* Himpunan komen, soalan dan jawapan di blog http://madu-lebah-nida.blogspot.com

Berikut ialah himpunan komen/soalan daripada pengunjung blog berserta jawapan daripada saya.

Kepada pengunjung blog yang telah meninggalkan soalan, maafkan saya kerana lambat memberi respon.  Saya tidak sedar ada komen daripada anda, sebenarnya.

Untuk yang ke depan, jika anda tinggalkan komen dan lambat dapat jawapan sedangkan anda tertunggu-tunggu, anda boleh email saya atau SMS saya dengan soalan anda atau beritahu anda bertanya di blog. 

InsyaAllah, saya akan jawap walaupun anda bukan pelanggan saya.  Ilmu dan rezeki itu Allah s.w.t yang punya, siapalah saya untuk tamak dan berhajat untuk menyimpannya untuk diri sendiri?

*******************************************

Adilah Rafi'ah said...

    salam. Kalau campur dgn kordial spt Roselle, adakah dibolehkan?
    August 4, 2010 9:55 PM 

Jawapan Nida Madu Lebah:

    Hi Adilah, untuk roselle, saya belum pernah dengar pantang-larang penggunaannya sekaligus. Mungkin sebab belum ada cerita yang jadi. Untuk kesenangan, campur saja madu dengan air suam, niatkan anda mengikut sunnah Nabi s.a.w, insyaAllah ada ganjarannya. Dan ingatlah, apa yang sunnah itu, mungkin ada sebab di sebaliknya, dan 'sebab' itu menjurus kepada kebaikan.

*******************************************
    ateh said...

        untuk lelaki,adakah dapat meningkatkan tenaga batinnya.
        July 19, 2010 8:41 AM 

Jawapan Nida Madu Lebah:

            Hai ateh, madu lebah baik untuk SEMUA kehidupan. Untuk tenaga batin lelaki hanyalah satu khasiat daripada puluhan, mungkin ratusan khasiat madu lebah. Selamat mengamalkannya.

*******************************************
    A Halim said...

        madu boleh diberi @ tidak kepada bayi yang berumur 6 bulan?
        August 14, 2010 7:44 PM 

Jawapan Nida Madu Lebah:

        Hai A Halim,

        Saya pernah tanya seorang doktor (GP), graduan Universiti Malaya, apa yang kita perlu risau kalau bagi madu pada bayi berumur kurang 1 tahun?

        Beliau berkata, antaranya, kita risau jika bayi itu akan demam jika ada kuman pada madu yang diberikan itu.

        Daripada jawapan itu, respon saya pada beliau, jadi, kerisauan kita bukanlah pada kesan jangka panjang (long term effects), contohnya kencing manis, dll, pada bayi. Dan beliau menjawab "Bukan".

        Apapun, beliau menambah, kita (modern medicine) tak ada buat kajian (research) tentang kesan madu pada manusia untuk pelbagai peringkat umur, sedangkan ubat moden ada kajian. (Setahu saya, sesuatu ubat moden akan diuji bertahun-tahun pada bahan kajian sebelum digunakan pada pesakit, tapi setahu saya juga, kajian ini tidak dijalankan di Malaysia.)

        Daripada respon doktor ini kepada saya, bagi menjawab soalan encik, saya rasa ada baiknya jika encik juga minta pendapat doktor yang encik biasa jumpa.

       Apapun, dari satu segi, dalam Islam, madu diiktiraf sebagai ubat untuk pelbagai penyakit seperti yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Bagaimanapun, tidak ada salahnya kita cari juga pengetahuan yang dikongsi oleh pakar-pakar kesihatan.

        Daripada 'research' yang kita jalankan, kita boleh timbang dan putuskan jika kita mahu berikan pada anak-anak yang berumur 1 tahun ke bawah.

        Bagi anak saya sendiri, saya berikan selepas umur 1 tahun, kerana apabila anak berumur 1 tahun, biasanya mereka sudah pandai berjalan dan berkawan, jadi, penyakit juga mudah berjangkit melalui sentuhan, air liur dan lain-lain.

        Madu elok untuk anak-anak bukan saja sebagai ubat batuk, tetapi juga baik sebagai ubat selsema.

        Madu juga bertindak sebagai multivitamin yang dapat memberi tenaga dan selera makan.

        Madu juga membantu melawaskan pembuangan najis.

        Lebih menarik tapi ramai yang tidak tahu, madu membantu anak-anak menjadi lebih cerdik dan mudah mengingat, yang semestinya penting untuk pembelajaran anak-anak.

        Saya sendiri sudah merasa khasiat dari segi mudah mengingat itu, insyaAllah, kita akan lebih mudah ingat walaupun usia makin meningkat.

        InsyaAllah.

*******************************************
 OncEUponAtIMe said...

salam
    macam mana yg diorang kata klau campur telur dia jadi masak?
    July 23, 2010 2:18 AM

Jawapan Nida Madu Lebah:
salam,
    Setahu saya, madu asli boleh membuat telur kuning nampak seperti masak. Bukan betul2 masak tetapi anda akan nampak sedikit perubahannya.
    Ini ialah kerana sifat madu yang 'menyerap air' atau 'hygroscopic', jadi madu menyerap air yg ada pada telur kuning, lalu mengentalkan telur kuning dan nampaklah telur kuning seperti 'masak'.

 *******************************************

Comments