Monday, December 26, 2011

Madu Lebah Nida telah diuji di USIM!

Salam mesra,

Hari ini 26 Disember 2011.  Pada tarikh bertuah ini, saya rasa tak sabar untuk berkongsi berita terbaru tentang madu lebah Tualang Nida.

Alhamdulillah, saya pernah ditelefon oleh seorang pelajar universiti tempatan tentang madu lebah Tualang yang saya bekalkan.  Pelajar itu sedang mencari sampel-sampel madu Tualang untuk digunakan dalam tesisnya.  Dipendekkan cerita, tesisnya telah siap dan saya kongsikan di sini sedikit hasil daripada kajian beliau.


Di bawah ini ialah perbandingan kandungan bahan madu lebah Tualang Nida berbanding madu lain.  Madu Tualang Nida ialah item kelima dari atas, (Sumber: Pahang).(Lihat tulisan warna biru)  InsyaAllah pada lain masa, saya akan bincangkan nilai-nilai nombor yang anda lihat di bawah.  Apapun, madu lebah Tualang Nida telah disahkan asli.  Alhamdulillah, kebenaran telah dibuktikan.

Perbandingan kandungan madu lebah dari pelbagai sumber.  Madu Lebah Tualang Nida ialah item kelima (tulisan warna biru)


Sebagai rujukan, di bawah ini pula ialah nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz & Grosch
(Belitz, H.D. and Grosch, W. 1999. Honey and artificial honey. Food Chemistry, 2 : 821- 828.)
Perlu dimaklum, kajian Belitz & Grosch ini tidak berdasarkan madu Tualang dari Malaysia, jadi hasil ujian madu dari Malaysia mungkin tidak menepati hasil kajiannya, tetapi, nilai-nilainya masih boleh dijadikan rujukan.  Apa yang penting ialah bagaimana madu lebah Tualang Nida berada dalam 'range' jika dibandingkan dengan madu Tualang lain dari Malaysia dan sekitar Asia Tenggara.

Nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz dan Grosch, 1999

Akhirkata, sekalipun madu lebah Tualang Nida telah disahkan asli daripada kajian ini, harga Madu Lebah Tualang Nida masih sama - RM 45 sebotol besar, kira-kira 1 kg.  (Harga madu lebah Tualang naik kepada RM 50 pada bulan Februari 2013 atas faktor-faktor kos.)

Looking forward to receiving orders from you,
Yang ikhlas,
Nida Madu Lebah,
016-968 9754

2 comments:

  1. ada results lain ke selain PH, Moisture n mineral? sbb terdapat kriteria lain yg lbh penting bg menentukan ketulenan madu. % Sukrosa, % gula penurun fruktosa n glukosa, ratio Fruktosa:Glukosa, nilai HMF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena hantar makmal. kos pun tinggi. ada cara yg mudah utk menentukan keaslian madu. kalau nak yg betul2 puas hati, kena tunggu pencari madu balik dari hutan dan beli masa itu juga. beli sekali dengan sarang, balik tapis sendiri. berbaloi la juga kerana madu tahan lama, jadi boleh beli banyak. kebanyakan yg campur gula ini ialah pembekal. pencari madu tidak akan merosakan madu mereka dgn gula kerana mereka amat menghormati sumber alam ini.

      Delete