Cerita tentang Sale..

Salam mesra duhai pengunjung...

Lama sungguh saya tak menulis di sini.  Semuanya disebabkan kekangan kehidupan sebagai seorang ibu, isteri dan pekerja yang makan gaji.  Apapun, bagus juga, kerana tiadanya entri baru bermakna entri terakhir sebelum ini (Madu Lebah Nida: Asli atau tidak?) dapat dilihat dengan lebih lama dan harapnya meninggalkan kesan pada diri pengunjung.

Apapun, mari kita ke tajuk entri ini.  Tajuk adalah seperti yang tertera kerana apabila menjelang akhir tahun, seperti tahun-tahun lalu,  saya menerima soalan tentang 'Sale akhir tahun di blog madu-lebah-nida.'. 
T, I , A, D, A.  Maaf, tapi itulah hakikatnya.  Tapi KENAPA???  Kerana, di
madu-lebah-nida.blogspot.com tiada stok lama.  Dan hakikatya juga, tanpa sale sendiri, harga jualan madu dan royal jelly saya memang sudah mengalahkan harga sale atau diskaun di kebanyakan tempat.

Ok, seterusnya, saya cuma ingin kongsikan pemerhatian dan pengetahuan saya tentang sale di Malaysia setakat ini (tahun 2011).

Tahukah anda, jika anda biasa memerhatikan gimik kedai-kedai di luar sana, ada yang menggantung kain rentang  yang mengiklan jualan murah mereka, mungkin berbunyi "Jualan Akhir Tahun", atau "Moving out sale", atau "Penghabisan Stok", atau "Jualan Ulangtahun", dan berbagai-bagai lagi contoh, tetapi, kain rentang mereka ini dipasang hampir berbulan-bulan lamanya.  Hairan wal ajaib.  Kalau betul nak pindah (move out), kenapa lama sangat tak pindah-pindah?  Atau, kenapa stoknya tak habis-habis?  Dan, berapa lama mereka menyambut ulangtahun? 

Umum mengakui, seorang perempuan memang suka pergi shopping.  OK, saya termasuk dalam golongan itu. (Saya tahu ada ramai lagi perempuan yang bukan kaki shopping tapi itu cerita lain.) Tapi selepas bertahun-tahun jadi 'kaki shopping', saya akhirnya sedar, kain rentang atau iklan tentang sale itu sebenarnya hanyalah gimik.  Kalau betul seperti yang ditulis di iklan mereka akan berpindah atau penghabisan stok, patutnya harga akan murah gila-gila dan barang akan habis dijual dengan cepat.  Tak perlu menggantung kain rentang berbulan-bulan kalau harga betul seperti yang dibayangkan.  Jadi, saya seru, janganlah kita terkelentong dengan harga 'sale' yang ditawarkan.

OK, tadi cerita yang kain rentang cuba bayangkan dengan keywords 'berpindah', atau 'penghabisan stok'.

Sekarang mari kita cerita tentang sale di sesetengah pusat membeli-belah.  Ini hasil perbualan pada 3 'occasions' (3 perbualan) dengan jurujual berlainan.

Tahukah anda bahawa untuk sesetengah barangan, contohnya pakaian, yang menawarkan potongan 50%, ada yang memang merupakan stok untuk 'sale' sahaja.  Ini bermakna, pakaian ini hanya akan dikeluarkan pada musim sale saja dan disimpan pada masa-masa lain.  Pakaian ini memang telah diletakkan price tag/tanda harga yang mahal di kilang, kemudian diturunkan harga sebanyak separuh harga di pusat membeli-belah.  So, kalau sebelum ini anda tidak tahu, sekarang anda tahu.  Rasa macam tertipu tak?  Logikkah kalau sepasang seluar atau sehelai baju kanak-kanak jenama Malaysia yang berharga RM 120 atau 70?  Berapa banyak kain yang digunakan?  Berapa lama anak anda boleh pakai walau sebagus mana pun kualitinya?  Semahal mana harga yang dibayar pada perekacipta pakaian itu?  Perlu diingat, kita bukan bercerita pasal butik, tapi pusat membeli-belah.  Jika iya pun butik, ini bukan cerita pasal 'designer quality attire'.  Cuma jenama biasa yang selalu didengar.  Dan pastinya ini bukan spesifik untuk pakaian kanak-kanak.  Untuk dewasa juga sama.  Mungkin ada kelainan jika sale yang anda pergi betul-betul 'clearance' atau 'member's day sale'.

Untuk mencuri minat pelanggan, akan ada macam-macam cara yang peniaga akan gunakan.
Untuk diri saya, buat masa ini, sale di madu-lebah-nida.blogspot.com hanya ada 2 kali setahun.  Satu ialah sempena ulangtahun blog (sepanjang bulan 8 setiap tahun InsyaAllah), dan satu lagi ialah sempena Maulidurrasul (selama 1 minggu, dengan hari Maulidurrasul di tengah-tengahnya).  Rasionalnya ialah, untuk sale ulangtahun, itu cara saya menghargai sokongan anda, sementara untuk sale Maulidurrasul, ini cara saya ingin menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dah bagitau siap-siap bila nak sale, tak takutkah saya jualan akan berkurang satu dua minggu sebelum sale?  Let me answer that with a resounding 'NO'.  Untung seringgit seorang kalau sejuta orang yang beli sudah jadi sejuta ringgit, kan?  Itu kalau sejuta, sedangkan motto saya ialah "Madu Lebah untuk SEMUA".

Setakat ini saja celoteh saya buat kali ini.  Sebenarnya ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan di blog ini, tapi ada beberapa halangan buat masa ini.  Lain kali, insyaAllah.

Terima kasih atas sokongan anda ya,
Nida Madu Lebah
016 9689754

Comments