* Madu Lebah: Ubat terkena haba panas

Salam mesra buat pengunjung.

Saya seorang yang suka menghabiskan masa di dapur.  Bila dah di dapur, pastinya bermain api dan haba.  Tak dapat tidak, sesekali terkena bahana bermain api, kulit disinggahi air panas, percikan minyak panas, dan kadangkala, terkena wap panas air yang mendidih.

Selepas mengetahui khasiat madu boleh dijadikan ubat apabila terkena panas, saya memang pengguna setia madu jika terkena haba panas.

Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar rentetan terkena panas pada ibu jari kiri tangan.


4 Jan 2011 - Selepas terkena wap panas pada ibu jari kiri, saya letakkan madu dan biarkan seketika kemudian basuh.


5 Jan 2011 - Sehari selepas terkena wap panas, tiada perubahan

11 Jan 2011 - Kulit mula mengelupas


11 Jan 2011 - Gambar kulit mengelupas lebih jelas

13 Jan 2011 - Kulit terus mengelupas dan saya buang kulit yang mati.  TIADA RASA SAKIT langsung, sebaliknya rasa suka kopek kulit yang mati tu..


9 Jan 2012 - Tiada kesan terkena benda panas
Sebenarnya, selepas kulit mengelupas dan kulit mati itu saya buang, kulit terus jadi elok tetapi saya bertangguh-tangguh untuk memasukkan entri ini.  Tapi hari ini, pada tahun baru 2012 ini, saya ambil gambar terbaru jari saya dan letakkan di sini.  Tiada kesan terbakar atau terkena panas yang biasanya akan kelihatan selepas terkena benda panas.  Memang beginilah hasilnya jika anda gunakan madu asli apabila terkena benda panas, InsyaAllah.

Jadi, apabila anda terkena benda panas, cepat-cepat dapatkan madu asli dan sapukan pada tempat yang terkena panas.  Madu lebah untuk SEMUAnya.


Ikhlas,
Nida Madu Lebah
016-968 9754

Comments