* Testimonial Puan Azura, Technology Park Malaysia: Madu Tualang Nida untuk memulihkan selsema sekeluarga tanpa perlu ubat lain

Saya seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak berumur 9 tahun, 7 tahun dan 3 bulan. 

Baru-baru ini, anak saya yang berumur 3 bulan menghidapi selsema tetapi doktor tidak memberikan sebarang ubat kecuali ubat titik/spray untuk mencairkan kahak. Bayangkan bagaimana bayi sukar hendak tidur dan tidak selesa apabila mendapat selsema. Sedangkan orang dewasa pun merasa rimas, inikan pula bayi yang masih kecil. Saya menyusukan bayi saya, jadi saya bertanya kepada doktor apakah boleh saya makan ubat selsema dan sampaikan ubat selsema kepada bayi saya, dan jawapan doktor ialah: TIDAK BOLEH. 

Saya pening kerana memikirkan bagaimana untuk menghilangkan selsema bayi saya. 

Buat pengetahuan anda, saya memang ada masalah resdung. Disebabkan masalah ini, saya senang dijangkiti selsema. Jika anak-anak saya yang berumur 9 tahun dan 7 tahun mendapat selsema, saya juga akan dijangkiti selsema. Dengan kehadiran bayi yang baru lahir ini, makin mudahlah kami berdua dijangkiti selsema apabila anak-anak lain menghidapi selsema. 

Saya menyusukan bayi saya sepenuhnya. Dengan mengamalkan pengambilan multivitamin, susu dan makanan berkhasiat lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, saya berharap akan menjadi pelindung daripada selsema dan untuk badan saya menghasilkan susu badan yang betul-betul berkualiti. Tetapi harapan saya hampa. Saya dan bayi masih mudah dihinggapi selsema.

Apapun, Alhamdulillah, saya diketemukan dengan madu Lebah Liar oleh kak Nida. Kak Nida ialah rakan lama saya. Kak Nida berkongsi tentang khasiat madu Lebah Liar, dan memperkenalkan blog ini kepada saya.  Dia berpesan supaya saya membaca entrinya terutama tentang khasiat madu Lebah Liar dan pengalamannya membesarkan anak bongsunya yang kini berusia setahun lebih.

Selepas diperkenalkan dengan blog ini, saya mengamalkan pengambilan madu Lebah Liar 2 sudu dibancuh dengan air suam/mineral dan diamalkan setiap pagi sebelum pergi kerja dan setiap malam selepas makan malam. 

Sebagai seorang ibu dan isteri, apa-apa sahaja produk kesihatan yang saya beli akan dikongsi bersama ahli keluarga. Setelah 2 minggu mengamalkan minum bancuhan madu Lebah Liar, Alhamdulillah bayi saya sihat daripada dijangkiti selsema. Anak2 saya yang lain juga menunjukkan perubahan di mana selsema beransur pulih tanpa mengambil sebarang ubat lain. Segala puji bagi Allah. InsyaAllah, sekiranya ada lagi perubahan yang baik dengan pengamalan madu Lebah Liar ini, saya akan kongsikan lagi pada lain masa.


Nota:
Ayat-ayat di atas telah diolah semula dengan harapan isinya lebih mudah difahami.
 
Terima kasih Azura sudi berkongsi pengalaman.

Comments