* Cara mengamalkan madu lebah

Mungkin ramai antara kita yang tidak sedar bahawa cara mengamalkan madu lebah bukan sesuka hati, lebih-lebih lagi jika kita mengamalkan untuk sesuatu sebab tertentu.


Bagaimanapun, secara amnya, bolehlah saya rumuskan seperti di bawah:

  1.  Yang paling penting, jika anda mengamalkan pengambilan madu dengan niat dan harapan ia dapat menjadi penawar untuk sesuatu penyakit, eloklah anda belajar cara yang sepatutnya diamalkan, sama ada bancuh menjadi minuman sahaja atau perlu amalkan dengan bahan-bahan lain, dan pastikan bila waktu perlu minum/makan bancuhan madu itu, dan berapa kerap perlu minum/makan bancuhan itu.
  2. Dalam pembacaan saya, Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan pengambilan madu secara membancuhnya dengan air, bukan makan madu secara terus tanpa membancuhnya.  Jadi, bagi saya, ada baiknya kita ikut saja perbuatan Nabi ini, kecuali kita rajin kaji lagi, bolehlah kita kaji apa cara terbaik untuk mengamalkan pengambilan madu lebah.
  3. Jika anda cuma mengamalkan untuk kesihatan secara keseluruhan, (maknanya anda tiada masalah kesihatan, tetapi mengamalkan madu sebagai satu cara hidup sihat) anda cuma perlu bancuh setengah cawan/secawan air suam dengan 1 sudu besar madu.  (Bagi saya, sukatan air lebih kepada tahap mana kemanisan yang kita suka.)
  4. Mengikut sebuah buku tentang madu lebah (hasil tulisan seorang doktor perubatan yang menuntuk di Mesir), sebaik-baiknya ambil madu sewaktu perut kosong.
  5. Mengikut buku yang disebut di dalam no. 4 di atas juga, selepas ambil madu, jangan makan-minum apa-apa selama 2 jam.
  6. Bagaimanapun, untuk sesetengah kes, contohnya mengurangkan kolesterol, perlu minum madu SELEPAS makan.  Ini kembali pada no. 1 di atas.
  7. Jika anda luka atau terkena benda panas, sapukan saja madu lebah pada tempat terkena benda panas.  
  8. Untuk membancuh/mengambil madu lebah ialah menggunakan sudu bukan logam/bukan besi, kerana penggunaan bahan logam/besi ini akan mengurangkan khasiat madu lebah.
  9. Cara penyimpanan madu lebah ialah pada suhu bilik, bukan dalam peti ais.  Memang ada yang berkata bahawa peniaga madu lebah berpesan supaya jangan simpan di dalam peti ais kerana mereka bimbang jika madu tidak asli/bercampur gula yang disimpan di dalam peti ais akan berketul selepas di simpan di dalam peti ais.  Jika ini ialah kerisauan anda, boleh cuba simpan sedikit madu di dalam pembeku peti ais, kerana madu asli sepatutnya tidak beku dan tidak akan membentuk ketulan di dalam pembeku.  Simpanlah madu lebah ini selama mana yang anda yakin 'air' akan beku di dalam pembeku.  Saya pernah cuba untuk kira-kira 10 jam, dan hasilnya memang madu tidak beku.  Jika disimpan dalam peti ais, khasiat madu akan berkurangan.
  10. Jika anda baru cuba-cuba mengamalkan madu, cuba sedikit-sedikit dahulu kerana lain orang, lain kesannya.  Ada yang berasa kepanasan dan berpeluh-peluh selepas mengamalkan madu.  Ada yang berasa biasa sahaja.  Sebaik-baik cara mengamalkan madu ialah sedikit tetapi konstant - ingatlah konsep istiqamah dalam Islam.
Selamat mengamalkan madu lebah dalam kehidupan anda.  Saya sudah cuba, dan alhamdulillah, saya dah rasa kesannya.

Nida madu lebah
016 - 968 9754

Comments