Thursday, April 15, 2010

* Mahani M, Seberang Perai Utara, Penang: Terkena air panas, batuk/asma, keaslian madu lebah Nida

*************************

Kisah 1:

Kawan sepejabat saya telah tertumpah air panas mendidih pada lengan dan perutnya.  Dengan segera, dia bertindak menyapu madu tualang yang dibeli daripada Nida ke tempat yang terkena air panas itu.  Alhamdulillah, tempat yang terkena air panas tidak melecur dan tidak mengelembung.  Lebih menakjubkan, tangannya bersih daripada sebarang kesan terkena air panas mendidih itu.
 

Kisah 2:

Suami saya kuat merokok dan amat susah untuk mengambil apa-apa ubat-ubatan.  Dia juga mengalami batuk yang teruk.   Almaklumlah, susah nak tegur orang lelaki ni, jadi sebagai isteri, kita carilah pilihan lain untuk memikat hatinya.  Sejak beli Madu Tualang daripada Nida, hari-hari saya bancuhkan air madu lebah untuk suami minum.  Alhamdulillah, suami suka dan akan tanya mana air madu lebah jika lambat bancuh.  Apabila batuk juga, dia akan minta madu lebah.   Apa yang saya lihat, apabila minum madu lebah dengan limau, suami rasa lega, dan katanya memang terasa lega di tekak dan akan berhenti batuk buat seketika.

Kisah 3:
Seorang lagi kawan saya mempunyai anak remaja yang menghidap lelah (asma).  Sebelum ini, dia memberi anaknya minum madu daripada suatu syarikat lain.  Nak dijadikan cerita, dia minta daripada saya sebotol madu Tualang yang dibeli daripada Nida untuk diberikan kepada anaknya.  Anaknya memberitahu kepada kawan saya yang madu Tualang lebih sedap daripada madu yang dibeli sebelum ini.  (Madu yang dibeli daripada syarikat lain itu mengandungi campuran herba.)  Tambahan pula, dia akan muntah setiap kali makan madu daripada syarikat lain itu.

Saya berterima kasih kepada Nida kerana membekalkan madu lebah Tualang asli kepada pelanggan.  Ketulusan hati dan keikhlasan amat baik diamalkan oleh penjual kerana  kepuasan pelanggan amat penting untuk memajukan perniagaan.  Semoga berkekalan hati yang murni dan barakah perniagaan, InsyaAllah.

*************************

No comments:

Post a Comment