Salam mesra,
Cuma sedikit coretan berdasarkan pengalaman di klinik.
Baru-baru ini, saya ke klinik untuk mendapatkan suntikan pelalian untuk ahli keluarga saya. Di bilik sebelah rawatan yang kami gunakan terdapat sebuah lagi bilik rawatan. Di bilik itu terdapat alat 'nebulizer' yang biasa digunakan untuk mencairkan kahak.
Pada waktu kami berjumpa doktor, sebuah keluarga berada di bilik rawatan yang menempatkan nebulizer itu kerana anak mereka terpaksa menggunakan nebulizer. Si anak menangis-nangis kerana dipakaikan nebulizer, mungkin kerana rasa tidak selesa dan dipaksa menggunakan nebulizer itu.
Secara peribadi, saya tidak 'against' nebulizer. Saya tidak percaya kata-kata yang kalau sekali guna nebulizer, nanti selalu kena nebulizer. Setahu saya, menggunakan nebulizer adalah perlu kalau sampai masa si anak sudah 'wheezing'. Wheezing ialah apabila ada bunyi siulan daripada dalam paru-paru ketika anak bernafas kerana pada masa ini, paru-paru sudah terlalu banyak lendir atau kahak. Nebulizer akan memasukkan ubat dalam bentuk gas yang disedut masuk ke dalam paru-paru untuk mencairkan kahak, dan kahak ini akan dapat keluar daripada paru-paru ke dalam sistem perkumuhan, seterusnya boleh dibuang melalui najis dan lain-lain.
Walaupun saya tiada apa 'against' nebulizer, saya merasa kasihan apabila kanak-kanak ini menangis dan meronta-ronta apabila dipaksa memakai nebulizer. Ini bercakap tentang kes ringan yang memerlukan ibubapa ke klinik dan memakaikan anak-anak mereka nebulizer. Ada pula kes-kes yang memerlukan si anak masuk hospital ('warded') disebabkan kes-kes seperti-asma/lelah, kadangkala ibubapa perlu ke klinik pada pukul 2, 3 pagi untuk mendapatkan nebulizer. Banyak masa, wang, tenaga dan kepayahan yang mesti diperuntukkan untuk ini.
Kira-kira 8 tahun lalu, sewaktu anak saya yang sulung masih kecil , saya juga menghadapi masalah anak batuk dan selsema hingga kami ke klinik yang agak jauh setiap malam untuk mengambil nebulizer. Pada masa itu, kami masih muda dan kurang pengalaman menjaga anak-anak, dan baru pindah ke perumahan baru, jadi, kami tidak tahu di mana klinik yang elok, dan apa yang sebaiknya dilakukan jika anak batuk dan selsema. Ada masa-masanya, anak sulung kami dimasukkan pula ke hospital disebabkan batuk dan selsema yang berpanjangan, hinggalah kami kenal doktor pakar mana yang bagus sebagai 'chest physician' (doktor berkaitan dada/paru-paru). Pada masa itu saya mula belajar apa itu bronkiolitis, bronkitis, asma/lelah, wheezing, dan lain-lain.
Anak-anak kecil yang berumur kurang 2 tahun biasanya hanya menghidap bronkiolitis. Ibubapa akan mendapati anak mereka selsema, dan inilah yang mungkin dikatakan bronkiolitis, iaitu virus menyerang dan membuat adanya lendir pada bronkiol anak (laluan udara dalam paru-paru yang paling kecil ialah bronkiol). Jika dibiarkan, dalam masa kurang 1 minggu, anak boleh mula kedengaran bersiul apabila mereka bernafas. Jika anda sudah ada pengalaman, anda boleh dengar jika lekapkan telinga ke dada anak, atau lebih baik jika anda boleh dapatkan stetoskop dan dengar di dada anak.
Bronkiolitis ini mesti dirawat segera supaya tidak melarat dan akhirnya boleh mengakibatkan anak menghidap lelah/asthma/asma. Seseorang itu hanya diklasifikasikan sebagai pesakit lelah jika mereka sudah berumur lebih 7 tahun dan masih ada simptom-simptom lelah.
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang bayi yang berusia kurang 1 tahun mendapat bronkiolitis ialah:
Untuk anak yg keempat (juga lahir pra-matang), saya teruskan minum madu dan alhamdulillah setakat ini, saya gembira kerana sehingga hampir 6 bulan usia anak (dan musim hujan yang berpanjangan baru-baru ini), dia belum pernah diserang selsema.
Semua ibubapa ingin memberi yang terbaik pada anak-anak mereka. Dan kita seboleh-bolehnya mahu mereka sentiasa senang, sihat dan gembira. Sebagai ibubapa, kita tidak mahu anak-anak dimasukkan ke hospital, dipaksa mengambil nebulizer, makan ubat, muntah kerana sakit, susah tidur kerana tidak dapat bernafas, dan macam-macam lagi.
Saya kongsikan pengalaman saya mengamalkan madu demi anak-anak di sini kerana saya kasihan dengan anak-anak yang menangis-nangis di klinik. Tangisan mereka membuat saya sebagai seorang ibu juga rasa sakit walaupun mereka bukan anak-anak saya. Saya harap anda amalkan madu setiap hari, cuma secamca kecil sudah mencukupi. Khasiatnya bukan setakat mengelakkan nebulizer, tapi bermacam-macam lagi. Madu sudah disarankan dalam al-Quran untuk kita mengamalkannya, yang tinggal hanya untuk kita menerima saranan itu dan menuai kebaikannya selepas kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya, cara madu itu bekerja untuk kebaikan dan kesihatan manusia sangatlah ajaib. Mengapa tidak? Allah swt sendiri yang telah menyarankan kita mengamalkan madu.
Nida Madu Lebah
016-968 9754

- berusia kurang 6 bulan
- tidak menyusu badan
- tinggal di dalam persekitaran yang sesak
- berada di persekitaran yang ada asap rokok
- kelahiran pra-matang (lahir sebelum usia kandungan mencapai 37 minggu)
Untuk anak yg keempat (juga lahir pra-matang), saya teruskan minum madu dan alhamdulillah setakat ini, saya gembira kerana sehingga hampir 6 bulan usia anak (dan musim hujan yang berpanjangan baru-baru ini), dia belum pernah diserang selsema.
Semua ibubapa ingin memberi yang terbaik pada anak-anak mereka. Dan kita seboleh-bolehnya mahu mereka sentiasa senang, sihat dan gembira. Sebagai ibubapa, kita tidak mahu anak-anak dimasukkan ke hospital, dipaksa mengambil nebulizer, makan ubat, muntah kerana sakit, susah tidur kerana tidak dapat bernafas, dan macam-macam lagi.
Saya kongsikan pengalaman saya mengamalkan madu demi anak-anak di sini kerana saya kasihan dengan anak-anak yang menangis-nangis di klinik. Tangisan mereka membuat saya sebagai seorang ibu juga rasa sakit walaupun mereka bukan anak-anak saya. Saya harap anda amalkan madu setiap hari, cuma secamca kecil sudah mencukupi. Khasiatnya bukan setakat mengelakkan nebulizer, tapi bermacam-macam lagi. Madu sudah disarankan dalam al-Quran untuk kita mengamalkannya, yang tinggal hanya untuk kita menerima saranan itu dan menuai kebaikannya selepas kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya, cara madu itu bekerja untuk kebaikan dan kesihatan manusia sangatlah ajaib. Mengapa tidak? Allah swt sendiri yang telah menyarankan kita mengamalkan madu.
Nida Madu Lebah
016-968 9754
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete