Sunday, July 8, 2012

* Salam Ramadhan

Assalamu'alaikum.

Masa bertatih pergi. Sedar tak sedar, bulan Ramadhan bakal kembali insyaAllah. Mudah-mudahan kita akan berjumpa dengan Ramadhan yang mulia.

Saya dah terbayang-bayang keseronokan berbuka puasa. Inilah masa untuk kita melatih anak-anak bersabar menahan lapar dan dahaga, bersyukur dengan yang ada. Jangan 'spoil'kan Ramadhan dengan membazir, sama ada dari segi makanan, pakaian, atau masa. Ramadhan bukan masa untuk melepaskan gian waktu berbuka, atau membazir tika nak beraya. Sedar-sedarkan dalam diri kita, kita bukan masuk ke Ramadhan untuk berjumpa Syawal semata-mata, tapi sebaliknya, kita hendak menemukan peluang untuk melabur dengan pulangan yang berganda-ganda. Mudah-mudahan kita akan beroleh Rahmah-Nya, Amin. 

Marilah kita mula melatih diri dengan amalan-amalan sunnah selepas melakukan yang wajib. Minum madu ialah salah satu sunnah yang disukai Nabi s.a.w, malahan telah tertulis di dalam al-Quran saranan mengamalkan madu. 

Marilah kita sama-sama terus mencantikkan buku amalan kita, masukkan sunnah minum madu sebagai salah satu penghiasnya. Mudah-mudahan kita semua beroleh keuntungan di dunia dan di akhirat, amin. Salam Ramadhan.

No comments:

Post a Comment