* Madu + Kayu Manis = Ubat Kanser

Isi entri ini asalnya dari:

http://www.naturalnews.com/029894_honey_arthritis.html

Saya kongsikan sedikit isi daripada 'site' di atas.

Menurut sumber di atas,  madu dan kayu manis boleh membantu menyembuhkan kanser dan arthritis.

Dalam majalah Kanada "Weekly World News" bertarikh 17 Januari 1995, telah ditulis bahawa madu dan kayu manis mempunyai kuasa menyembuhkan kanser dan arthritis, dengan hasil kajian klinikal. 

Menurut sumber, madu yang dimaksudkan mestilah madu yang tidak dirawat langsung, yang mempunyai ciri-ciri yang boleh menyembuhkan.("pure unadulterated unpasteurized organic honey not heated that has healing properties") 

Khasiat Kayu Manis

Kayu manis boleh bertindak sebagai pengawal glukosa di dalam badan. 


US Department of Agriculture (USDA) di Maryland, US, melaporkan bahawa kayu manis boleh meminimakan atau mungkin terus menghentikan perkembangan sel-sel leukimia dan kanser lymphoma.  Jika digunakan di dalam makanan, kayu manis berupaya melambatkan makanan basi disebabkan ciri-ciri antibakterianya.  Hasil kajian di Kansas State University merekodkan bahawa kayu manis boleh membunuh bakteria E.coli di dalam jus yang tidak dipasteurkan.

Campuran Madu dan Kayu Manis

Kajian di Jepun dan Australia telah menemui bahawa campuran madu dan kayu manis dapat membantu merawat kanser, dan tidak menolak bahawa campuran ini mungkin sebenarnya boleh menyembuhkan kanser. 

Satu kajian di Copenhagen telah membuktikan bahawa penyakit arthritis yang kronik dirawat dengan berkesan jika campuran madu dan kayu manis diambil setiap hari.

Dos campuran madu dan kayu manis untuk pesakit kanser ialah 1 sudu besar madu dengan 1 sudu kecil kayu manis, diambil tiga kali sehari.

Untuk pesakit arthritis pulak, dosnya ialah satu sudu besar madu dengan setengah sudu kecil kayu manis.

Nida
016-968 9754

Comments