Sunday, September 26, 2010

* AKAN DATANG: Lebih banyak update, insyaAllah!

Kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun.

Beberapa hari lagi, masa akan terus berdetik dan bulan 10 bakal tiba.  Kemudian, bulan 10 berarak pergi, bulan 11 pula menjengahkan diri.
Dan seterusnya.

Setahun berarak pergi.
Beberapa bulan yang kemudian ini, rasanya saya terlalu jarang menulis.  Tiba-tiba rasa bersalah pula pada diri.

Dengan itu, saya ingin warwarkan di sini, saya akan godek lagi buku-buku tentang madu lebah yang saya ada, dan kongsikan hasilnya di sini.  Lebih lagi informasi tentang madu lebah akan saya cari dan kongsikan juga.  Semuanya dengan Izin Allah swt, kerana kita hanya merancang.  Mudah2an diizinkanNya dan dipermudahkan.

P/S: Sebenarnya, sebagai seorang Islam, apa saja yang kita rancangkan mesti dituruti 'InsyaAllah', kerana kita tiada kuasa untuk memastikan apa yang dirancang menjadi.  Tapi, jangan pula menyalahguna frasa itu, contohnya, menggunakan 'InsyaAllah' apabila berniat di dalam hati 'tak nak buat' sesuatu.  Apabila kita berkata 'InsyaAllah', maknanya, kita akan berusaha sedaya upaya menunaikan apa yang dijanjikan.  Bukan jadikan ia satu frasa untuk melepaskan diri.  Jadilah kita orang beragama Islam yang dihormati dan disegani kerana apabila kita berkata 'InsyaAllah', bermakna kita telah membuat janji yang akan kita cuba sedaya upaya kotakan.  Bukan sebaliknya.  Ingat, kata itu kota.  Janji mesti dikotakan.

No comments:

Post a Comment