* Madu membantu mengurangkan alahan

Sumber informasi ini saya petik daripada internet.

Madu boleh membantu mengurangkan alahan  walaupun pada asalnya madu seolah-olah menyebabkan alahan kepada seseorang.

Ini kerana, madu dapat bertindak seperti vaksinasi (vaccination) kepada badan manusia.

Vaksinasi ialah proses memasukkan virus yang sudah lemah ke dalam badan manusia, sama ada secara oral atau suntikan.  Tujuannya ialah untuk merangsang sistem pertahanan badan (immune system) manusia untuk membuat antibodi yang boleh melawan penyakit yang disebabkan oleh vaksin tadi.

Antibodi dibina oleh sistem pertahanan badan untuk melawan virus.  Jika patogen lain daripada keluarga bakteria atau fungus, kita tidak melawannya dengan antibodi.  Mungkin antibiotik diperlukan untuk melawan bakteria atau fungus.

Apapun, jika anda terdiri daripada mereka yang alah kepada madu sehingga anda tidak dapat mengamalkan madu, nasihat saya ialah amalkan madu sedikit demi sedikit dalam kehidupan seharian anda.  Ini kerana, madu sungguh berfaedah kepada anda, sama ada untuk penyakit-penyakit biasa ataupun penyakit kronik, termasuk sakit jantung, darah tinggi, diabetes, malahan untuk menghalang kanser.

Nida Madu Lebah,
016-968 9754

Comments