* Kalimah Allah pada sarang lebah

 Assalamu'alaikum,

Saya cuma ingin sharekan di sini, kalimah-kalimah Allah yang pernah diperlihatkan melalui sarang lebah kepada kita.  Sumbernya saya tak pasti dari mana, tapi memang ini sesuatu yang biasa sebenarnya.

Sebagai umat Islam, kita tak perlu rasa ini baru menunjukkan kekuasaan Allah.  Kalau difikir-fikirkan, cubalah seorang manusia menciptakan secubit tanah pun.  Boleh ke?  Jangankan disuruh mencipta daun (yang boleh membuat makanan (melalui fotosintesis)), secubit tanah yang kita biasanya anggap jijik (jijik kerana, bila kita dah berpakaian elok-elok @ lepas basuh kereta bersih-bersih, kita tak mahu terpalit dengan tanah) pun belum tentu boleh dicipta oleh manusia.

Apapun, pasti kita boleh terus berasa terpegun dengan kekuasaan Allah yang boleh memperlihatkan kekuasaanNya di mana-mana. Dan, semestinya, tidak perlu timbul kata-kata yang menidakkan kesahihan gambar-gambar ini, seperti apa yang saya tulis di atas, kita tidak perlu pun memerlukan gambar-gambar seperti di bawah ini tentang kekuasaanNya. 

 Apapun, kekuasaan Allah juga dapat kita rasakan apabila kita telah sebati dengan mengamalkan minum madu lebah.  "mengamalkan" bermakna kerap membuat sesuatu, bukan perlu kepada simptom-simptom sakit baru mencari madu untuk di minum.  Saya dengan rasa syukur ingin mengajak anda beramai-ramai mengamalkan madu.  Amalkanlah, saya tidak rugi jika anda beli dengan orang lain.  Saya tidak kempen untuk anda beli Madu Lebah Nida.  Malahan saya rasa syukur jika dengan hasil tulisan saya, anda mula mengamalkan minum madu lebah.  Maksud hadis: Sampaikan dariku walau satu ayat.  Ini antara pegangan saya.

Jika anda sudah mengamalkan minum madu lebah, anda sendiri akan rasakan betapa nikmat dan hikmatnya madu ini untuk kehidupan seharian.  Tidak perlu kita melihat gambar-gambar kalimah Allah untuk membuatkan lidah menyebut 'Subhanallah', tapi kita akan selalu teringat sendiri untuk menyebutnya apabila kita telah beroleh nikmat dan hikmat madu lebah yang Allah s.w.t sarankan kita amalkan melalui wahyuNya kepada Junjugan Besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Saya seru kita ramai-ramai masuk ke Ramadhan dengan mula mengamalkan minum madu lebah. 

Jika ingin mengorder madu lebah Tualang daripada saya, anda boleh SMS saja kepada saya:

Nida Madu Lebah
016-968 9754 (SMS saja pun lebih baik)



Comments