* 10 Sebab Kenapa Anda Patut Amalkan Madu Lebah

10 sebab kenapa anda patut mengamalkan madu lebah dalam kehidupan seharian anda:


Ini entri saya yang ke-100.

Maka dengan itu, semestinya saya ingin menyediakan sesuatu yang istimewa.


Saya persembahkan kepada anda 10 sebab mengapa anda mesti mengamalkan pengambilan madu lebah asli dalam kehidupan anda.


Kita mula dengan sebab nombor 10 kenapa anda mesti mengamalkan pengambilan madu lebah asli:


Sebab no 10:

Mudah:  pengambilan madu lebah adalah mudah dan memudahkan hidup anda.  Tak perlu makan atau minum sebelum mengambil madu, malahan, sebaik-baiknya minum air madu sebelum anda makan atau minum.  Untuk mengamalkan madu, minum sebelum makan.  Bancuh saja dengan air kosong, tak perlu panas, suam atau sejuk. 

 Selain itu, apabila anda sudah mengamalkan madu, anda akan rasa ia membantu sistem immune badan anda.  Kalau anak-anak mengamalkan madu, anak-anak juga sihat.  Bukan ini memudahkan hidup anda?  Tidak perlu ke klinik pada waktu yang 'inconvenient', kadang-kala ibu bapa terpaksa ke klinik sebaik pulang dari kerja, disebabkan anak sakit.  Anda tidak perlu ambil cuti kerana anak sakit.  Anak anda tidak perlu masuk hospital kerana demam, cirit-birit, selsema, asma.  Lebih mudah bagi anda, bukan? 

 Sebab no 9:

Jimat wang, tenaga dan masa:  Amalkan madu - anda TIDAK perlu lagi membeli pil dan vitamin yang lain.  Untuk membeli pil dan supplement lain, anda perlu mengeluarkan banyak wang untuk pelbagai supplement itu sebagai bayaran, perlu memandu dan berjalan ke pelbagai kedai  untuk pelbagai supplement, dan perlu meluangkan masa ke sana sini untuk mencari supplement yang dihajati.  

Amalkan madu - Anda TIDAK perlu ke klinik sekerap yang sebelum anda mengamalkan madu.  Jimat wang, tenaga dan masa lagi...!  (Walaupun anda tidak membayar caj ubat & consultation doktor kerana company tanggung, anda perlu naik kereta untuk ke klinik, kan?  Minyak kereta tu pun guna duit juga.. )

Sebab no 8:

Natural, tanpa pengawet, tanpa racun: Jika anda beli madu dengan saya, saya jual madu yang tidak dicampur apa-apa.  Berlainan pula jika anda beli madu sesetengah jenama.

Bagi saya, apa perlunya mencampurkan madu dengan bahan-bahan lain, kerana madu asli ialah suatu keajaiban alam semulajadi.  Madu telah dicipta oleh Maha Pencipta, dan disarankan kepada manusia untuk mengamalkannya.  Mengapa pula kita perlu jadi 'terlebih pandai' lalu mencampur madu dengan bahan-bahan lain dengan harapan madu itu jadi lebih baik?  Apa jaminan yang ia jadi lebih baik jika 'ready mixed' dengan bahan-bahan itu?

 

Sebab no 7:

Untuk kecantikan: Cantik bukan setakat cantik rupa, tapi boleh jadi kulit cantik itu menampakkan anda lebih cantik.  Kulit cantik bukan keinginan wanita sahaja, tapi umumnya, semua orang mahu kulit yang licin dan cantik, bukan?  (Sebab itu sekarang sudah ada pencuci kulit untuk lelaki, sabun kecantikan untuk lelaki, dan lain-lain). Kecantikan dalaman juga akan terpancar, dan hasilnya, muka lebih berseri-seri.  Kalau paras seseorang cantik, tapi air mukanya kusam, wajah yang cantik pun tak berseri, lalu tidaklah layak dia dikatakan cantik.  Madu boleh membantu sistem badan anda sihat, mencantikkan dalaman anda dan memberi tenaga.  Semua ini akhirnya akan menghasilkan air muka yang gembira, wajah yang berseri-seri, kulit yang cantik dan insyaAllah anda akan jadi lebih cantik.

Sebab no 6:

Untuk awet muda: Awet muda bukan untuk wanita saja, lelaki pun nak awet muda, betul tak?  Awet muda bukan bermakna kita tak ingat mati, cumanya, muka kurang berkedut, kulit lebih anjal, dan lebih nampak muda berbanding rakan sebaya.  Suka tak?  Seronok juga kalau dapat awet muda, betul tak?  tepuk dada, tanya selera lah :)

Sebab no 5:

Penawar kemudaratan: Madu dapat digunakan sebagai ubat luka, ubat sakit gigi, ubat jika terkena benda panas, pencegah sembelit, ubat jerawat, dan bermacam-macam lagi.  Amalkan madu untuk mendapatkan khasiatnya, mudah-mudahan anda tak akan kecewa.

 

Sebab no 4:

Penawar dan Pencegah Penyakit: Kita amal sesuatu bukan hanya untuk suka-suka saja, bukan?  Kita hendak menjalani kehidupan dengan keadaan sihat, jika diizinkanNya.  Jadi, marilah kita berusaha untuk menghalang penyakit yang memudaratkan.  Amalkanlah madu untuk menghalang kemudaratan pada masa hadapan yang belum kita ketahui buat masa sekarang.  Bagi kaum wanita, kanser payu dara ialah penyakit pembunuh wanit Malaysia nombor 1.  Kanser pangkal rahim tak kurang bahayanya.  Selain menjalani kehidupan yang sihat, marilah mengamalkan madu untuk mencegah penyakit yang menakutkan ini.  Madu telah dikaji berpotensi untuk menghalang sel-sel kanser daripada merebak.  Madu juga mempunyai berpotensi merawat kanser.  Walaupun saya sebutkan kanser, saya tidak bermaksud madu hanya untuk mencegah kanser.  Madu boleh mencegah pelbagai lagi penyakit, termasuk kencing manis @ diabetes, penyakit berkaitan hati/hepar, darah tinggi, dan penyakit-penyakit lain, sama ada kronik atau tidak. 

 

Sebab no 3:

Sesuai untuk semua dalam keluarga anda: termasuk tumbuhan dan haiwan peliharaan.  Apa penawar atau ubat yang semua orang dari segenap peringkat umur dalam keluarga anda boleh ambil apabila ada sesuatu keperluan?  PCM atau paracetamol ubat demam itu pun ada yang untuk anak-anak, ada yang untuk orang dewasa.  Untuk bayi dan anak-anak kecil juga mungkin kepekatannya berbeza.  Jangan cerita pula ubat batuk, selsema.  Ada yang mengantuk, ada yang tidak, ada yang pahit, ada yang masam, dan macam-macam lagi.  

Tapi madu, itulah dia penawar yang sesuai untuk semua orang dari semua peringkat umur.  Cucu perempuan kecil umur setahun, cucu lelaki besar yang sudah remaja, anak bongsu lelaki yang masih di universiti, anak tengah yang sedang mengandung, anak ketiga perempuan yang sudah beranak 5, menantu sulung yang ada darah tinggi, suami yang sudah 50 tahun hidup bersama...  Semuanya boleh mengamalkan madu, rasanya manis, tahap kemanisan boleh ikut suka.

 

Sebab no 2:

  Sunnah Junjugan Besar Nabi Muhammad s.a.w: Inilah kedua paling penting anda patut mengamalkan madu.  2 benda yang Nabi tinggalkan untuk jadi ikutan ummatnya hingga hari Akhirat, dan jika kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat.  Itulah alQuran dan Sunnahnya.

Tanam dalam diri anda, apa yang jadi sunnah itu bukan setakat sunat untuk diikut, tapi sebenarnya ada kebaikan dan rahsia yang kita akan dapat jika kita mengikutinya.  Antara sunnah Nabi s.a.w ialah minum air madu, malahan ini adalah antara minuman kesukaan Baginda.  Minumlah, dan niatkan anda minum madu kerana sunnah, insyaAllah kebaikan untuk anda bukan 1 atau 2, tapi insyaAllah berganda-ganda.  Kebaikan 1 mungkin mendapat pahala sunnah, insyaAllah; kebaikan 2 pula ialah kebaikan atau khasiat madu itu sendiri.  Selain itu, mungkin ada barakah kerana anda mengamalkan sunnah Nabi, lalu ada kebaikan buat anda.  Apapun, mulakan dengan mengamalkan minum madu, ya..?

Sebab no 1:

Saranan dalam al-Quran: Bagi umat Islam, madu telah disarankan untuk digunakan oleh manusia di dalam al-Quran.  Mengamalkan madu sendiri memberi faedah kesihatan kepada manusia.  Jika anda berniat menggunakannya kerana mahu mengikuti apa yang disaran oleh Maha Pencipta,  mudah-mudahan kebaikan dalam bentuk pahala pula akan anda perolehi.  Sebesar mana pahala itu?  Hanya Yang Maha Kuasa dapat mengukur keikhlasan anda dan memberi ganjaran yang setimpal.  Mudah-mudahan ini salah satu cara syariatNya akan tersebar luas ke merata bumi.  Amin.



Nah, saya sudah bentangkan 10 sebab mengapa anda perlu mengamalkan madu di dalam kehidupan seharian anda.


Lapangkan dada, bukakan minda.  Moga anda akan dapat kebaikan khasiat madu.  Amin.











Comments

  1. Assalamualaikum sis, is this really pure honey? not synthetic, or purely sugar? just to make sure, because I intend to buy to be given to my children who are sick with asthma. If not pure, boleh merossakkan organ dalaman. please reply ye, JazakamuAllah hu khairan.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Sis Laili,
    I got 2 more customers with name as yours :) and they are repeat customers, alhamdulillah.
    I give honey to all in my family, including my children. I am aware of the risks of taking synthetic/man-made/fake/bad stuffs, of course.
    I sent sample to a uni in m'sia for a test. (used in a thesis by a student). Result had been published in this blog. Do look it up, yeah. The student did say he found my honey sample was the best (not among the best, but the best). I simply picked up a bottle and gave it to him. btw, I am aware of halal-haram... it's sinful to sell fakes. :) Sorry I took time to answer your question, I got really busy at the office.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum tuan.. kalau kat sarawak boleh pos tak? Dan berapa harga sebotol untuk setiap jenis madu? Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment