* Kulit halus bak sutera (Sumber: www.bharian.com.my)

Sumber:  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kulithalusbaksutera/Article//

Kulit halus bak sutera
Oleh Nurul Nadia Abdul Hamid

2010/03/08

UMUMNYA garisan pada tapak tangan yang kusam dan kering sering kali disalah anggap sebagai hasil kerja 'pemalas'. Biasanya, ia akan mencacatkan penampilan seseorang individu dengan bentuk tangan berkedut melangkau batas usia.

Prihatin akan hal berkenaan, Crabtree & Evelyn mengambil langkah melancarkan produk penjagaan tangan berasaskan lemon, madu dan ketumbar dengan tiga langkah mudah.

Pengurus Jenama Guardian, Datuk Sandra Lee, berkata tangan digunakan dalam setiap aktiviti seharian, oleh itu penggunaan yang kerap dan tanpa batasan menjadikan kulit tangan cepat mengalami penuaan selain merengsa.

“Tiga langkah penjagaan saja sudah mampu menghasilkan kulit tangan yang halus dan lembut. Malahan, langkah mencuci, melembap dan merawat membantu wanita memperoleh struktur tangan yang cantik,” katanya pada majlis pelancaran produk penjagaan tangan Crabtree & Evelyn di Royal Suite, Hotel Nikko, baru-baru ini.

Turut hadir selebriti dan model seperti Maria Farida sebagai testimonial pengguna produk.

Didatangkan dalam lima produk seperti Scrub Cleanser, Creamy Cleanser, Hand Therapy Hand Remedy dan Hand Recovery, anda hanya perlu mematuhi etika penggunaan produk yang bersesuaian.

Jika menggunakan penyental dan Creamy Cleanser, ia bertindak mencuci dan disulami dengan hand terapy untuk fungsi melembap.

Justeru, produk Hand Remedy dan Hand Recovery pula berkesan merawat permukaan epidermis tangan agar kembali berstruktur dan tampak lebih remaja.


Tindakan bahan seperti lemon, madu dan kacang pea memberikan vitamin mencukupi. Tidak ketinggalan, campuran peptida, vitamin C dan E kompleks selain vitamin C dan E/Tocotrienol akan memulihkan tanda garisan penuaan pada permukaan jemari tangan anda.

Kandungan minyak jojoba, kacang soya, dan badam di samping mentega shea pula bertindak menaburkan manik kelembapan pada tangan dan ia pasti mengembalikan kegembiraan kepada penggunanya.

Harga produk bernilai sekitar RM43 sehingga RM145 dengan kuantiti serendah 50 ml hingga 250 ml ke atas setiap satu.

Produk ini mampu didapati di 6,000 lokasi dengan 500 kedai konsep di seluruh rangkaian antarabangsa selain menjengah pasaran di 40 negara.

Anda pasti tidak mengalami kesukaran memperoleh produk berkenaan sebagai cara meningkatkan potensi keyakinan diri bersama kulit tangan menawan.

Comments