* Testimonial penuh Dr. Z.A. Ali, Alor Setar, Kedah: Rasa berdebar-debar hilang, lebih bertenaga & usahakan satu rumah, satu botol madu Tualang asli

Pengenalan

Tujuan saya berkongsi pengalaman saya ialah jika ada orang yang senasib dengan saya berhadapan dengan masalah seperti ini, bolehlah cuba ikhtiar yang saya lakukan seperti di bawah ini. Saya tidak berniaga tetapi kalau ada orang yang sihat dengan cara yang telah saya lakukan ini ia merupakan satu kepuasan dalam hidup saya kerana dapat membantu orang lain.

Saya berumur awal 40an. Kesihatan saya mula terganggu sekitar pertengahan 2008, bermula dengan saya merasa ada sesuatu yang luarbiasa dan aneh terjadi pada perasaan dan fikiran saya.

Adakalanya, jantung saya mudah berdebar-debar dan kadangkala berdegup kencang dan ia menjadi lebih teruk apabila saya terus memikirkan akibat daripada keadaan saya seperti itu. Ia berlanjutan terus pula apabila saya berfikir kepada perkara yang pelik-pelik, yang negatif, takut serangan jantung, stroke dan apatah lagi, macam-macam rasa mungkin aku nak mati, dan akhirnya jantung berdegup kencang, nafas jadi sesak. Biasa berlaku saya terus ke hospital berdekatan.

Yang peliknya apabila sampai di hospital degupan jantung saya beransur reda .

Sekadar menggambarkan apa yang saya alami sewaktu mengalami gangguan kesihatan, saya senaraikan antara masalah-masalah saya:

i) Apabila memandu saya ada perasaan tidak yakin/takut untuk memandu bersendirian. Ini menyebabkan saya sering membawa peneman kerana bimbang sesuatu yang buruk terjadi.

ii) Saya tidak mampu berada dengan lama di tempat-tempat tertentu seperti bank ataupun mana-mana pejabat kerajaan atau swasta, saya cepat menjadi gelisah. Jantung pula terus berdebar-debar, malahan sampai nak keluarkan duit di ATM pun jantung akan berdebar-debar dengan kencang.

iii) Nak bersolat berjemaah dengan selesa pun jadi sukar, lebih-lebih lagi apabila jemaah ramai. Atau, ketika berjemaah, saya berada di saf tengah. Saya akan rasa gelisah dan berfikir yang bukan-bukan, seperti macamana nak lepaskan diri kalau saya tiba-tiba pening, jatuh atau kena serangan jantung. Semakin panjang Imam membaca ayat-ayat al-Quran, semakin gelisah dan bertambah laju degupan jantung saya. Saya mengaku dalam keadaan ini pahala ibadat saya mungkin kosong dan kalau adapun, mungkin yang paling minimum. Saya biasa mengimami solat di masjid atau surau, tapi dalam keadaan saya itu tidak mampu lagi, rasa sungguh kecewa dan malu pada jemaah lain. Belum melangkah lagi automatik jantung saya akan berdegup dengan kencang dan terus memburuk kesan daripada perasaan takut itu yang datang dengan sendirinya.

iv) Apabila mendengar orang yang sedang marah-marah atau bergaduh, lebih-lebih lagi jika diri sendiri terlibat, saya akan mula rasa gelisah dan jantung saya akan berdegup dengan kencang. Dengar jeritan-jeritan dan tangisan pun boleh membuat rasa susah hati.

v)Yang menyedihkan dan keterlaluan ketika solat Jumaat. Saya rasa cukup tidak selesa dengan khutbah-khutbah jumaat yang menekankan hukuman-hukuman atau siksaan-siksaan di dunia mahupun di akhirat, saya jadi gelisah dan berdebar-debar. Untuk itu kadang-kadang saya terpaksa berhelah untuk tidak mendengar khutbah berkenaan dengan cara menutup telinga atau apa-apa sahaja agar tidak mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Tuan Khatib (semoga Allah mengampuni perbuatan saya ini).

vi) Banyak kali juga saya gagal menziarahi saudara-saudara atau kawan-kawan yang meninggal dunia. Saya tidak mampu untuk memberikan penghormatan terakhir. Malah kadang-kadang saya balik begitu saja. Nak melawat kawan-kawan sakit di hospital pun tak boleh sama juga.

vii) Pengalaman yang ini mungkin melucukan tapi berlaku, apabila ada tetamu datang ke rumah tak kira siapa apatah lagi bertandang lama saya menjadi tak keruan, tak tentu arah. Jantung pula terus berdebar, nak bersembang macam biasa pun tak boleh. Saya mencari-cari helah bagaimana nak meredakan perasaan ini dengan keluar dari rumah atau membuat perkara-perkara lain sedangkan pada masa itu tetamu masih ada di rumah. Pada masa itu saya tak kisah dah apa yang berlaku asalkan perasaan saya jadi tenang.

Pengalaman-pengalaman saya berhadapan dengan penyakit saya ini memang nampak macam remeh bagi orang yang sihat tapi bagi diri orang yang mengalaminya ia seperti satu penyiksaan yang tidak berpenghabisan.

Banyak lagi pengalaman-pengalaman lain yang tidak mampu saya ceritakan di sini. Seperti yang saya katakan perkara ini nampak remeh atau kecil bagi kebanyakan orang yang sihat tapi bagi saya sendiri ia seakan-akan menjadi persoalan hidup atau mati.Keadaan ini menyebabkan saya menjadi orang yang suka berhelah, tak mahu untuk berhadapan dengan keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kesukaran contohnya berkursus atau menyampaikan kursus, berucap, berucap apatah lagi berceramah. Ini menyebabkan saya menjadi orang lain bukan diri saya yang sebenarnya. Saya menjadi seorang yang tidak ceria, tidak tenang seperti kebiasaan, dan prestasi kerjaya saya merosot teruk. Rakan-rakan dan ahli keluarga pun boleh nampak ketara perubahan-perubahan ini.

Penyebab?

Saya tidak tahu apa punca sebenar saya jadi begin. Tetapi segalanya mungkin ada kaitan dengan peristiwa saya mengalami ‘kejutan’ terhadap satu notis kebangkrapan oleh pihak Mahkamah disebabkan orang yang saya jamin gagal menjelaskan ansuran pinjaman bank. Saya telah diheret sama kerana saya penjaminnya, dan lebih teruk dia tidak mahu bertanggungjawab.

Akibat tekanan daripada masalah ini saya mula memikrkan macam-macam perkara yang bakal berlaku terhadap kerjaya saya, anak-anak, harta benda, urusan jika perlu ke luar negara dan berbagai-bagai lagi. Bagi saya ini satu pengalaman yang cukup teruk yang melibatkan persoalan masa depan dan saya mula memikir yang bermacam-macam dan tertanya-tanya mengapa saudara sendiri tergamak memperlakukan kita sebegini sedangkan banyak yang dah kita lakukan untuk mereka.

Rawatan

Bagi menyembuhkan penyakit saya ini, saya lakukan rawatan moden dan tradisional. Oleh kerana bimbang mungkin ia ada kaitan dengan masalah jantung, saya berjumpa dengan pakar jantung dan menerima rawatan angiogram, stress test dan lain-lain untuk dapatkan kepastian sama ada saya ini ada masalah jantung.

Alhamdulillah keputusannya jantung saya berada dalam keadaan baik dan masih kuat lagi. Rumusan daripada doctor mengatakan saya ini mengalami penyakit yang dipanggil anxiety disorder, agoraphobia, depression dan berbagai-bagai nama lagi.

Untuk itu saya mengambil berbagai-bagai ubat yang umumnya merupakan ubat penenang. Tetapi ia tidak berkesan terhadap diri saya.

Rawatan alternatif lain juga puas saya lakukan. Pada pertengahan tahun 2008 saya dicadangkan oleh seorang sahabat supaya mengamalkan produk berasaskan madu dan habbatus sawda’. Dikatakan madu ini dari luar negara mungkin Iran. Amalannya ialah dengan mengambil satu sudu teh madu dicampurkan ¼ cawan air suam dan diminum setiap kali bangun tidur dalam keadaan perut kosong.
Saya mengamalkannya setiap hari, masuk minggu pertama , kedua dan seterusnya saya merasakan ada perubahan sedikit demi sedkit. Dalam masa yang sama saya membuat kajian-kajian mengenai madu melalui buku-buku dan internet untuk tujuan menambah keyakinan. Masyaallah Anugerah Allah ini banyak benar keajaibannya.

Ada satu artikel dari luar negera yang membentangkan hasil kajian tentang khasiat madu terhadap saraf-saraf dalam tubuh badan kita, madu dikatakan agen yang mampu membuatkan saraf-saraf tenang walaupun dalam keadaan stress. Saya rasa inilah satu penjelasan tepat yang berjaya merungkai permasalahan yang saya hadapi selama ini.

Mengapa guna Madu Tualang Tempatan?

Akhirnya saya ambil keputusan, sekiranya madu yang saya ambil sebelum ini digantikan dengan madu tempatan apa salahnya kerana kedua-duanya tetap madu asalkan ia benar-benar asli. Untuk itu saya mula menggantikannya dengan madu Tualang asli tempatan yang saya dapat di sekeliling saya. Namun saya berasa kurang berpuas hati dan tidak begitu yakin. Saya cuba dapatkan bekalan madu dengan bantuan internet sehingga saya dipertemukan dengan blog Nida. Setelah dibuat beberapa perbandingan dengan yang lainnya, saya rasa madu yang Nida bekalkan ini peratus keyakinan saya bertambah terhadap keasliannya. Harga yang ditawarkan pula sangat luarbiasa (moga Allah memberkati Nida). Atas sebab itu saya membuat pesanan pertama dan meneruskan amalan meminum madu ini.

Alhamdulillah setakat ini lebih kurang setahun sudah saya rasa keadaan 99.9% sudah kembali normal. Saya sudah dapat mengatasi secara total keadaan-keadaan seperti di atas. Hidup semakin bermakna dan prestasi kerjaya saya sudah kembali seperti sediakala. Rasa sangat bersyukur dengan nikmat kesihatan yang tidak ternilai dan anugerah Allah melalui madu ini. Amalan minum madu ini bukan sahaja membantu pemulihan kesihatan saya malahan ia juga benar-benar member kesan pada tenaga dan menyebabkan rasa tidak cepat letih.

Sepanjang berpuasa tahun ini sehingga kini, saya rasa cukup bertenaga, dan keadaan ini sangat-sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Atas kesedaran hebatnya madu ini, madu yang saya dapatkan daripada Nida bukan sahaja untuk saya sahaja, tapi untuk seisi keluarga dan sanak saudara.
Malahan rakan-rakan sekerja sering tertanya-tanya rahsia perubahan-perubahan yang berlaku kepada saya. Tanpa berahsia saya selalu menggalakkan mereka mengamalkan pengambilan madu ini bukan sahaja baik untuk kesihatan malahan kita sendiri telah menghidupkan satu sunnah.

Sehingga kini saya tidak pernah jemu untuk menghebahkan kehebatan madu ini. Jadi dalam kesempatan ini saya berasa sangat puas apabila dapat berkongsi pengalaman saya dengan mana-mana orang yang senasib dengan saya atau kepada mereka yang berkecimpung dalam perniagaan madu ini. Kepada Nida, saya sarankan teruskan istiqamah untuk membantu kalangan mereka yang memerlukan penawar dari madu ini tidak kira orang kaya atau orang yang kurang berkemampuan. Usahakan satu rumah, satu botol madu lebah asli.


Nota daripada Nida Madu Lebah:

Testimonial di bawah ialah hasil tulisan asal seorang ahli akademik yang telah menjadi pelanggan saya sejak berniaga madu secara online. Alhamdulillah, beliau ialah salah seorang repeat customers saya yang sudah mengenali khasiat madu lebah yang saya tawarkan.

Testimonial yang beliau tulis sangat panjang, saya yakin kerana dalam diri beliau sudah tertanam peribadi seorang ahli akademik yang ingin menyampaikan informasi kepada orang lain.  Sebagai tanda terima kasih, saya cuma mampu menghadiahkan sebotol madu Tualang kepada beliau.  Sungguh kecil nilainya berbanding hasil tulisan yang beliau hantarkan.  Tapi, saya yakin, bukan itu yang beliau cari, tetapi perkongsian ilmu yang bakal menjadi saham beliau di dunia selepas kehidupan dunia.  Terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Z.A Ali, semoga beliau terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan mudah-mudahan ilmu yang disampaikan ini akan jadi ilmu berguna yang diajarkan kepada orang lain.  Semoga Allah memberkati Doktor.

Comments

  1. Assalamualaikum.
    masalah saudara 99% sama seperti yg saya alami..saya juga berfikiran bahawa saya menghidap penyakit jantung..tetapi apabila membuat pemeriksaan d hospital kerajaan/swasta/klinik2 kesihatan keputusan normal..Masih xdak puashati,saya minta buat ECG d 3tempat berlainan...keputusan juga normal..pemeriksaan darah juga saya lakukan...semuanya normal..adapun ubat2tan yg d beri hanyalah ubat penahan sakit dan minyak panas untuk melegakan otot/urat saraf d bahagian dada kiri.. Sekarang,saya mencuba perubatan cara sunnah Nabi..Madu+Habatussauda..cuma utk medapatkan madu asli amat sukar d tempat saya..insyallah saya membuat pesanan dr Puan Nida :)Disamping itu sya juga akan membuat pemeriksaan cara Ayat2 Suci Al Quran oleh pakar2 dlm bidang tersebut..cuma buat masa ini belum ada kelapangan utk berbuat demikian..Takut2 ada Jin/Saka yg tidak d undang menumpang dlm badan kita :/ Saya yakin,setiap penyakit pasti ada ubatnya...tp kena berusah...Insyallah.. Amal sunnah dpt kesihatan & pahala.. Aminn :)

    ReplyDelete
  2. Salam, saya pun mempunyai simptom2 hampir sama dengan Dr. Z.A. Ali.Penyakit ini amat mengganggu kehidupan saya sekarang..saya ingin tahu bagaimanakah keadaan Dr sekarang dan apakah rawatan yang telah Dr lalui. Diharap Dr. Z.A. Ali tidak keberatan utk emailkan kepada saya.Sekian, salam,

    Faizal
    nick.faizal(at)gmail.com

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment