* Pengalaman Blogger: Raising up Dear Son 2 (DS2)



Dear pembaca blog yang saya hargai,

Disclaimer:  Sebelum anda meneruskan pembacaan, perlu diketahui bahawa memberi madu lebah atau minuman madu lebah kepada bayi di bawah umur 1 tahun mempunyai risiko mendapat "Infant Botulism" yang berpunca daripada bakteria Clostridium botulinum.  Infant botulism boleh menyebabkan kematian.
 
Salam mesra.

Untuk kesekian kalinya, saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dan keluarga mengamalkan minuman madu Tualang.  Kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman saya membesarkan anak bongsu, my dear son (saya ringkaskan sebagai DS2) yang mendapat hikmah madu Tualang melalui:

1. amalan minum bancuhan madu Tualang (dia minum sendiri)
2. minum susu ibu yang mengamalkan minum madu Tualang

Saya ceritakan dulu perihal kelahiran DS2 serba ringkas.

Perihal kelahiran

DS2 lahir pada usia kandungan masuk minggu ke-33, sebagai bayi tidak cukup bulan, disebabkan komplikasi PIH (Pregnancy Induced Hypertension).

Dia lahir pada hujung Julai 2011, ketika musim hujan baru bermula di Semenanjung Malaysia, dan musim hujan ini berlarutan berbulan lamanya, hingga menyebabkan beberapa negeri di Semenanjung dilanda banjir yang sangat-sangat teruk dalam sejarah.

Beratnya ketika lahir tidak memerlukan dia diletak di dalam inkubator.  (Jika berat kurang 1.8kg, bayi perlu diletakkan di dalam inkubator).

Untuk pengetahuan anda, jika anda research tentang bayi pra-matang/premature/tidak cukup bulan, antara komplikasi yang biasa mereka alami ialah:
1. berat badan tidak mencapai 1.8kg
2. kuning/jaundis/jaundice
3. paru-paru belum kuat.

Ini kerana paru-paru merupakan organ yang paling akhir akan matang.  Jika terdapat kemungkinan bayi akan dilahirkan sebelum usia kandungan 36 minggu, biasanya ibu akan diinjek dengan ubat penguat paru-paru bayi, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum bayi lahir (2 kali injection, dengan selang masa 12 jam).  Bagaimanapun, walaupun selepas bayi telah mendapat ubat untuk menguatkan paru-parunya, apabila bayi ini telah lahir dan semakin membesar, mereka masih mempunyai risiko yang lebih tinggi (berbanding bayi yang lahir cukup bulan) untuk mendapat penyakit-penyakit berkaitan paru-paru, seperti batuk, selsema, lelah dan lain-lain.

Perihal DS2 dari 0-6 bulan

Pemakanan 

Dalam usia 7 bulan pertama, DS2 diberi susu ibu sepenuhnya (sama ada menyusu terus dari badan atau susu perahan ibu (EBM/Expressed Breast Milk), tanpa apa-apa minuman atau makanan tambahan lain.  (Sepatutnya, susu ibu hanya perlu diberi kepada bayi sepenuhnya untuk 6 bulan pertama usia bayi, tetapi bagi saya, saya lambatkan sebulan kerana DS2 lahir kira-kira 1 bulan lebih awal daripada yang sepatutnya.) (Selepas bayi berusia 6 bulan, sepatutnya bayi boleh diberi makanan tambahan lain, tetapi tidak bagi DS2 yang dilewatkan sebulan, bermakna DS2 hanya mula 'makan' selepas berusia 7 bulan.)

Sepanjang penyusuan, saya memang mengamalkan minum air bancuhan madu.  Apabila DS2 selsema atau batuk, saya kerapkan pengambilan bancuhan madu kepada 2-3 kali sehari (biasanya hanya 2 kali sehari).

Kesihatan

Syukur alhamdulillah, dalam masa 6 bulan pertama usia DS2, dia hanya selsema sebanyak 2 kali sahaja.  Dan ingat, sejak lahir hingga beberapa bulan, Sem. Malaysia dilanda hujan dan banjir yang berpanjangan.  Kita maklum, apabila hujan, anak-anak lain biasanya mula jatuh sakit, sama ada selsema sedikit atau teruk, dan batuk yang biasanya mengambil masa berminggu-minggu untuk hilang.  Demam mungkin menjadi simptom bagi kebanyakan mereka.

Bagi kedua-dua kali DS2 selsema (tanpa batuk), saya cuma kerapkan pengambilan madu.  Hasilnya, syukur ke hadrat Illahi, selsema hilang dalam masa 24 jam.  Bila diingat semula, ini sangatlah amazing!

Saya mempunyai anak-anak lain yang ke sekolah, dan mereka bercampur-gaul dengan kawan-kawan yang lain.  Pastinya, saya mengambil pre-caution dan menjaga kebersihan setiap kali saya atau sesiapa sahaja menyentuh DS2.  Alhamdulillah, dengan pre-caution yang kami ambil dan amalan minum bancuhan madu setiap hari, DS2 jarang ditimpa apa-apa penyakit, berbanding anak-anak yang lain, iaitu sebelum kami mengamalkan minum bancuhan madu,  mereka sudah ke klinik sana dan sini menjelang umur mereka 6 bulan.

Tentang demam, alhamdulillah juga, DS2 TIDAK PERNAH DEMAM sepanjang berumur kurang 6 bulan (tetapi, selepas setiap kali injection immunisasi, kami terus memberi DS2 ubat sebaik sampai di rumah selepas injection (atas nasihat doktor)).
...................................................................................................................................................................
Saya 'summarize' kan hal-hal yang amazing tentang DS2 ketika berumur 0-6 bulan seperti di bawah:
  • TIDAK PERNAH DEMAM
  • Selsema HANYA 2 KALI (walaupun musim hujan yang berpanjangan)
  • Hanya selsema ringan
  • Selsema hilang dalam 24 jam
Alhamdulillah.  Hasil amalan saya minum madu dan menyusukan DS2, dengan IzinNya saya nampak beza pada bayi.
...................................................................................................................................................................

Usia bayi 6-12 bulan

Kesihatan

Ketika DS2 berusia 6 bulan lebih, dia diserang selsema dan batuk yang 'mild'.  Disebabkan ia cuma 'mild' cough, saya terleka, hinggakan ketika kami sekeluarga berjumpa doktor (untuk immunisasi), saya terlupa memberitahu doktor tentang batuk DS2, apalagi untuk meminta ubat untuk batuk DS2.

Disebabkan kelekaan saya itu, batuk DS2 berlanjutan masuk minggu kedua.  Walaupun saya minum madu dan masih menyusukannya sepenuhnya, nampaknya tidak cukup untuk menyahkan batuk daripada DS2.  Masuk minggu kedua, saya sudah mula 'panik' (yang mild juga :) ).  Saya segera memberi DS2 minum air bancuhan madu*.  Tetapi tidak setiap hari, dan tidak sekerap yang sepatutnya.  Jadinya, batuk DS2 on-off. Selepas 3-4 hari berlanjutan, saya segera memberi tumpuan untuk menyembuhkan DS2 daripada batuk.  (Waktu itu, saya baru teringat yang batuk bayi yang berlanjutan boleh membahayakan.)  Alhamdulillah, batuk DS2 hilang TANPA perlu berjumpa doktor langsung!

Anda perlu sedar, batuk dan selsema pada bayi atau anak kecil yang berlarutan ialah suatu perkara yang boleh membahaya/menyusahkan (pada waktu kecil dan masa hadapan).  Batuk dan selsema yang berlarutan boleh menyebabkan awalnya bronchiolitis, dan ini boleh menyebabkan simptom-simptom lain seperti kekurangan oksigen, perlukan nebulizer, sesak nafas, kelihatan seperti lelah dan perlukan anak ditahan di hospital.

 __________________________
 * Untuk pengetahuan anda, menurut kebanyakan rujukan (references) di internet, memberi madu kepada bayi di bawah 1 tahun adalah sesuatu yang membahayakan.  Ditakuti ada bakteria Clostridium botulinum yang memyebabkan infant botulism.  Infant botulism ini boleh menyebabkan kematian tetapi bayi lebih terdedah kepadanya pada umur antara 3 minggu hingga 6 bulan, walaupun mereka masih boleh mendapatnya menjelang umur 1 tahun.  Simptomnya ialah sembelit dan bayi tidak membuang air besar (tetapi ada banyak sebab lain yang membuatkan bayi tidak membuang air besar).  Saya TIDAK sarankan anda beri madu lebah/bancuhannya kepada anak-anak di bawah 1 tahun, tapi sebagai ibu, saya percaya anda ada 'instinct' (naluri) yang anda boleh jadikan panduan. 

Dalam tahun pertama umur DS2, dia pernah demam 1 kali yang memerlukan kami memberinya sirap paracetamol (PCM) untuk meredakan demamnya.  Saya sudah lupa berapa hari demam itu, tetapi syukur, ia tidak berlanjutan walaupun kami memberinya PCM beberapa kali dalam tempoh dia demam itu.

..................................................................................................................................................................

Saya 'summarize' kan hal-hal yang amazing tentang DS2 ketika berumur 0-12 bulan seperti di bawah:
  • DEMAM hanya SATU kali sahaja
  • Selsema HANYA 4 KALI, 2 kali selsema waktu umur 0-6 bulan, 2 kali waktu 6-12 bulan)
  • Batuk ringan 2-3 kali
  • Batuk hilang selepas amal madu (tanpa ubat klinik)
  • Selsema dan batuk cepat sembuh (tanpa ubat klinik)
Alhamdulillah.  Hasil amalan saya minum madu dan menyusukan DS2, dengan IzinNya saya nampak beza pada bayi.
...................................................................................................................................................................

DS2 ialah anak keempat saya.  Jika anda baca entri-entri lain di blog ini, mungkin anda sudah tahu yang saya menjadi pengamal madu tegar selepas anak ketiga saya (DD2) mencapai umur 1 tahun. (Saya amalkan memberi madu kepadanya kerana dia selalu sakit dan disebabkan saya membancuh untuk DD2, saya juga bancuh madu untuk kami sekeluarga.)  Selepas kira-kira 6 bulan mengamalkan minum bancuhan madu setiap pagi, saya dapat rasakan 'magic' kesan daripada minum madu.  (Sila klik sini untuk link ke entri kisah 'magic' itu.)  (Selepas terasa betapa magic-nya hasil minum bancuhan madu, seterusnya saya berniaga madu secara online.)

Saya ialah seorang ibu yang ada pelbagai pengalaman membesarkan anak-anak.  Mungkin bilangan anak kita sama (4 orang) atau mungkin bilangan anak anda lebih atau kurang, tetapi pengalaman saya pelbagai kerana saya ada:

1. anak-anak yang lahir tidak cukup bulan
2. anak yang cukup bulan (genap 40 minggu)
3. anak-anak yang menyusu badan sepenuhnya (hingga usia 6-8  bulan)
4. anak yang tidak menyusu badan sepenuhnya (hanya 2 bulan menyusu susu ibu sepenuhnya)
5. anak yang lambat mengamalkan minum bancuhan madu
6. anak yang awal mengamalkan minum bancuhan madu
7. dan lain-lain

Dengan pengalaman yang pelbagai itu, saya sudah boleh bandingkan perkembangan dan taraf kesihatan anak-anak yang mengamalkan minum madu dengan tidak.

Alhamdulillah, selepas mengamalkan minum bancuhan madu, memang semuanya lebih mudah.  Segala Puji bagi Allah.  Ada beberapa pelanggan tegar juga mengamalkan madu disebabkan pengalaman mereka membesarkan anak-anak yang selalu jatuh sakit.  Dan Segala Puji bagi Allah lagi, mereka juga sudah rasakan bagaimana madu membantu mengekalkan kesihatan bagi anak-anak dan diri mereka sekeluarga.

Seperti yang saya sebut di atas, saya hanya mengamalkan minum bancuhan madu setiap hari selepas DD2 mencapai umur 1 tahun.  DD2 ialah anak ketiga saya.  Pengalaman membesarkan anak pertama hingga ketiga amat menyakitkan.  Pada tahun 2012, DD2 masuk usia 4 tahun, bermakna saya baru mengamalkan minum madu dengan kerap hanya bermula 3 tahun sebelum itu.  Sebelum itu, dari tahun 2003 hingga 2009, saya sendiri melalui pengalaman membesarkan anak-anak yang sakit. Sebagai manusia, kita memang mudah lupa.  Hari ini, saya sudah lupa bagaimana 'sakit'nya membesarkan anak-anak kecil yang sakit. 

Saya lupa bagaimana bosannya :

  1. pergi ke klinik untuk membawa anak-anak sakit ke klinik
  2. menanti masa untuk berjumpa doktor
  3. memaksa anak-anak makan ubat ketika sakit
  4. 'berperang' dengan anak-anak sebab memaksa mereka makan ubat
  5. bangun di tengah malam untuk memberi ubat
  6. bangun di tengah malam untuk menjaram air di badan anak-anak kerana suhu badan mereka terlalu tinggi
  7. berulang-alik ke dapur mengambil ubat dan membasuh syringe
  8. ambil cuti kerana menjaga anak-anak sakit
  9. berulang ke klinik dan ulang semua perkara di atas selepas 2-3 hari anak yang sama sembuh daripada sakit sebelumnya
  10. kena beli termometer, beli pelekap-pelekap untuk tampal di dahi supaya suhu jangan panas sangat ketika demam, stetoskop (untuk dengar wheezing ke tidak ketika anak batuk) (nasib baik ubat tak payah beli sebab insurans kesihatan dah dibayar dek company husband)
  11. duduk di hospital menjaga anak sakit - ada masa hingga berhari-hari (3, 5 hari)
  12. berulang-alik ke klinik kerana perlu bagi anak nebulizer setiap malam.  (Saya tahu ada sesetengah kes yang perlukan nebulizer setiap 4 jam, dan lain-lain.)

Saya sudah lupa bagaimana rasanya:

  1. kasihan kepada anak yang mahu minum susu tetapi susah kerana hidung mereka tersumbat untuk bernafas (lalu mereka bernafas melalui mulut tetapi bagaimana nak bernafas ketika mulut sedang minum susu?)
  2. kasihan melihat anak yang asyik muntah apabila jatuh sakit
  3. kasihan melihat anak jadi kurus kerana hilang selera makan waktu sakit
  4. kasihan melihat keadaan 'diaper area' apabila anak-anak asyik cirit-birit/purging
  5. sedih, sakit dan kasihan melihat anak-anak dicucuk kerana perlu 'set line' - kadangkala doktor masukkan antibiotik melalui IV (intra vena), kadangkala kerana masuk air (drip), kadangkala untuk ambil darah untuk ujian
  6. kasihan melihat anak kecil dipasang kertas keras (board) di tangannya supaya tangan yang 'set line' tadi tidak 'lari' linenya (kerana anak-anak mungkin bermain/tidur lasak)
  7. kasihan kepada anak-anak yang kesejukan tetapi tetap dibasahkan dengan air kerana perlu turunkan suhu badan mereka
  8. kasihan dipaksa makan buat oleh nurse di hospital
  9. kasihan untuk kes-kes yang perlukan pakai nebulizer, kadangkala anak-anak kecil menangis-nangis ketika diberi gas
  10. kasihan melihat anak-anak tidak bermaya kerana sakit
  11. Sedih dan kasihan apabila anak-anak yang tidak mahu minum ubat menangis-nangis kerana dipaksa makan ubat, dah akhirnya termuntah ubat bersama makanan/susu yang baru masuk ke dalam perut.  Sudahlah nak makan/minum susu tadi pun suatu kesusahan, puas si anak dipujuk untuk makan/minum susu, kini muntah pula bersama ubat.  Tidakkah kita sedih usaha tadi nampak seperti sia-sia?  Sudahlah kita letih memujuk makan/minum susu, kemudian letih 'berperang' kerana memaksa minum ubat, sekarang kita kena mencuci muntah, dan sekarang kita mesti fikir sama ada perlu ulang bagi ubat atau tidak?  Jadi, macam mana?  Perlu ulangkah ubat yang mahu diberi tadi?  Jika mahu  ulang, sebanyak mana?  Kurang jelas sebanyak ubat yang dimuntahkan tadi.  Kita bimbang jika terkurang ubat, bagaimana mahu sembuh?  Jika terlebih ubat, anak boleh jadi overdose.  Bahaya juga.  Bolehkah diberi ubat sedangkan perut anak sudah kosong?  Lalu bagaimana?  Si anak sudah letih, dan hanya mahu rehat.  Perlukah kita paksa dia makan/minum susu pula?  Ohhh, betapa banyaknya benda yang perlu difikirkan, sedangkan badan sudah letih menjaga si anak yang sakit.  Hati sudah kasihan untuk memaksa, tapi akal mahu yang terbaik buat si anak.
Sebenarnya, saya sudah lupa hal-hal di atas, cuma, disebabkan ingin berkongsi keperitan membesarkan anak-anak, saya cuba-cuba ingatkan kembali. Semuanya telah saya rasai.  Mungkin anda juga pernah merasai perkara-perkara yang sama atau seakan-akan sama, atau mungkin lebih lagi.  Saya sudah kongsikan pengalaman saya.  Jika anda ingin menyambut seruan ayat dalam al-Quran untuk mengamalkan madu lebah, boleh order madu lebah dengan saya.  Hanya jauhari yang mengenal maknikam.  Marilah kita sama-sama jadi jauhari yang mengenal nilai madu lebah dalam kehidupan kita seharian.

Untuk pengetahuan anda juga, dalam 2-3 tahun kebelakangan ini, alhamdulillah, saya sudah jarang sangat-sangat pengalaman seperti no 1-11 di atas.  Anak-anak saya juga tiada cirit-birit.  Kalau dulu sebelum mengamalkan minum bancuhan madu, itu perkara biasa.  Dalam 2-3 tahun kebelakangan inilah kami sudah amalkan madu hampir setiap hari.

Demikianlah pengongsian saya tentang khasiat madu lebah bagi kami.  Ini belum cerita tentang pencapaian anak-anak, yang saya tidak berapa suka nak war-warkan di sini, takut diuji pulak suatu hari nanti.  Tapi, let me assure you, I am one *pretty **proud parent.  Segalanya alhamdulillah.  Syukur pada Allah. Terima kasih pada madu dan lebah.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kerana membaca hingga habis walaupun teramat-amat panjang.  Jazakallahukhair!

* bukan cantik tapi 'agak'
** bukan sombong tapi 'bangga'

Nida Madu Lebah (NML)
016 9689 754




































Comments