Saturday, December 8, 2012

* Panduan Penggunaan Madu Lebah Tualang

Saya sering mendapat soalan tentang cara penggunaan madu lebah daripada pelanggan-pelanggan.

Di sini, saya akan cuba memberi panduan terbaik penggunaan madu lebah, dan saya sertakan panduan memberi minum bancuhan madu lebah kepada anak-anak, kerana kadangkala, anak-anak tidak mahu 'bekerjasama' dengan ibu bapa untuk menjaga kesihatan dan 'well-being' diri mereka.

Jika anda kesuntukan masa dan tidak mahu membaca semua yang saya tuliskan di bawah, sila baca ayat-ayat yang 'bold' dan mempunyai angkat turutan, bermula daripada nombor 1.  Ini kerana, saya akan cuba bantu anda jelas tentang panduan pengamalan madu lebah.  InsyaAllah.  Di bawah sekali juga, saya akan susunkan sekali lagi panduan sebagai 'summary', juga supaya anda jelas, mudah-mudahan.

Perkara yang PALING PENTING tentang pengambilan bancuhan madu lebah:

1. Jika ini ialah pertama kali anda ingin mengamalkan minum madu lebah, cara terbaik ialah dengan mencubanya sedikit demi sedikit, terutamanya bagi kanak-kanak.   Ini kerana, bagi sesetengah orang, mereka mengalami alahan/healing crisis yang agak teruk/'acute', contoh, seorang penghidap asma, terus akan terbatuk-batuk yang 'acute' dalam masa 5 minit selepas minum bancuhan madu lebah.  Extra pre-caution adalah sangat-sangat, sangat-sangat penting jika anda memberi kepada anak anda.  Bagi saya, ini adalah penting kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat memberitahu anda apa yang mereka rasa dengan tepat.  Dibimbangi, mereka mendapat alahan yang teruk terhadap madu lebah dan anda gagal mengesan alahan mereka.

Apa yang selalu saya pesan ialah, untuk mereka yang kali pertama ingin mencuba madu, saya cadangkan untuk mereka cuba minum sekali sehari, sekurang-kurangnya untuk 3 hari pertama dan lihat bagaimana reaksi badan mereka.

Ini kerana, jika tujuan pengambilan madu lebah ialah sebagai penyembuh asma/lelah/semput, pesakit sepatutnya mengambil madu lebih kerap dalam sehari.  Tetapi, saya tekankan di sini, untuk kebaikan, untuk 3 hari pertama, ambil sekali sehari sahaja.  Jika tiada masalah, untuk 3-4 hari selepas itu, bolehlah dikerapkan pengambilan kepada 2 kali sehari.  Jika perlu, selepas 1 minggu pengambilan, anda boleh makin kerapkan hingga 3 kali sehari.

2. Bagi seseorang yang mengalami alahan terhadap madu lebah, apa yang mereka patut lakukan ialah mereka sepatutnya mengambil madu lebah sedikit demi sedikit.  

Ini kerana, sistem badan berupaya membina sistem pertahanan badan (immune system) untuk melawan alahan yang disebabkan madu lebah.  Sama seperti cara vaksinasi berjalan iaitu dalam proses vaksinasi, virus yang lemah dan hampir mati disuntik ke dalam badan untuk menjadi 'musuh' yang 'menggerak'kan sistem pertahanan badan mencipta antibodi yang melawan virus-virus yang lemah tadi, maka, pengambilan madu sedikit demi sedikit juga membuatkan sistem pertahanan badan bekerja dengan cara yang sama.  Lihat Madu membantu mengurangkan alahan



3. Secara amnya, untuk 'minum' madu lebah, anda mesti CAIRKAN madu lebah. 'Cairkan' bermaksud mencampurkannya dengan air pada suhu bilik atau sedikit suam (suam di sini bermaksud suam yang paling minimum), atau campurkan dengan perahan/bahan lain seperti perahan limau (untuk sakit tekak atau batuk), atau cairkan dengan mengemam madu di dalam mulut hingga madu bercampur dengan air liur dan barulah ditelan (amalan buat perempuan yang susah mengandung).

Untuk pengetahuan anda, sunnah Rasulullah s.a.w ialah  minum air madu lebah. 

Secara saintifik, menurut seorang pensyarah/Dentist di HUSM Kubang Kerian (yang juga pelanggan Madu Lebah Nida), satu ujikaji ke atas sel-sel manusia yang dijalankan di HUSM mendapati cairan madu lebah (dengan kuantiti yang telah dikenalpasti) memberikan hasil yang lebih baik berbanding hasil penggunaan madu yang tidak dicairkan.  Di dalam ujikaji itu, tindakbalas madu yang pekat ke atas sel-sel menyebabkan sel-sel itu mati, berbanding cairan madu (dengan air) lebih menyuburkan sel-sel itu.

4. Selepas minum bancuhan madu lebah, seboleh-bolehnya, JANGAN makan atau minum apa-apa langsung selama dua jam.

Menurut seorang doktor moden, di dalam bukunya, "MADU LEBAH Ubat yang turun bersama Wahyu", Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib, demikian ialah cara pengambilan madu.

Mengikut pengamalan saya, minuman madu lebah ialah minuman yang pertama masuk ke dalam perut saya setiap pagi.  Dan saya tidak makan/minum apa-apa buat kira-kira dua jam.  Setakat ini, alhamdulillah, saya boleh bertahan dan tidak mendapat mudarat.

5. Jika anak anda baru belajar mengamalkan minum bancuhan madu, dan anak anda masih lapar dan mahu makan/minum apa-apa sebelum cukup dua jam, cuba latih anak-anak anda secara perlahan-lahan untuk menahan diri.  Don't stress both yourselves jika anak anda mahu terus makan sesuatu yang lain. 

Fikirkan begini: Sekurang-kurangnya, anak anda sudah mula mengambil madu, berbanding sebelum ini, mereka langsung tiada agen penyembuh di dalam badan mereka.  Later on, ada banyak ruang untuk anda 'berkempen' kepada mereka tentang pengambilan madu sebagai penawar kepada masalah kesihatan mereka.  Jangan cipta ruang permusuhan antara mereka dan madu.  Contoh: madu ialah penyebab ibu marah pada mereka pada waktu pagi (kerana mereka tidak mahu minum dan menahan diri selepas itu).

Apa yang penting, anda sendiri tunjukkan kepada mereka yang anda sendiri 'walk the talk', dalam hal ini, anda minum madu setiap hari.  (Jangan hanya suruh anak minum tetapi anda sendiri tidak minum.) Anak-anak saya juga ada masa-masanya menolak untuk minum bancuhan madu.  Saya tidak memaksa, tetapi apabila saya minum, saya akan bertanya jika mereka mahu.  Disebabkan tiada 'permusuhan' antara anak-anak dan madu lebah, ada masa-masanya mereka mahu.  Apabila mereka selsema atau batuk, memang saya pesan supaya mereka minum madu lebah lebih kerap.

6. Jika anak anda tidak mahu minum air bancuhan madu, anda boleh bancuhkan madu ke dalam minuman mereka yang lain, tetapi, pastikan yang anda campurkan madu selepas minuman itu mencapai suhu 'boleh minum', bermakan tidak terlalu sejuk atau panas.  Sesetengah ibu berkata yang anak-anak mereka hanya minum susu atau milo, dan sebagainya, jadi, campurkan madu kedalam minuman mereka selepas minuman itu tidak terlalu panas.  Ini kerana, khasiat madu akan musnah jika suhu melampau.  Menurut sebuah buku, madu tidak elok dicampur dengan air sejuk (seperti air berais).

Untuk pengetahuan anda, campuran susu dan madu menghasilkan rasa yang sangat sedap (tentunya bergantung kepada jenis susu juga, tetapi bagi saya, susu yang tidak terlalu manis sebaliknya yang lemak sahaja berasa sangat sedap apabila dicampurkan dengan madu).

Menurut pembacaan saya, susu bercampur madu sangat baik kerana madu membantu badan menyerap kalsium dengan lebih berkesan.  Menurut seorang pelanggan, doktor pakar yang merawatnya menasihatkannya minum secawan susu dibancuh dengan 2 sudu besar madu sebanyak 2 kali sehari, untuk mempercepatkan penyembuhan lututnya selepas pembedahan.

Menurut pengalaman saya, ketika anak no 3 (Dear Daughter 2) batuk, apabila saya campurkan susunya dengan madu (ketika itu dia berumur 1-2 tahun (belum pandai mengeluarkan kahak sendiri)), sebaik sahaja susu bercampur madu habis diminum, dia terus batuk dan muntah di atas katil.  (Ya, kami tak sempat nak buat apa-apa.) Perkara ini berlaku beberapa kali.  Muntahnya mengandungi susu dan lendir/kahak.

Saya juga pernah mendengar yang bancuhan susu dan madu elok untuk mengeluarkan batu karang bagi mereka yang mempunyai batu karang.  Bagaimanapun, saya tidak pasti betul atau tidak.  Mungkin anda boleh 'men-google' kesahihannya.

*************************************************************
Sekali lagi, saya ulang apa yang saya tuliskan di atas sebagai rumusan (summary) sebagai peringatan bagi kita:

1. Jika ini ialah pertama kali anda ingin mengamalkan minum madu lebah, cara terbaik ialah dengan mencubanya sedikit demi sedikit, terutamanya bagi kanak-kanak.   Ini kerana, bagi sesetengah orang, mereka mengalami alahan/healing crisis yang agak teruk/'acute', contoh, seorang penghidap asma, terus akan terbatuk-batuk yang 'acute' dalam masa 5 minit selepas minum bancuhan madu lebah.  Extra pre-caution adalah sangat-sangat, sangat-sangat penting jika anda memberi kepada anak anda.  Bagi saya, ini adalah penting kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat memberitahu anda apa yang mereka rasa dengan tepat.  Dibimbangi, mereka mendapat alahan yang teruk terhadap madu lebah dan anda gagal mengesan alahan mereka.

2. Bagi seseorang yang mengalami alahan terhadap madu lebah, apa yang mereka patut lakukan ialah mereka sepatutnya mengambil madu lebah sedikit demi sedikit.  


3. Secara amnya, untuk 'minum' madu lebah, anda mesti CAIRKAN madu lebah. 'Cairkan' bermaksud mencampurkannya dengan air pada suhu bilik atau sedikit suam (suam di sini bermaksud suam yang paling minimum), atau campurkan dengan perahan/bahan lain seperti perahan limau (untuk sakit tekak atau batuk), atau cairkan dengan mengemam madu di dalam mulut hingga madu bercampur dengan air liur dan barulah ditelan (amalan buat perempuan yang susah mengandung).

4. Selepas minum bancuhan madu lebah, seboleh-bolehnya, JANGAN makan atau minum apa-apa langsung selama dua jam.


5. Jika anak anda baru belajar mengamalkan minum bancuhan madu, dan anak anda masih lapar dan mahu makan/minum apa-apa sebelum cukup dua jam, cuba latih anak-anak anda secara perlahan-lahan untuk menahan diri.  Don't stress both yourselves jika anak anda mahu terus makan sesuatu yang lain. 

6. Jika anak anda tidak mahu minum air bancuhan madu, anda boleh bancuhkan madu ke dalam minuman mereka yang lain, tetapi, pastikan yang anda campurkan madu selepas minuman itu mencapai suhu 'boleh minum', bermakan tidak terlalu sejuk atau panas.  Sesetengah ibu berkata yang anak-anak mereka hanya minum susu atau milo, dan sebagainya, jadi, campurkan madu kedalam minuman mereka selepas minuman itu tidak terlalu panas.  Ini kerana, khasiat madu akan musnah jika suhu melampau.  Menurut sebuah buku, madu tidak elok dicampur dengan air sejuk (seperti air berais).

*************************************************************



Setakat ini dahulu buat masa ini.  Kalau ada tambahan, insyaAllah pada lain masa saya akan tambah.

Hubungi saya untuk stok madu lebah anda,
Nida
016-968 9754

5 comments:

  1. salam. saya pernah mencuba petua madu campur susu untuk dibri kpd anak sy. sy lakukan begini kerana jika diberi air bancuhan madu shj dia x minum. baru2 ni dia diserang batuk & selesma. setiap kali beri dia minum susu
    + madu dia akan muntahkannya semula. soalan sy adakah ini petanda baik atau sebaliknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Umi.

      Bagi saya itu ialah petanda baik. Cara madu bekerja ialah mengeluarkan apa-apa yang 'buruk' daripada badan manusia. Cara keluarkan termasuk muntah, atau sistem kita keluarkan dengan cara2 lain - rasa perlu ludahkan, berpeluh, ketulan2 kecil drp rongga hidung/kerongkong, air besar/kecil. Nampaknya, anak puan sama dgn saya - memuntahkan susu bercampur madu. cuba lihat kandungan muntah, ada lendir tak? Anak saya dulu ada.

      Delete
  2. Salam,anak saya baru brusia 2 bln,die xdpt dicucuk 2 bln atas krn selsema.jd nk tnye bbrp soalan, Adakh sesuai utk diberi minum madu seawal umur anak 1 bln ke atas? atau bagaimana caranya tuk membantu/ mngubati bayi yg masih kecil dr selsema& batuk?

    ReplyDelete
  3. saya juga penggemar madu original... terima kasih atas perkongsian maklumat ni... boleh sy copy sikit maklumat ni untuk selitkan dalam sy punya galeri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalamualaikum....jemput lawat blog kami http://originalmadutualang.blogspot.com/ Terima Kasih

      Delete