* Royal Jelly - perbincangan di www.tranungkite.net

Petikan di bawah telah diambil daripada : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?
name=Forums&file=viewtopic&t=6577&postdays=0&postorder=asc&start=90

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Secara ringkasnya Royal Jelly adalah barangan yang dihasilkan oleh LEBAH.

BAGAIMANA ROYAL JELLY TERHASIL

1. Apa itu ROYAL JELLY?

~ Royal Jelly ialah makanan khas hanya untuk Ratu Lebah, dihasilkan oleh lebah itu sendiri.
Ianya dimakan sepanjang hayat Ratu Lebah tersebut.

2. DARI MANA ASALNYA ROYAL JELLY ?

~ Royal Jelly asalnya dari manisan bunga yang dikutip oleh lebah, pada peringkat pertama
(diproses oleh lebah itu sendiri) terhasillah MADU.

~ Pada peringkat kedua - Ia diproses (oleh lebah itu sendiri) maka dari situlah terhasilnya Royal
Jelly.

~ RJ segar (cecair) hanya mampu bertahan selama 3 hari, selepas itu kebanyakan dari zat &
vitamin akan teroksida dan termusnah. Sebab itu RJ itu disejukbekukan (Lyophilized) agar
segala zat & vitaminnya terpelihara.

3. BAGAIMANA LEBAH MENGHASILKAN ROYAL JELLY?

~ Apabila lebah mengutip manisan / debunga, sebahagian dimakan untuk diri sendiri,
sebahagian yang lain disimpan di dalam kantung madu (dalam abdomen lebah) dibawa pulang
ke sarang (yang ini dipanggil madu) untuk makanan larva / lebah-lebah yang lain.

~ Manisan debungan yang dimakan lebah itu tadi (yang sebahagian telah dikeluarkan ketika
lebah kembali ke sarang. Hasil ini dipanggil MADU) manakala SEBAHAGIAN LAGI MELALUI
PERINGKAT KEDUA PEMPROSESAN - masuk kedalam perut diserap ke dalam sistem
penghadaman lebah lalu dibawa ke kelenjar FARINGEAL dan seterusnya dikeluarkan semula -
maka terhasillah satu cecair merupai seakan-akan susu [putih kekuningan] agak sedikit masam
[berbeza madu yang manis] mengandungi pelbagai khasiat dan panawar ke atas banyak
penyakit-penyakit manusia. YANG INILAH DIPANGGIL ROYAL JELLY.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Komen Nida: sumber penulis ini tidak diketahui, tetapi tulisannya boleh dijadikan panduan.

Comments