* Posting daripada buku

Selamat datang,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita walaupun jarang-jarang sangat sekarang :)

Saya cuma nak kongsikan dua helai mukasurat daripada sebuah buku seperti di bawah:





Tajuk buku di atas ialah: Madu Lebah, Ubat yang turun bersama wahyu.  Hasil tulisan Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib.

Dr. Abdul Karim ialah seorang doktor perubatan yang menuntut ilmu kedoktoran di Mesir, dan beliau telah mengikut satu majlis ilmu (talk) yang membincangkan khasiat madu lebah.  Selepas majlis ilmu itu, telah timbul keinginan dalam dirinya untuk mencungkil keberkesanan penggunaan madu lebah sebagai penawar dan ubat, walaupun beliau merupakan seorang pelajar kedoktoran.

Beliau menjalankan eksperimen ke atas pesakit di hospital tempat beliau menjalani 'clinical year', apabila mendapat peluang (bukan semua supervisor/doktor yang melatihnya membenarkan beliau menggunakan madu ke atas pesakit). ('mendapat peluang' juga termasuk apabila si pesakit membenarkan penggunaan madu ke atas mereka.)

Di dalam buku ini, beliau menulis tentang beberapa 'success stories' penggunaan madu ke atas pesakit-pesakit beliau.

Antaranya ialah seperti di bawah, menceritakan tentang seorang bayi (berumur 14 bulan) yang mula menderita sakit lumpuh.  Bayi itu pada asalnya sihat seperti bayi-bayi lain seusianya, dan sebelum otot-ototnya mula lemah, dia baru sahaja mula belajar berdiri dengan berpegang-pegang pada dinding.  Anda boleh ikuti penulisan Dr. Abdul Karim seperti di bawah (dalam dua mukasurat).



Mukasurat 1/2

Mukasurat 2/2

Alhamdulillah, bayi itu dapat berjalan selepas terus mengamalkan pengambilan madu.

Banyak lagi khasiat-khasiat madu, sama ada kita sihat, sakit, masih bayi, remaja, dewasa, atau tua.  Tapi perlu ada konsep istiqamah dalam pengambilan madu.  Hasilnya sangat-sangat amazing.  Tak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan ke'cantik'an khasiat madu.  Subhanallah.

Hubungi saya untuk stok madu lebah anda,

InsyaAllah.

Nida

016-968 9754

Comments