Monday, May 20, 2013

* Terma & Syarat Belian Borong

Terminologi:

belian borong = belian lebih daripada 10 kg

Pembelian secara borong mempunyai terma dan syarat seperti di bawah:

1. Bayaran deposit separuh harga daripada harga madu lebah perlu dibayar semasa membuat pesanan.

2. Pesanan mesti dibuat dalam masa 7 hari (atau lebih 7 hari) sebelum tarikh 'pickup'.  Kegagalan membuat pesanan lebih awal mungkin menyebabkan pesanan anda tidak akan dilayan. (Lihat T0 dalam rajah di bawah.)

3. Pesanan yang sudah disediakan mesti diambil dalam masa 5 hari (lihat rajah di bawah) (termasuk hari cuti) daripada tarikh 'pickup'(Kiraan 5 hari termasuk hari T1).

4. Kegagalan berbuat seperti dalam no 3 di atas tanpa sebab-sebab yang diterima oleh Nida Madu Lebah akan menyebabkan perkara seperti di bawah (i & ii) berlaku:

     (i) Anda perlu bayar 25% daripada harga keseluruhan pesanan sebagai tambahan bayaran (bayaran ini akan melangsaikan sebahagian baki bayaran madu lebah pesanan anda) (Lihat T0 dalam rajah di bawah.)

    (ii) Pesanan anda dijual dan 'rotation' akan bermula semula SELEPAS anda membayar 25% daripada harga keseluruhan pesanan (seperti dalam (i) di atas).  Rotation T0 - T2 akan berjalan, sekaligus syarat yang sama perlu dipenuhi.

Sila lihat rajah di bawah untuk garisan 'Timeline'.





5. Sekiranya urusniaga TIDAK DITERUSKAN kerana pembatalan oleh pihak yang memesan (pembeli), maka wang deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

6. Pihak yang memesan (pembeli) TIDAK BOLEH menarik diri selepas membayar wang deposit.  Wang deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN jika pihak yang memesan (pembeli) menarik diri.

7. Harga yang ditawarkan TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN.

Sila rujuk senarai harga di sebelah kanan blog ini untuk senarai harga terkini.

Terima kasih atas sokongan anda,

Nida Madu Lebah
016.9.689.754
Call/SMS/Whatsapp

Friday, May 3, 2013

* Risalah Madu Lebah Tualang 2013

Klik untuk download Risalah Madu Lebah Tualang 2013

Hubungi saya,

Nida Madu Lebah
016 - 9 689 754

* Khas buat Ibu/Bapa/Penjaga prihatin

Antara sebab-sebab saya ingin berniaga madu ialah kerana saya ingin bantu anak-anak supaya sihat.  Selain itu, saya juga suka kalau anak-anak jadi makin bijak dan membesar dengan sempurna.  Entri ini saya dedikasikan kepada ibu, bapa dan penjaga-penjaga anak-anak.

Tanggungjawab ibu bapa dan penjaga terhadap anak-anak bukan setakat memberi mereka makan, minum dan pakai.  Tanggungjawab ibu bapa dan penjaga termasuk menjaga ketika mereka sakit, memberi kasih sayang, pelajaran, dan lain-lain.

Saya sendiri ada 4 orang anak, dan saya telah lalui pengalaman membesarkan anak-anak, sebelum lahir, sesudah lahir, waktu sakit, waktu sihat, waktu kecil, waktu besar.  Saya sudah lalui masa-masa yang saya perlu bangun waktu tengah malam dan dinihari untuk menjaram air pada badan anak dan bagi ubat, muntah bertabur di atas tilam, menangis kerana susah bernafas, dan lain-lain.

Kalau sudah tiba waktu anak sakit, kita kena berpenat lelah menjaga anak, ada kala kena ambil cuti kerana anak sakit, tetapi kita masih berasa apa yang kita lakukan masih tidak cukup kerana kita tidak dapat mengurangkan beban kesakitan yang ditanggung anak.  Kalau hidung tersumbat, anak masih tidak dapat bernafas.  Mungkin anak terpaksa masuk hospital kerana demam berhari-hari, bimbang dehidrasi kerana tidak makan dan minum seperti biasa malahan muntah pula, lalu anak akan dicucuk dengan jarum untuk IV drip, ambil darah untuk diuji, cucuk untuk masuk antibiotik di tangan, dan lain-lain.

Saya sarankan anda amalkan penggunaan madu lebah Tualang dengan seikhlas hati.  Keuntungan saya daripada harga sebotol tidak sebanyak mana, tapi khasiatnya insyaAllah anda akan rasai.  Bantulah anak anda, mudah-mudahan sakitnya akan berkurang/cepat sembuh jika ditakdirkan dia jatuh sakit.

Selain membantu untuk lebih sihat, madu lebah juga membantu anak-anak jadi lebih bijak dan cerdik.

Madu lebah juga membantu anak-anak membesar dengan sempurna.  Saya berpendapat, anak-anak akan dapat membesar dengan sihat dan kuat, dengan bentuk badan yang lebih  besar dan mantap, kerana madu lebah membantu badan menyerap khasiat dengan lebih baik.  InsyaAllah.

1. Pengalaman Nida membesarkan anak keempat - untuk kesihatan

2. Testimonial Puan Ros, PJ: anak demam, kena kurap; ubat luka, ubat kembung angin, menguatkan antibodi, kecerdasan otak anak-anak, dll - untuk kesihatan & kecerdasan otak

3. Testimonial Puan Mahani, Seberang Perai Utara, Penang: Terkena air panas, batuk/asma, keaslian madu lebah Nida - untuk kesihatan

4. Testimonial Puan Faizah, Puchong: Lelah/Asma/Batuk & Keaslian Madu Lebah Nida - untuk kesihatan

5. Madu Lebah sebagai penawar untuk meningkatkan ingatan/hafalan (menurut "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah")

6. Madu untuk menambah kecerdasan otak

7. Pengalaman Nida membesarkan anak-anak vs nebulizer - untuk kesihatan

Thursday, May 2, 2013

* Madu lebah sebagai penawar untuk meningkatkan ingatan/hafalan (menurut "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah")

Menurut "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah" (sila klik untuk lebih informasi), madu lebah merupakan suatu zat atau bahan makanan yang sangat berkhasiat untuk meningkatkan kebolehan mengingat atau menghafal.  Unutk tujuan ini, sebaik-baiknya, madu lebah diminum pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu lebah dan Pati Madu menjadikan sistem saraf dan deria lebih sensitif dan peka.  Madu lebah juga memperbaiki semua tisu badan, seterusnya badan menjadi sihat.  Ingatan yang baik akan berada di dalam badan yang sihat.

Ibnu Juraij R.A pernah menyebut perkataan Imam Az-Zuhri RA (tokoh hadis di Kota Madinah), bermaksud:

"Selalulah anda minum madu, kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan"

Ibnu Sina RA pula pernah berkata, maksudnya:

"Siapa ingin ingat, maka hendaklah dia makan madu"

Menurut "Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah", tiada bahan ubat lain yang lebih mujarab untuk meningkatkan daya ingatan selain madu lebah.  Madu satu-satunya makanan dan minuman berkhasiat untuk kesihatan mental dan fizikal.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 1:

Bahan:
3 sudu besar madu
3 sudu kecil jintan hitam (Habbatus Sawda')

Cara:
Campurkan kedua-dua bahan dan minum 1 sudu besar, 3 kali sehari sebelum makan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 2:

Bahan:
3 sudu besar madu
21 biji buah anggur

Cara:
7 biji anggur dimakan bersama 1 sudu besar madu, amalkan 3 kali sehari sebelum makan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Saturday, March 30, 2013

* Siapa Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib, (Penulis "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu")?


 Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib ialah seorang doktor perubatan moden.  Beliau mendapat ilham untuk mengkaji tentang madu lebah selepas mendengar ceramah pada tahun 1965 di Fakulti Perubatan, Universiti Qashr al-'Ainiy, Kaherah, Mesir.  Penceramahnya waktu itu ialah Ustaz Syeikh Sholah Abu Ismail.

Antara kata-kata pencermah yang menarik minat penulis buku ini ialah tentang sejumlah doktor Rusia yang mengaku telah menemui khasiat madu untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, tidak kurang daripada 40 jenis penyakit.

Seterusnya, beliau makin bersemangat selepas membaca ayat al-Quran daripada Surah an-Nahl, ayat 68-69, yang bermaksud: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia; kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).  Dari perut lebah itu, keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran) Allah bagi orang-orang yang memikirkan.

Ada ayat-ayat al-Quran lain yang juga jadi ilham kepada beliau untuk mengkaji tentang khasiat madu lebah, dan akhirnya beliau merumuskan teori untuk menggunakan madu lebah sebagai ubat untuk mengubati manusia.

Daripada itu, beliau seterusnya berbincang dengan guru-guru beliau, termasuk Syeikh Muhammad al-Ghazali, Dr. Abdul Aziz al-Syarif (ketua bahagian penyakit hati di kuliah perubatan universiti Qashr al-'Ainiy dan Dr. Sholah Abu Ismail.  Perbincangan dengan guru-guru beliau membawa kepada eksperimen-eksperimen tentang perubatan menggunakan madu lebah.

* Informasi tentang "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu"


Tajuk Buku: MADU LEBAH Ubat yang Turun Bersama Wahyu

Penulis: Dr ABDUL KARIM NAJIB AL-KHATIB

ISBN: 978-983-098-837-5

Penerbit: Pustaka Ilmi, Taman Jasa, Sg. Tua, Bt Caves, Selangor.Telefon: 03- 6188 7893


Bil. mukasurat:261

Gambar muka depan:


* Tajuk Buku: Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu


Entri ini berkaitan "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu", hasil tulisan Dr ABDUL KARIM NAJIB AL-KHATIB

Muka depan "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu"


  1. Informasi tentang "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu" (sila klik)
  2. Siapa penulis "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu"?(sila klik)
  3. Coretan Nida tentang "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu"(sila klik)
  4. Pengenalan tentang "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu"(sila klik)
  5. Berikut ialah antara kisah-kisah pengubatan menggunakan madu lebah asli di dalam "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu"
    1. Katarak (sila klik)