* Anda senang demam apabila terkena hujan?

Cuaca di Malaysia tidak menentu, ada kalanya, tanpa disangka-sangka, hujan turun walaupun sebelum itu cuaca kelihatan baik, begitu juga sebaliknya.

Sedar tak sedar, di sekeliling saya ramai orang yang berkata mereka kurang sihat kerana terkena hujan pada hari-hari sebelum itu.

Kebanyakan kita memang tidak menggunakan payung jika melintasi hujan, tapi rupa-rupanya ada yang sempat terkena bahana disiram hujan.

Jika anda termasuk dalam golongan mereka yang biasa jadi kurang sihat selepas terkena hujan, saya sarankan anda mengamalkan madu asli.  Saya sendiri tidak sedar yang saya kalis hujan dalam ertikata setakat ini, Alhamdulillah saya tidak pernah berasakan hujan menyebabkan saya jatuh sakit.  Mudah-mudahan terus begini.

Bagi kebanyakan orang, adalah leceh ingin mengamalkan madu setiap hari, mungkin kerana mereka berasakan tidak sempat/mahu cepat kerana ingin cepat ke pejabat.  Bagi saya pula, mengamalkan madu hampir jadi kemestian, demi kesihatan.  Alhamdulillah, tiada demam, batuk atau selsema yang mungkin jadi 'benda biasa' dalam kehidupan seharian.  Bagi sesetengah orang, rasa bebas daripada demam, batuk, selsema ini satu nikmat yang dilupakan, tapi apabila anda mendapatnya, tidakkah anda terfikir alangkah baiknya jika tak perlu batuk atau menghembus hingus?

Jika anda mengamalkan madu sesudu setiap pagi tapi diserang batuk atau selsema, apa yang anda perlu ubat ialah tingkatkan pengambilan madu kepada 2-3 kali sehari.  InsyaAllah, tak perlu ubat, dan batuk/selsema anda akan pergi dalam 2-3 hari.  Saya menulis berdasarkan pengalaman saya dan anak-anak saya.  Bagi saya juga, bila anak demam, saya juga bagi madu, supaya demam yang disebabkan virus tidak akan membenarkan serangan kuman/bakteria bermula, hingga menyebabkan perlunya mengambil antibiotik.
(Jika demam disebabkan virus, badan akan membina antibodi untuk melawan virus, dan antibiotik tidak diperlukan.)

Comments