* Kenapa saya berniaga madu?

Salam mesra,

Mudah-mudahan anda sedang beroleh kasih sayangNya...

Saya nak kongsi di sini secara ringkas kenapa saya berniaga madu.

Mula-mula dulu, saya cuma 'intrigued' tentang madu. 

Kisahnya begini...  Asalnya saya membesar di KL & Selangor.  Kemudian, waktu saya study di overseas,  ibu bapa saya pindah ke kampung halaman ibu saya di Pahang memandangkan mereka ingin menghabiskan masa di kampung.  Bila dah berumur, mereka ingin meneruskan minat mereka seperti berkebun, memancing, dan sebagainya.  Anak-anak pula sudah besar panjang, jadi, mereka memutuskan untuk meninggalkan rumah di taman perumahan dan kawasan sekitar yang layaknya dipanggil hutan batu.

Selepas pulang dari overseas, saya mula bekerja dan kemudian berkahwin.  Sebelum berkahwin, hidup saya mula berubah sedikit demi sedikit.  Kalau dulu perjalanan balik kampung ialah 1 way straight, sekarang, suami ajak singgah dulu dalam perjalanan.  Sekali-sekala, singgahlah kami di Genting Sempah.  Di situ, kadang kala ada peniaga madu asli dari hutan.  (Masa itu, saya belum kenal madu bela, madu Tualang, Royal Jelly dan lain-lain).  Apapun, kami belilah juga sebotol dua madu. Ada masanya pula, apabila berhari minggu di kampung, kami ke pekan sari.  Dapat lagi sebotol dua madu hasil berkeliling di situ.

Adat orang yang tak kenal, maka saya tidak cinta akan madu pada asalnya.  Pada masa itu, kami cuma beli madu mungkin seperti pelancong membeli 'souvenir'.  Akhirnya, kami beli sebotol dua madu di sana sini, dan sudahnya, kami ada beberapa botol madu yang tidak habis digunakan.  Hinggalah satu masa, angin rajin berkemas saya tiba.  Melihat setengah botol madu di sini, setengah botol madu lagi di sana, saya jadi rimas.  Nak dibuang begitu saja sayang.  Suami pula sudah pasti tidak mahu makan minum apa-apa yang sudah lama, jadinya, sayalah yang jadi tukang habiskan madu dalam botol-botol kaca yang bersusun mengutip habuk.

Pada masa itu, saya sudah melahirkan anak sulung kami.  Adat hidup di bandar, suami isteri perlu bekerja untuk mencari penghidupan.  Pada masa itu pula, saya boleh dikatakan masih baru menyesuaikan diri dengan macam-macam 'role'.  Ibu, isteri, pekerja, tukang masak, dan lain-lain lagilah...  Pastinya penat, hinggakan saya jadi sakit kepala sesudah sampai di rumah selepas seharian berada di pejabat.  Pada masa itu, saya mengamalkan multivitamin Amway Nutrilite.  Hasil mengamalkan multivitamin Nutrilite, saya tidak lagi sakit kepala.  Syukur.  Tapi, seingat-ingat saya, saiz multivitamin Nutrilite dulu .. nah, sebiji multivitamin besar you!  Nak tercekik juga saya menelannya, tapi disebabkan hasilnya bagus, saya gagahkan juga. 

Ingat lagi tentang angin rajin mengemas saya?  Oklah, mungkin disebabkan saya makin betah melakonkan pelbagai watak ((watak ibu, pekerja, isteri, orang gaji :))selepas lama mendapat watak itu), saya pun sudah pandai mencari masa untuk mengemas.  Bagaimana nak menghabiskan tapi tidak mahu membuangnya sahaja?  Pastinya, jawapannya ialah saya mesti habiskan... Jadi, saya mula mengamalkan minum madu (masa tu saya tak bancuh sebab tidak tahu cara yang sepatutnya minum madu iaitu membancuhnya dengan air suam).  Hari demi hari saya amalkan (maklumlah, kalau setengah botol kali 3 pun dah 1.5 botol, kan?).  Selepas kira-kira seminggu, saya mula kepanasan.  Turun naik tangga masa nak pergi kerja pun saya dah berpeluh-peluh.  Muka pun berpeluh-peluh.  (Tapi saya jenis tak pakai make up, tak la leceh sgt.. lap aje kalau dah berpeluh2 tu).  Dari situ, saya sedar, madu ini membuat kita cepat panas dan senang berpeluh.  Setelah itu, saya pula sedar, yang ada masanya, saya terlupa mengambil multivitamin (yang besar tu..).  Tapi, alhamdulillah, saya tidak sakit kepala lagi.  Sedarlah saya yang madu boleh menggantikan fungsi multivitamin itu.  Sejak itu, saya mula mengamalkan madu, dan mula menjual kepada kawan-kawan di pejabat.

Sedikit demi sedikit, saya mula berniaga madu.  Saya kembangkan perniagaan di kawasan perumahan.  Adat berniaga, ada pasang surutnya, tapi akhirnya, saya memberanikan diri berniaga secara online.  Bermula di fotopages.com.  Akhirnya saya pindah ke blog sekarang.  Alhamdulillah, saya makin kuat untuk berniaga madu.  Sekarang baru saya nak masuk tajuk entry kali ini: Kenapa saya berniaga madu?


1. Saya berniaga madu asli kerana komoditi ini telah diiklankan oleh Allah swt di dalam al-Quran.  Al-Quran adalah antara mukjizatNya kepada Nabi Muhammad saw.  Rujuk surah An-Nahl, ayat 68-69.

2. Saya berniaga madu asli kerana madu asli itu sendiri sangat besar nikmatnya kepada kita, jika kita mengetahuinya.

3. Saya berniaga madu asli kerana saya boleh jual madu asli pada harga murah.  Sedangkan saya boleh jual pada harga yang mahal.  Saya cuma manusia biasa.  Siapa tak nak duit banyak?  Tapi saya masih teguh tidak mahu menjual pada harga mahal, kerana antara niat saya berniaga madu ialah untuk menyampaikan (berdakwah) tentang madu, tentang kebesaran Maha Pencipta yang menciptakan madu untuk kegunaan umat manusia.  Mudah-mudahan selepas kita ambil pengajaranNya tentang madu dan masukkan nikmat madu di dalam kehidupan kita, mudah-mudahan kita makin mudah menerima pengajaranNya yang lain ke dalam kehidupan kita.  [Bagaimanapun, untuk mengalu-alukan pelanggan yang lebih suka membeli pada harga mahal, nantikan pengumuman terbaru saya.  (Madu yang dijual pada harga lebih mahal :) ) (Currlassttt you...) (Tapi saya akan jawab sejujurnya soalan-soalan anda jika anda bertanya mengapa harganya berbeza, insyaAllah.)]

4. Saya berniaga madu asli kerana saya juga ingin berkongsi tentang khasiat madu dengan seramai mungkin umat manusia.  Kalau mahal, macam mana nak make sure semua dapat khasiatnya?  Nanti bapa beli madu Tualang, anak-anak cuma minum madu bela atau tak langsung tak merasa.  Kenapa tak boleh rasa?  "Sebab Daddy beli ni mahal..." Jangan marah atau terasa ye ... Itu contoh... Atau, mungkin kita dengar ayat macam ini: "Kita kena minum sikit-sikit sebab ni mahal, harganya 380 sekilo, harganya 110 sekilo..."  No, no, no, no, no, no, no... Madu paling sepatutnya diberi kepada anak-anak dan golongan veteran.  Sebab khasiatnya mereka perlukan.  Sebab mereka punya antibodi yang lemah jika dibandingkan orang dewasa yang masih muda.

5. Saya berniaga madu asli kerana madu asli boleh dijadikan pelbagai penawar.  Adakalanya, untuk sesuatu jenis penyakit, kuantiti yang perlu diambil sangat banyak jika ingin menjadikan madu sebagai ubat.  Jika saya jual pada harga mahal, harga yang relatively murah ini akan jadi mahal.  Saya kasihan pada orang yang menanggung sakit dan terpaksa berhabis wang ringgit untuk membiaya kos perubatan mereka.  Percayalah, bukan semua orang berniaga untuk cepat kaya sahaja.  Saya antara yang terpilih untuk membuat keputusan 'yang bodoh' kerana tidak mengambil untung yang berlebihan.  Tapi, saya mohon daripada yang Maha Esa, mudah-mudahan saya beroleh kekayaan dari segi yang lain.

6. Saya berniaga madu asli kerana saya cintakan komoditi ini.  Saya sudah tahu khasiatnya. Ramai pelanggan sudah mengakui kebaikannya.  Saya sendiri mengamalkannya, saya boleh ceritakan pengalaman saya dengan yakin, bukan diajar, dilatih, atau berlakon tentang kebaikannya. 

Hubungi saya untuk stok madu Tualang asli anda.  InsyaAllah anda akan jatuh cinta dengannya.

Nida Madu Lebah
016-968 9754

Comments