Friday, February 10, 2012

* Testimonial Puan Ros, Petaling Jaya: Menggunakan Madu Tualang Nida apabila anak demam, kena kurap; ubat luka, ubat kembung angin, menguatkan antibodi, kecerdasan otak anak-anak, dan lain-lain

******************************
Assalamu'laikum,
Saya sekeluarga memang mengamalkan minum madu tetapi agak susah untuk mendapatkan madu asli hinggalah saya terjumpa blog Madu Lebah Nida di internet.
Pengalaman saya menggunakan madu memang menakjubkan, antaranya :

Untuk kesihatan:
Dulu, sebelum mengamalkan madu lebah, kalau anak-anak demam, batuk dan selsema, penyakit mereka lambat sembuh.  Dengan makan ubat klinik, mereka sembuh dalam seminggu hingga dua minggu, tapi dengan madu, alhamdulillah, dalam masa 2 hari penyakit hilang.

Anak sulung saya pernah demam dengan suhu yg amat tinggi.  Saya beri madu pada waktu malam, alhamdulillah keesokan paginya, demamnya telah kebah.

Anak saya juga pernah terkena kurap di tangan.  Bermacam-macam ubat doktor dan pelbagai sabun telah saya gunakan tapi tak berkesan hinggalah saya tergerak hati untuk menyapukan madu pada kurapnya.  Syukur, kurap yg merah beransur hilang cuma dalam masa 2 hari sahaja.

Saya sendiri pernah luka di jari terkena pisau.  Saya hanya sapukan madu dan darah berhenti, dan luka cepat sembuh.

Selain itu, saya juga ada sejenis penyakit angin yang membuat saya alah dengan makanan yang  'sejuk' dan 'berangin' seperti kobis, kentang dan tauge.  Tapi, sejak mengamalkan madu, saya boleh makan semua tanpa mengalami rasa kembung lagi.

Madu juga menguatkan antibodi badan.  Dengan izin Allah swt, kita tak mudah diserang penyakit.  Ini terbukti kerana kami sekeluarga jarang sekali sakit sejak mengamalkan minum madu.  Madu bertindak sebagai vitamin.  Sekarang saaya tak perlu lagi membeli bermacam-macam vitamin untuk anak-anak.

Suami saya ada darah tinggi hingga terpaksa makan ubat darah tinggi tiap-tiap hari tetapi madu menjadikan tekanan darahnya stabil.

Untuk minda
 
Madu memang terbaik untuk otak anak-anak.  InsyaAllah, mereka akan menjadi cerdas dan otak mudah menerima pelajaran.

Anak sulung saya memang agak cerdik sejak dari sekolah rendah.  Keputusan UPSRnya agak cemerlang.  Apabila masuk sekolah menengah saya mula memberi dia madu sebagai ganti vitamin.  Kalau sebelum ini mendapat A dengan markah lebih 80% tetapi sejak minum madu kecerdasan otak meningkat dan boleh mendapat A dengan markah melebihi 90%.  Syukur.  Dalam keputusan PMR baru-baru ini, anak saya mendapat 6A tanpa pergi tuisyen di mana-mana pusat tuisyen.

Kesimpulannya madu adalah terbaik ALLAH jadikan untuk kita.  Kenapa kita bersusah-payah berhabis duit membeli segala macam ubat dan vitamin, sedangkan madu telah tersedia dengan 1001 macam khasiat?


Terima kasih saya pada Nida kerana usahanya menjual madu asli di internet memudahkan saya untuk mendapatkan madu tualang asli.  Moga Nida akan terus sukses dengan bisnesnya dan teruskan menjual madu, dapat menolong sesama manusia juga. (Komen Nida: Amin, terima kasih Kak Ros sudi doakan saya.  Jazakallahu khair, kak Ros.)

SESUNGGUHNYA MADU ITU IBU SEGALA MAKANAN, IBU SEGALA MINUMAN, IBU SEGALA PENAWAR. (Komen Nida: *MasyaAllah.  Saya suka sangat-sangat kalau ada yang sedar kebaikan madu yang sudah Allah turunkan untuk kita.  Alhamdulillah)

*****************************

Nota: Ayat di atas adalah 100% hasil karangan Puan Ros, saya cuma tukarkan struktur ayat supaya mudah difahami (pada pendapat saya), dan 'highlight' pada apa yang saya rasakan perlu.

* Penggunaan "MasyaAllah" di Malaysia biasanya adalah salah kerana digunakan apabila sesuatu yang negatif berlaku, contoh, apabila ada kemalangan, dll, sedangkan "MasyaAllah" ialah apabila kita mendengar khabar gembira, contohnya pencapaian seseorang, dll.  Apabila kita dengar atau lihat kemalangan, sepatutnya kita sebut antaranya "Astaghfirullah", kerana apabila kita lihat sesuatu yang malang, kita patut berasa insaf dan kesal kerana kita sebagai hamba yang kerdil, pastinya telah banyak melakukan kesalahan yang mungkin membuatkan kita sendiri menanggung kejadian itu.  Mungkin juga kita boleh selitkan 'Nauzubillahi min zalik', dengan memahami ia bermaksud doa yang mohon lindungkan daripada kejadian malang seperti itu.

Komen Nida:
Bagi seseorang yang sudah mengamalkan madu, insyaAllah apabila dia sakit dan terus mengamalkan madu dengan lebih kerap (kerana sakitnya itu), maka keberhasilan madu sebagai ubat/penawar akan lebih cepat.  InsyaAllah.

Hubungi Nida Madu Lebah, 016-968 9754




2 comments:

  1. Saya jumpa entry tentang Madu Lebah Tualang kt dlm Google+ saya. Saya cut and paste, ya?

    -------------
    I've been "reporting" on Tualang honey for a couple of years now and some of the research seems especially promising. This latest study suggests that it may help prevent the formation of keloids. Past studies have hinted at its use with cancer, burns and even as a weak hormone replacement therapy.

    I think it's too bad that other "designer" honeys like Manuka get all the press when Tualang seems to be accumulating the science. It'll be interesting to see if these studies hold up to scrutiny.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak pasti tentang Manuka vs Tualang, tapi apa yg pasti, akak dah amalkan, dan memang sekarang appreciate sangat2 madu Tualang. Alhamdulillah, resultnya memang bagus.. Tq for sharing. Nanti akak research pasal 'keloids' tu..

      Delete