* Petikan daripada Madu Lebah Ubat yang turun bersama wahyu (MLUYTBW)

Petikan ini saya kongsikan khas untuk seorang teman yang ibunya ada selaput mata.  Menurut kawan saya, ibunya dijadualkan untuk menjalani pembedahan berkenaan selaput mata itu.

Diambil daripada buku hasil tulisan Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib
(m/s: 194)

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Selaput mata terdinding

Maksudnya ialah satu lapis selaput mata mengeras hingga menyebabkan selaput itu putih.  Penglihatan jadi kabur kerana ia menghalang cahaya masuk ke dalam bola mata.

Dalam satu kejadian, pesakit yang saya ubati, seorang penduduk kampung, bernama Zharifah yang berumur 40-an.  Sebelah matanya mengalami sakit seperti di atas, iaitu di tengah selaput matanya (bertentangan dengan hitam mata).  Penyakit itu menyebabkan wanita itu tidak dapat melihat, kerana sebahagian selaput matanya betul-betul terdinding, sedang segahaian yang lain tidak betul-betul parah.  Wanita itu sudah menanggung penyakit tersebut sejak 20 tahun.  Dalam tempoh itu, dia tidak pernah berjumpa ahli perubatan, kerana ia telah putus asa dan sudah tidak yakin matanya boleh disembuhkan.  Kerana dia telah pun berubat kepada ahli perubatan mata, tetapi penyakitnya tidak juga sembuh.

Ia datang ke hospital kerana tiba-tiba sebelah matanya tidak dapat melihat.  Mula-mulanya saya berusaha meyakinkan wanita itu bahawa matanya masih ada harapan untuk sembuh meskipun sudah sakit dalam waktu yang lama.  Kemudian saya mulai menggunakan madu, yakni menyapukannya.  Saya minta dia datang bertemu sayasetiap hari di hospital tempat saya bekerja untuk menyapukan madu ke matanya.  Sesudah 2 hari, dia datang berjumpa saya dengan gembira, kerana dia merasa sudah ada perubahan.  Walaupun belum terang betul, tetapi dia sudah dapat melihat dengan matanya yang sakit itu.

Sesudah 5 hari berubat, dia datang seakan-akan hendak terbang kerana gembira, di samping bersyukur dan berdoa.  Dan kegelapan yang selama ini meliputi matanya itu sudah mulai berkurangan.  Malah, 4 hari selepas itu, pandangannya sudah mulai terang, tinggal sedikit sahaja lagi supaya normal semula.

Perlu dijelaskan bahawa ilmu perubatan pada mas kita ini belum mengetahui ubat penyakit tadi kecuali dengan pembedahan menipiskan selaput mata.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Comments