Monday, November 16, 2009

Soalan Lazim tentang Madu. (FAQ/Frequently asked questions)

Soalan 1: Mengapa anda perlu mengamalkan minum madu?

Jawapan 1: Madu telah diiktiraf di seluruh dunia mengandungi pelbagai khasiat.

Bagi ummat Islam, di dalam kita al-Quran, dalam surah an-Nahl telah disebut, maksudnya,

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka,serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan)bagi orang-orang yang mahu berfikir." Surah An-Nahl, Ayat 68-69

Saya sendiri telah mengamalkan minum madu lebah Tualang setiap hari, dan dalam kurang setahun, memang saya sudah rasai kebaikannya. Jika saya berhenti minum untuk beberapa hari, badan akan terasa cepat letih, maklum saja, (pada masa itu) saya seorang ibu kepada 3 orang anak, bekerja sepenuh masa, memandu dalam kesesakan lalu-lintas, dan melakukan kerja-kerja rumah selepas pulang ke rumah. Untuk baca lebih lagi berkenaan pengalaman saya mengamalkan minum air madu lebah, sila klik Pengalaman Mengamalkan Minum Madu Tualang

Terlalu banyak khasiatnya, dan memang terlalu ajaib cara madu bertindak sebagai ubat dan penawar. Sudah pasti, kerana madu ialah salah satu kejadian Allah swt untuk ummat manusia, dan pastinya, kejadian-kejadian Allah swt memang ajaib jika kita mahu memikirkannya.

-------------------------------------

Soalan 2: Nida menjual madu Tualang, Royal Jelly, madu Kelulut dan madu lebah pelihara. Madu apakah yang terbaik untuk saya?

Jawapan 2: Secara amnya, madu yang terbaik untuk anda ialah madu asli Tualang. Madu Tualang mempunyai khasiat yang tinggi berbanding madu lebah pelihara.

Semua peringkat umur manusia sesuai mengamalkan madu Tualang, cuma, mungkin kuantiti pengambilan perlu disesuaikan dengan peringat usia.  Selain itu, perlu diingat, cara kita hidup perlu bersederhana dan bukan berlebih-lebihan kerana berlebih-lebihan biasanya hanya membawa kemudaratan.

Royal Jelly lebih sesuai untuk kaum wanita kerana di dalamnya ada kandungan yang menyamai hormon-hormon wanita.

Ada sesetengah orang yang lebih suka rasa Royal Jelly atau madu Kelulut berbanding Tualang.  Ini terpulang kepada individu.

Madu lebah pelihara pula lebih sesuai untuk tujuan masakan.  Ini kerana, kebanyakan khasiat madu lebah mati jika terkena suhu yang tinggi, jadi kita gunakan madu lebah pelihara yang lebih murah dan kurang khasiat untuk tujuan ini.  Rasanya juga berbeza dengan madu Tualang/Kelulut, jadi, masakan tidak berubah rasa disebabkan rasa madu.
-------------------------------------

Soalan 3: Bagaimana cara penggunaan madu?

Jawapan 3: Amalan minum air madu seeloknya dilakukan sekali setiap hari.
Menurut salah satu buku rujukan mengenai madu lebah yang saya ada, sebaik-baiknya anda minum madu selepas perut anda tidak menerima apa-apa makanan atau minuman selama 8 jam.  Jadi, waktu pagi selepas bangun tidur ialah waktu terbaik untuk minum air madu.  Menurut buku itu lagi, selepas minum air madu, jangan makan minum apa-apa hingga selepas 2 jam.
(Penulis buku itu ialah seorang doktor perubatan moden yang belajar di Mesir dan sangat berminat dengan penggunaan madu sebagai ubat dan penawar.)

Madu boleh digunakan untuk pelbagai faedah lain:
. boleh dijadikan masker kulit setelah dicampurkan dengan serbuk badam
. ubat luka yang bagus (luka cepat sembuh)
. pelembap bibir
. ubat jerawat dan bisul
. sapukan pada kulit jika terkena benda panas
. campurkan dalam masakan
. sebagai penambah rasa pada makanan
. titikkan pada mata jika sakit mata, dan lain-lain lagi.

Madu juga boleh digunakan dengan tujuan perubatan. Untuk senarai penggunaan, sila klik pada Siri Penggunaan Madu Lebah untuk Merawat Penyakit - sumber : Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah dan  Resepi penggunaan madu.

Air madu ialah minuman kesukaan Rasulullah saw, jadi, jika anda niatkan anda mengikuti Sunnah Baginda, InsyaAllah, ada ganjarannya.

-------------------------------------

Soalan 4: Berapakah sukatan jika saya ingin mengamalkannya setiap hari?

Jawapan 4: Sukatan yang saya cadangkan untuk diamalkan setiap hari ialah:

Untuk dewasa: 1 sudu besar dibancuh dengan kira-kira setengah cawan air suam.

Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas: 1 sudu teh dibancuh dengan sedikit air suam.

Untuk bayi sebelum berumur 1 tahun: beberapa titik madu dibancuh dengan sedikit air suam.
Dapatkan juga nasihat doktor untuk penggunaan bagi bayi setahun ke bawah.

Bagi sesetengah orang, mereka berasa panas selepas minum madu setiap hari. Apa yang anda boleh lakukan ialah kurangkan dosnya, tapi amalkan setiap hari.
Bagi penggunaan sebagai ubat atau penawar, ada dos-dos tertentu yang perlu di amalkan untuk kesan yang diharapkan.  Secara amnya, jika digunakan sebagai ubat atau penawar, perlu minum 3 kali sehari, dan dosnya mungkin 1 hingga 2 sudu besar setiap kali.


-------------------------------------

Soalan 5: Adakah pantang larang madu?

Jawapan 5: Ya, ada. Antaranya, jangan ambil berlebihan, dan jangan makan bersama tembikai. Jika anda mahu makan tembikai, selangkan 4 jam waktu makan tembikai/minum madu.
 Jika anda ingin beri kepada bayi berumur 1 tahun ke bawah, memadai beberapa titik madu yang dicairkan dgn air.
Selain itu, ada juga yang mengatakan jangan amalkan madu sekaligus dengan halia/air halia.  Mungkin dibimbangi anda akan berasa terlalu panas.

-------------------------------------

Soalan 6: Benarkah madu asli tidak dihurung semut?

Jawapan 6: Anggapan bahawa madu asli tidak dihurung adalah salah. Sudah adat dunia, semut suka benda yang manis. Bagaimanapun, adakalanya, memang semut tidak mahu menghurung madu. Ini ialah jika madu itu mempunyai kandungan sulfur (atau belerang) yang tinggi, semut tidak suka menghurungnya. Kandungan sulfur ini akan ada dalam madu jika tempat madu itu diambil mempunyai kandungan sulfur yang tinggi, jadi bunga-bunga kawasan itu juga mengandungi kandungan sulfur yang tinggi, seterusnya sulfur ini akan ada dalam madu yang dihasilkan oleh lebah.


-------------------------------------

Soalan 7: Madu yang anda jual terlalu murah dibandingkan dengan penjual-penjual lain. Mungkinkah kerana madu anda madu tidak asli/palsu?

Jawapan 7: Jika anda bandingkan harga saya dengan harga peniaga lain, memang saya menjual jauh lebih rendah. Untuk waktu ini, saya belum perlu jual mahal-mahal. Bagaimanapun, tidak bermakna saya menjual madu tidak asli atau palsu. Jika difikirkan, jika niat saya buruk atau ingin menipu dengan menjual madu palsu, bukankah lebih baik saya menjual pada harga RM 60 sebotol besar, kerana harga ini lebih mahal daripada harga sekarang tetapi lebih murah daripada harga yang peniaga lain tawarkan?  Alang-alang menipu, biar untung besar terus, kan?  Kerana kalau saya jual madu palsu, pastinya tiada repeat customer, jadi perlu ambil untung besar sekaligus.  Betul, kan?

Buat masa ini, niat saya berniaga adalah ikhlas. Untuk berkongsi khasiat madu melalui tawaran harga madu yang boleh dianggap murah. Harga sebotol, jika kita hendak sesuaikan dengan khasiat madu, mungkin boleh saya katakan RM200 untuk sebotol besar, sebenarnya. Kerana, berdasarkan pengalaman saya mengamalkan madu, ia dapat membantu saya melawan dan mengelakkan penyakit, Alhamdulillah dan InsyaAllah berterusan begini.

-------------------------------------

Soalan 8: Jika saya ambil madu, mungkinkah ada kesan sampingan atau 'side effect'?

Jawapan 8: Jika anda ambil secara berlebihan, anda akan selalu berpeluh-peluh dan rasa kepanasan. Jika anda mempunyai sesuatu penyakit, contohnya sakit kulit/resdung, mungkin akan ada 'healing crisis' jika ambil madu. Healing crisis ialah keadaan di mana pesakit merasa penyakit mereka makin teruk apabila mengambil sesuatu ubat. Bagaimanapun, saya belum pernah mendengar pelanggan saya yang melalui healing crisis ini. Mungkin madu yang dimaksudkan ialah penawar-penawar alternatif lain yang telah dicampur dengan madu.

-------------------------------------

Soalan 9: Berapakah harga penghantaran dengan kurier?

Jawapan 9: Untuk sekarang, caj penghantaran melalui kurier adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia:
1 botol (1 kg) : RM 18  (*Kurier caj : RM 15, **harga botol : RM 3)

2 botol (2 kg) : RM 20  (*Kurier caj : RM 15, **harga botol: RM 5 (setiap botol kedua dan seterusnya saya subsidi RM 1 setiap sebotol)

* Saya tidak mengenakan caj untuk saya pergi ke pejabat kurier
** Saya tidak mengenakan caj untuk saya ke kedai menjual botol

Penghantaran hanya dalam Semenanjung Malaysia kerana cecair lebih 100 ml tidak dibenarkan dibawa melalui pesawat.
Penghantaran dengan kurier menggunakan botol plastik (tumbler jenama 'Elianware') yang anda boleh guna semula.  Tumbler ini menggunakan penutup jenis pusing (screw) kerana madu boleh menendang penutup botol jika penutup jenis tekan.  Penghantaran menggunakan botol kaca agak membahayakan kerana boleh pecah waktu penghantaran.

-------------------------------------

Soalan 10: Selamatkan penghantaran melalui kurier?

Jawapan 10: Ya, setakat ini, Alhamdulillah selamat dan akan berterusan begini, InsyaAllah.

-------------------------------------

Soalan 11: Excuse me, tapi bukan ke madu lebih dikaitkan dengan lelaki, kerana baik untuk tenga batin?

Jawapan 11: Anggapan madu lebah hanya baik untuk lelaki untuk sebab-sebab itu adalah sangat-sangat salah. Madu lebah baik untuk SEMUA (seperti tagline blog ini), termasuk bukan manusia, iaitu madu lebah baik juga untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Percayalah, apa yang saya kongsikan dalam pengalaman saya bukan semata-mata untuk tujuan perniagaan tapi, lahir dari keikhlasan saya untuk berkongsi tentang khasiat madu lebah.

Antara khasiat yang paling best untuk wanita, mungkin ialah kerana madu lebah dapat membantu anda awet muda. Bila sudah dipanjat usia, kita semua suka jika orang kata kita nampak muda. Ada pula antara kita yang merungut dipanggil makcik, sedangkan umur masih kira muda. Mungkin madu lebah dapat membantu anda kelihatan lebih muda? InsyaAllah, memang boleh.

Dan, selain itu, amat mengejutkan, kerana walaupun madu lebah ini manis, madu dapat membantu anda kurus. Ada caranya. Untuk caranya, sila klik Resepi Cara Penggunaan Madu.

-------------------------------------

Soalan 12: Katakan kita guna madu sebagai ubat mata. Apa kebaikan madu lebah berbanding ubat mata yang lain? Masih perlu titikkan dalam mata, betul tak?

Jawapan 12: Madu lebah baik sebagai ubat mata kerana madu lebah mengandungi khasiat antibiotik. Madu lebah adalah lebih baik daripada ubat mata kerana:

1. Jika anda sakit mata, anda tak perlu pergi ke klinik, kerana madu lebah sudah tersimpan di rumah sebagai supplement/penawar lain.

2. Jika anda TIDAK sakit mata, madu lebah tidak perlu jadi ubat sakit mata, jadi madu lebah boleh digunakan sebagai ubat/penawar penyakit lain atau sebagai supplement sahaja.

3. Jika anda sakit mata, anda boleh mengulang letak madu lebah seberapa kerap yang anda suka, kerana ini bukan seperti ubat-ubat moden yang lain.

4. Sebenarnya, mengikut pengalaman saya, madu lebah adalah lebih baik berbanding ubat sakit mata moden kerana mata lebih cepat baik.

5. Ubat mata jenis titik yang telah digunakan tidak boleh disimpan dengan niat untuk digunakan pada lain masa kerana hujung botol tempat titisan ubat keluar mungkin telah tercemar dengan kuman. Sedangkan sebotol madu lebah tidak tercemar dengan kuman sakit mata dan boleh terus-menerus digunakan untuk kegunaan lain.

-------------------------------------

Soalan 13: Jika saya demam, bolehkah saya terus mengamalkan madu? Sedangkan bila saya demam, suhu badan naik dan badan jadi panas, dan kita semua tahu, madu juga memanaskan badan.

Jawapan 13: Ya, jika anda demam, anda masih terus boleh mengamalkan madu. Kami telah bertanya pada doktor General Practitioner (GP) yang kami biasa jumpa, tentang anak kami yang demam, sama ada boleh atau tidak dia terus minum madu. Jawapan daripada doktor, jika memang sudah biasa mengamalkan madu, boleh teruskan.

-------------------------------------

Soalan 14: Bolehkah madu asli membuatkan telur masak?

Jawapan 14: Madu bersifat 'menyerap air' atau 'hygroscopic', jadi madu menyerap air yang ada pada telur kuning, lalu mengentalkan telur kuning dan nampaklah telur kuning seperti 'masak'.


-------------------------------------

Soalan 15:

Jawapan 15:

9 comments:

  1. untuk lelaki,adakah dapat meningkatkan tenaga batinnya.

    ReplyDelete
  2. madu boleh diberi @ tidak kepada bayi yang berumur 6 bulan?

    ReplyDelete
  3. Hai ateh,
    madu lebah baik untuk SEMUA kehidupan.
    Untuk tenaga batin lelaki hanyalah satu khasiat daripada puluhan, mungkin ratusan khasiat madu lebah. Selamat mengamalkannya.

    ReplyDelete
  4. Hai A Halim,
    saya pernah tanya seorang doktor (GP), graduan Universiti Malaya, apa yang kita perlu risau kalau bagi madu pada bayi berumur kurang 1 tahun?
    Beliau berkata, antaranya, kita risau jika bayi itu akan demam jika ada kuman pada madu yang diberikan itu.
    Daripada jawapan itu, respon saya pada beliau, jadi, kerisauan kita bukanlah pada kesan jangka panjang (long term effects), contohnya kencing manis, dll, pada bayi. Dan beliau menjawab "Bukan".
    Apapun, beliau menambah, kita (modern medicine) tak ada buat kajian (research) tentang kesan madu pada manusia untuk pelbagai peringkat umur, sedangkan ubat moden ada kajian. (Setahu saya, sesuatu ubat moden akan diuji bertahun-tahun pada bahan kajian sebelum digunakan pada pesakit, tapi setahu saya juga, kajian ini tidak dijalankan di Malaysia.)

    Daripada respon doktor ini kepada saya, bagi menjawab soalan encik, saya rasa ada baiknya jika encik juga minta pendapat doktor yang encik biasa jumpa.

    Apapun, dari satu segi, dalam Islam, madu diiktiraf sebagai ubat untuk pelbagai penyakit seperti yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Bagaimanapun, tidak ada salahnya kita cari juga pengetahuan yang dikongsi oleh pakar-pakar kesihatan.

    Daripada 'research' yang kita jalankan, kita boleh timbang dan putuskan jika kita mahu berikan pada anak-anak yang berumur 1 tahun ke bawah.
    Bagi anak saya sendiri, saya berikan selepas umur 1 tahun, kerana apabila anak berumur 1 tahun, biasanya mereka sudah pandai berjalan dan berkawan, jadi, penyakit juga mudah berjangkit melalui sentuhan, air liur dan lain-lain.

    Madu elok untuk anak-anak bukan saja sebagai ubat batuk, tetapi juga baik sebagai ubat selsema.

    Madu juga bertindak sebagai multivitamin yang dapat memberi tenaga dan selera makan.

    Madu juga membantu melawaskan pembuangan najis.

    Lebih menarik tapi ramai yang tidak tahu, madu membantu anak-anak menjadi lebih cerdik dan mudah mengingat, yang semestinya penting untuk pembelajaran anak-anak.

    Saya sendiri sudah merasa khasiat dari segi mudah mengingat itu, insyaAllah, kita akan lebih mudah ingat walaupun usia makin meningkat.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada berikan pada anak saya yang hampir masuk umur 6 bulan, alhamdulillah, takde masalah.
      Sukatan: 1-2 oz air madu bagi ketika anak tak lapar sangat dan tak kenyang sangat. sbb kalau bagi waktu dia lapar sangat, dia akan mengangis sbb tak cukup minum, kalau bagi waktu kenyang sgt, takut dia muntah. alhamdulillah, batuk berkurangan.

      Delete
  5. Brp lm madu asli bole thn dlm peti ais?mksud sya bole guna

    ReplyDelete
  6. Saya pernah bagi minum madu pada anak saya yang baru lahir. Selepas diazan dan di qamat. Saya terus titis madu ke dalam mulut anak saya. Hasilnya. Dia jarang demam berbanding kanak-kanak lain

    ReplyDelete
  7. Saya bagi baby dari 3 bulan sampai sekarang setahun. Alhamdulillah baby jarang kena sakit dan cerdik.

    ReplyDelete
  8. madu sesuai ke utk yg ade resdung? kalau sesuai, madu mane yg sesuai ye?

    ReplyDelete