* Madu Tualang akan membuak

Salam mesra untuk pengunjung,

Sedikit pemberitahuan buat pelanggan-pelanggan saya, terutamanya jika anda membeli madu Tualang menggunakan khidmat kurier.

Untuk pengetahuan anda, kadangkala, madu Tualang yang anda beli akan kelihatan seperti terkeluar/tumpah sedikit. 

Biasanya saya akan berpesan kepada pekerja kurier supaya kotak bungkusan berisi madu lebah didirikan seperti yang saya pesan, tetapi, mungkin ada masanya pekerja kurier itu terlepas pandang.  Maka terbaring atau tertonggenglah botol berisi madu untuk anda.  Ini mungkin penyebab madu anda tertumpah atau terkeluar sedikit.

Bagaimanapun, mungkin juga disebabkan suhu sekeliling botol madu sewaktu dalam perjalanan yang membuatkan madu itu membuak sebelum sampai kepada anda.  Ini akan terjadi lebih-lebih lagi jika madu itu memang dalam keadaan baru dan segar, jadi memang akan melekit-lekitlah botol madu apabila sampai kepada anda.

Jika sebab yang kedua, saya tiada pilihan lain selain membiarkan saja perkara ini berlaku.  Penyelesaian untuk saya jika tidak mahu botol anda melekit-lekit ialah mengeluarkan sedikit madu daripada botol itu, sedangkan jika saya buat begitu, saya akan mengurangkan kuantiti madu dalam botol.  Jika saya biarkan, sekurang-kurangnya, jumlah yang terkeluar diharapkan akan lebih sedikit daripada jika saya keluarkan sendiri.  Kita just hope for the best, so, saya tak kurangkan apa-apa daripada botol yang saya hantar kepada anda.

Jika terlalu banyak yang terkeluar, saya akan beri potongan untuk next order anda, ya.  Bersesuaian dengan kerugian anda, InsyaAllah.

Satu lagi cadangan saya kepada anda ialah jika anda bimbang madu yang anda baru terima terus membuak hingga keluar daripada botol ialah tuangkan sedikit ke dalam cawan atau botol lain.



Terima kasih atas sokongan anda!

Nida Madu Lebah
016 - 968 9754

Comments

  1. salam..
    dimana saya boleh beli Madu asli keluaran Nida???

    ReplyDelete
  2. HI Silzack,
    boleh sms saya untuk beli. saya takde wakil mana2. tapi saya kurier, insyaAllah selamat. tx

    ReplyDelete

Post a Comment