Sunday, June 29, 2014

* EJEN-EJEN MADU LEBAH NIDA

Salam takzim,

Saya perlu berbuat sesuatu yang sudah lama saya sepatutnya lakukan, iaitu memperkenalkan teman-teman yang sudah mula membantu meluaskan pasaran madu lebah jualan saya.

Harga madu lebah Tualang dan Royal Jelly yang dibeli daripada ejen Semenanjung perlu bayaran lebih RM 5, kerana itulah keuntungan bagi mereka.  Harga produk yang dibeli daripada ejen Sabah/Sarawak pula perlu mendapat kepastian daripada mereka.

Rasionalnya, jika anda datang ke tempat saya berjumpa anda iaitu di Petronas Taman Meranti Jaya, Puchong, anda akan berhabis lebih daripada RM 5 atas kos minyak, masa, penat, telefon/SMS.  Selain itu, saya juga selalu tiada kelapangan berjumpa anda.

Jika anda minta saya kurier, caj penghantaran saja sudah mencecah RM 20++(bergantung kepada berat madu lebah).  Lagipun, ejen saya biasanya menggunakan botol kaca iaitu cara terbaik menyimpan madu lebah.

Oleh itu, bagi memudahkan banyak pihak dan hasil yang lebih bagus, ada baiknya anda temui saja ejen-ejen saya untuk mendapatkan bekalan madu lebah asli jualan saya.

Nama-nama ejen dan kawasan mereka adalah seperti di bawah ini (Senarai ejen dan kawasan juga ada di sebelah kanan blog ini dalam Web Version)(Mobile version tidak nampak link sebelah kanan):

* Bangi: Puan Emy : 012-659 8432

* Hulu Langat : Haji Muhammad: 014-353 8206

* Kajang: Puan Harfirdaus : 012-2686 845

* Rawang & Kelana Jaya: Hairol: 012-655 9341

* Semenyih: Puan Haryati 019 - 230 1901

* Alor Gajah, Melaka: Azuan: 012-694 1163

* Terengganu: En Nik 012 - 3055 051


~~~Harga ejen Malaysia Timur: ~~~~
(sila tanya ejen)

* Kota Kinabalu : Haji Muhammad: 014-353 8206

Nama-nama yang tidak ada dalam senarai di atas BUKAN lagi ejen ejen saya.

Ejen-ejen yang saya telah lantik adalah ejen-ejen yang sudah menjadi pengguna madu lebah jualan saya.  Mereka adalah orang-orang yang saya percayai.  InsyaAllah anda juga boleh mempercayai mereka.  Senarai ejen-ejen ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, insyaAllah.

Bagi mereka yang berminat menjadi ejen, syarat pertama ialah menjadi pengguna.  Jika anda berpuas hati dengan kualiti madu lebah yang saya jual, anda boleh nyatakan minat anda untuk menjadi ejen.

Buat tahun ini, tiada syarat lain dan/atau bayaran ekstra untuk menjadi ejen, tetapi, mungkin tahun depan akan ada bayaran dan syarat-syaratnya. 

Akhirkata, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada ejen-ejen madu lebah jualan saya.  Mulakan sedikit-sedikit, insyaAllah berjaya.  Terima kasih atas sokongan semua.

Nida Madu Lebah
016 - 9 689 754

Thursday, February 13, 2014

*Post from FB: Pengalaman Seorang Ibu amal madu lebah 3 hari

Salam Jumaat yang penuh barakah,
Kira-kira 2 minggu lepas (masa CNY 2014), seorang ibu kepada 3 orang anak SMS saya. Dia berkisah tentang anak-anaknya yg mengalami simptom2 #asthma atau #lelah. Sejak bertahun-tahun, sudah dicuba pelbagai usaha, berhabis beribu RM untuk mencari penawar demi anak-anak. Memanglah, saya sendiri, sebagai ibu, faham perasaan seorang ibu yang lain tentang hal kesihatan anak-anak.

Akhirnya, dia dengar tentang penggunaan madu lebah sebagai penawar lelah dan terjumpa blog saya.

Duduknya tak jauh, tapi minggu ini (Isnin lepas) barulah saya kurierkan madu lebah #Tualang kepadanya.

Selasa sampai di tangannya. Cuak juga dia apabila madu lebah dihurung semut. Madu lebah memang dihurung semut, especially kalau madu lebah tu baru. Kalau yang dah lama atau madu dari sesetengah kawasan yang tinggi kandungan #sulfur sekitarnya memang tidak dihurung semut.

Si ibu mula memberi anak-anak dan dia sendiri minum bancuhan madu. Ada anak-anak yang mesti diberi 2 jenis pam sehari, 1 jenis untuk mengelakkan batuk dan 1 lagi mengembangkan salur-salur pernafasan (seperti nebulizer).

Saya cadangkan pemberian gas/pam seperti biasa, sebab madu bukan seperti ubat, saya ulang, MADU BUKAN SEPERTI UBAT yang kesannya serta merta (menghilangkan simptom), tetapi, madu bekerja memulihkan, dan caranya perlahan-lahan. (Kalau drastik, mungkin kita yang tak tahan, kan?)

Seperti biasa, bagi tujuan perubatan, penggunaan madu mesti lebih kerap, tetapi tambahan dosej/dosage bertambah secara beransur-ansur. (Kalau nak tau kenapa, pls refer my blog madu lebah ya.)

Hari ini, hari ketiga mereka anak-beranak mengamalkan minum bancuhan madu lebah. Alhamdulillah, menurut SMS drp si ibu mengatakan yang selepas minum madu hari ini, anaknya terbatuk dan keluar kahak hijau. Si ibu juga sama, tiba-tiba terbatuk dan juga berkahak hijau. Baru 3 hari. Kami sudah nampak sinar harapan ada perubahan positif untuk anak-anak dan ibu sendiri.

Sudah lebih 4 tahun ibu gigih ini mengusung anak ke hulu ke hilir (ini ayatnya sendiri) mencari ubat dan penawar untuk anak-anak. Kesihatan anak-anak ialah kebahagiaan ibubapa. Inilah sumber inspirasi saya meneruskan penjualan madu lebah.

Untuk mereka yang pernah berkata saya 'berniaga hanya nak untung', ayat anda sangatlah mengajar saya. Saya tidak cuba bahas dan debat dengan anda tentang ayat anda itu kerana saya pun memang tidak hairan untuk mengambil wang daripada anda (apabila anda beli madu lebah dengan saya). Bagi saya, perniagaan madu lebah ini saya jadikan cara untuk menyebar kebaikan dan membantu orang lain (supaya sihat) dan kini slowly membuka pintu rezeki untuk yang ingin menjadi ejen.

Mudah-mudahan saya dan supplier saya terus berupaya memberikan madu lebah asli kepada anda. Kami cuma menyediakan jalan, kebaikannya datang daripada Allah s.w.t, menunggu untuk anda sendiri mengambil kebaikannya. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

More info at my blog madu lebah: http://madu-lebah-nida.blogspot.com/ InsyaAllah

*Post from FB: Pengalaman membesarkan DearSon2(DS2)

aslmkm,
just a quick note to the page Madu Lebah Nida fan. (ada appointment dgn lawyer in 1 hour time)

First, tq for your likes. May Allah Grants you goodness and wellness.

2nd, saya baru saja share dengan seorang 'stranger' yang menemankan babynya di hospital tentang pengalaman saya membesarkan anak bongsu.

Si Bongsu saya sekarang berumur 2.5 tahun. Disebabkan saya nak bercerita tentang pengalaman membesarkannya, bagaimana khasiat madu kami rasai, saya kena la re-cap bagaimana keadaan kesihatan anak saya tu. Umur 2.5 tahun. Agak2 berapa kali dah anak tu demam? 5? 10? 15? (eh, macam sifir 5 atau kira 5 masa main nyorok2 kecik2 dulu pula yer...?)
So, dlm mencongak2 berapa kali DS2 (DS=DearSon2), saya rasa mcm kurang daripada 5, iaitu rasa macam 3 kali aje demam so far. yang paling lama (3 hari lebih kurang) was when he received his 1.5 years shot (immunisasi). Kalau tak silap saya, itulah kali pertama dia demam. Selepas 1.5 tahun, dia demam lagi 2 kali, dan alhamdulillah, sihat dlm masa 24 jam. Mesti anda tak percaya, kan? Saya pun rasa macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Si DS2 saya ni punya lah siksa nak makan ubat, ya Allah, seriously so siksa, (saya ada 3 orang anak lain yang kami 'test'kan okey...) dan DS2 ni, disebabkan jarang sgt makan ubat, so dia tak nak, tak nak, tak nak, makan PCM tu. dia akan muntahkan bila masuk tekak dia. (Alhamdulillah dia sihat selepas 24 hours. Phew...)

Saya bersyukur saya menemui kebaikan madu lebah asli. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang khasiatnya. Tak perlu beli dgn saya, tapi belilah Tualang, madu tempatan. Sebab, penyakit kita dari kawasan sekitar kita (udara sekeliling, cuaca, dll), jadi ambillah penawarnya dari kws sekeliling kita juga. Segala hikmah dan kebaikan yang kami dapat hanyalah daripada Allah, dan kami pulangkan segalanya kepadaNya. Mudah2an terus-terusan begitu. Amin.

----------------
if we can make the world a better world, then let's.

016-9689 754

Friday, January 10, 2014

* Jualan murah sempena Maulidurrasul

Salam takzim,

Mengumumkan jualan murah sempena Maulidurrasul bagi tahun 1435H.

Jualan murah dari 11 - 17 Januari 2014

2 botol madu Tualang/Royal Jelly  RM 100.
 
2 botol Kelulut RM  160
 
 2 botol madu Ternak RM 60


Selamat menyambut Mauliddurasul,
banyakkan selawat, mudah-mudahan kita akan beroleh syafaat Baginda s.a.w di hari Mahsyar nanti

Hubungi saya untuk stok madu lebah anda,
Nida
016-968 9754

* Testimonial Puan Murni, Johor: Keluarga semakin sihat, kurang makan ubat-ubatan dan anak-anak cerdik & bijak


*****************************

Nota: Penulis testimonial ini telah menghantar testimonialnya menerusi aplikasi Whatsapp.  Puan Murni ialah seorang guru.  Alhamdulillah, beliau suami isteri sangat istiqamah dalam amalan madu lebah buat anak-anak.  Hasilnya, keputusan PMR dan UPSR anak-anak mereka sangat memberangsangkan, pastinya semua penat lelah mereka rasa berbaloi.  Alhamdulillah, mudah-mudahan pihak beliau dan anda akan dapat manfaat daripada hasil tulisan beliau.

Komen Nida:
Saya sangat gembira jika dapat memainkan sedikit peranan dalam hal kesihatan dan pembelajaran anak-anak saudara seagama.  Mudah-mudahan usaha saya yang sedikit ini dapat membantu anda dan diri saya sendiri, bukan hanya di dunia ini.  Maksud hadis:
Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
Akhir kata, terima kasih, Puan Murni!!

Hubungi Nida Madu Lebah, 016-968 9754
******************************
 
Alhamdulillah... Selepas amalkn madu Tualang Nida, kesihatan suami dan kami sekeluarga baik.  Anak pun semakin cepat cerdik dan bijak.

Kami memang kurang makan ubat kalau sakit, sebaliknya ambil madu Tualang sahaja.
Kami amalkan dengan doa dan selawat. Alhamdulillah,  Allah izinkan. Moga Allah berkati usaha kami....

Moga Allah berkati juga bisnes Nida, di samping tolong orang jadi sihat.

*******************************

Tuesday, December 17, 2013

* Testimonial Encik Mohd Norizan: Pernafasan lebih lancar, rasa berdebar kurang dan peredaran darah lebih lancar

*****************************

Nota: Penulis testimonial ini telah mengirim email kepada saya tanpa saya tanya/minta.  Saya hanya tukarkan beberapa perkataan menjadi 'bahasa buku'.  Alhamdulillah, mudah-mudahan pihak beliau dan anda akan dapat manfaat daripada hasil tulisan beliau.

Komen Nida:
Saya sangat bersyukur kerana encik Norizan istiqamah dalam usahanya mengamalkan madu lebah jualan saya.  Alhamdulillah Allah gerakkan hati beliau untuk terus mengamalkan minum madu lebah selepas batuk selama lebih sebulan disebabkan (healing reaction) pengambilan madu lebah.

Hubungi Nida Madu Lebah, 016-968 9754
******************************
 
 
Assalamualaikum Puan Nida,
Harap Puan sihat bersama keluarga. Alhamdulillah saya berjaya amalkan madu Nida dan Alhamdulillah juga saya rasa ada kesannya. Kesan yang paling kuat saya rasa lepas gunakan madu tualang adalah saya batuk berkahak selama lebih sebulan. Tak pernah saya batuk berkahak selama itu (sebenarnya saya sangat jarang batuk berkahak). Mulanya saya risau juga kerana batuk tak berhenti, tapi apabila sudah berhenti, saya rasa pernafasan saya lebih lancar, rasa berdebar pun kurang, dan rasanya peredaran darah makin lancar. Mungkin batuk itu ialah tindakbalas madu untuk membersihkan paru-paru saya.

Mak saya pun ada amalkan juga, dan mak saya cakap nafas dia skrg lebih panjang, baca Al-Quran pun dah tak semput. Cuma bapa saya sahaja (ada kencing manis) yang kurang konsisten mengambil madu. Tapi saya akan cuba agar dia lebih konsisten sebab saya nak tengok kesan madu ke atas penghidap kencing manis. 
 
Saya ada satu soalan, kawan isteri saya ada masalah haid tak teratur, jadi susah untuk dia pregnant. Ada org ckp kat dia elok amalkan madu tualang, cuma saya nak tahu ada petua/cara amalan tertentu ke utk kes dia?
Itu sahaja buat masa ni. Terima kasih Puan. Askm

*******************************

Berikut ialah jawapan kepada soalan tentang isteri kawan:

Ttg kawan tu, sesiapa pun elok ambil madu lebah. Utk apa2 penyakit. Termasuk utk regularkan haid dan membantu utk dapatkan anak. Tp of course, bg saya, faktor2 lain pun perlu diingat-pemakanan, dll.

*******************************


Tuesday, September 24, 2013

* PERTUKARAN MASA PENGHANTARAN DAN SYARAT PENGHANTARAN

Salam takzim,

Kebelakangan ini, saya nampaknya semakin sibuk.  Atas sebab itu, saya mohon kerjasama dan pengertian daripada para pelanggan dan sahabat yang saya kasihi untuk menerima berita terbaru tentang penghantaran melalui kurier dan despatch.

PENGHANTARAN MELALUI KURIER:


Penghantaran BUKAN lagi 5 hari seminggu tetapi hanya

2 KALI SEMINGGU (ISNIN & RABU)


Syarat tambahan:

Tarikh akhir pesanan untuk penghantaran hari Isnin ialah hari Jumaat (tengah malam)

dan 

Tarikh akhir pesanan untuk penghantaran hari Rabu ialah hari Ahad (tengah malam)




PENGHANTARAN MELALUI DESPATCH:

 

AKAN DIWARWARKAN SELEPAS DAPAT PERSETUJUAN DESPATCH