Saya bukanlah seorang con-woman, I have better things to do. Dan saya juga tak berminat untuk makan duit haram sumber penipuan.  (Btw, you can see what other things I can do as a source of income, just look for my other blogs on the right hand side of this blog.)

Dan, ingin saya tekankan di sini, saya memang amalkan madu dalam kehidupan kami.  Apa yang saya kongsikan dalam blog ini seperti post dahulu memang apa yang saya lalui, bukan direka-reka.


* Untuk sesetengah ayat, saya terpaksa gunakan English kerana lebih mudah untuk saya terangkan.

Best wishes,
Nida @ madu-lebah-nida.blogspot.com

1 comment:

  1. SALAM
    SAYA NAK SATU BOTOL MADU TUALANG..
    BOLEH HANTAR KE??

    sk

    ReplyDelete