* Madu lebah menguatkan daya ingatan

Selamat bertemu kembali,

Tahukah anda bahawa madu lebah bukan saja bermanfaat sebagai penawar penyakit, tetapi juga boleh membantu menguatkan daya ingatan?  Kalau kita biasanya mengatakan bahawa umur yang semakin meningkat mengurangkan daya ingatan, sekarang kita sudah tidak perlu mengalah kepada umur kita dan jadi pelupa.

Cerita banyak pun tak guna, mari kita lihat apa research sudah jumpa bagaimana madu membantu menguatkan daya ingatan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UJIKAJI 1:
Peningkatan daya ingatan selepas 16 minggu penggunaan madu Tualang kepada wanita menopaus.  Kajian ini telah dijalankan oleh Zahiruddin Othman, Nazlahshaniza Shafin, Rahimah  Zakaria,  Nik Hazlina Nik Hussain, Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad (Department of Psychiatry, School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia).

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan pembelajaran 'verbal learning' dan daya ingatan wanita-wanita yang telah menopaus yang diberi madu Tualang berbanding wanita-wanita yang diberi hormon estrogen dan terapi progestin (progestin ialah progetogen buatan yang mempunyai kesan seperti hormon progesteron) dan kumpulan kawalan yang tidak diberi apa-apa.

Dalam kajian ini, seramai 102 wanita menopaus telah diuji dan dipecahkan kepada 3 kumpulan :
Kumpulan pertama diberi madu Tualang sebanyak 20g sehari,
Kumpulan kedua diberi terapi estrogen dan progestin (Femoston 1/5),
Kumpulan ketiga tidak diberi apa-apa (kumpulan kawalan).

Kebolehan 'verbal learning' dan keupayaan ingatan mereka diuji menggunakan "Auditory Verbal Learning Test" versi bahasa Melayu sebelum dan selepas 16 minggu ujian.

Analisis data menggunakan "repeated-measures analysis of variance, and a P value of less than 0.05 was considered significant.".



Keputusan ujian mendapati bahawa terdapat perbezaan ketara oleh kumpulan pertama (madu Tualang) dan kumpulan kedua (terapi estrogen dan progestin) berbanding kumpulan ketiga (tidak diberi apa-apa).



Conclusion:Wanita menopaus yang diberi madu Tualang menunjukkan peningkatan dalam daya ingatan mereka, menyerupai peningkatan yang ditunjukkan oleh wanita yang menerima terapi estrogen dan progestin. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


UJIKAJI 2:
Pada tahun 2009, satu kajian tentang kesan penggunaan madu kepada kekuatan daya ingatan telah dijalankan oleh Lynne M. Chepulis (Department of Biological Sciences, Waikato University, Hamilton, New Zealand)  dan co-workers (Nicola J. Starkey (Department of Psychology, Waikato University, Hamilton, New Zealand), Joseph R. Waas, dan Peter C. Molan (Department of Biological Sciences, Waikato University, Hamilton, New Zealand).  

Hasil kajian mendapati bahawa memang benar bahawa mengamalkan makan madu ke atas tikus-tikus kajian mereka membantu menguatkan daya ingatan dan mengurangkan 'anxiety'(keresahan) tikus-tikus.  Dalam kajian ini, sekumpulan tikus yang berumur 8 minggu telah diberi makanan tambahan dalam bentuk 'honeydew honey' dan sukros (gula tebu) dan sekumpulan tikus pula (kumpulan kawalan) diberi makanan seperti diet tanpa gula (seperti dieat normal seorang manusia). 

Kajian ke atas tikus ini berjalan selama 1 tahun (52 minggu) dan hasilnya seperti yang saya tuliskan di atas : tikus yang diberi madu menunjukkan mereka mempunyai daya ingatan yang lebih tinggi berbanding tikus di dalam kumpulan kawalan. Pengkaji-pengkaji ini juga merumuskan bahawa mengamalkan madu pada usia yang muda (early introduction of honey) adalah sesuatu yang bagus (beneficial) dan mengurangkan penyakit lupa (improve memory loss) dan mengurangkan hilang upaya kognitif yang dikaitkan dengan pertambahan usia.  (cognitive decline associated with aging).  

************************************************

Kesimpulan:
Madu lebah sudah disarankan oleh Maha Pencipta untuk diamalkan manusia.

Kajian-kajian diatas ialah kajian saintifik yang dilakukan oleh manusia untuk  melihat sendiri apakah benar khasiat madu sebagai peningkat daya ingatan hidupan (haiwan dan manusia).  Tepuk dada, tanya selera untuk amalkan atau tidak.

Jika anda mahu mula mengamalkan minum madu lebah, sila hubungi saya.016 - 9689 754


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abstract of study done by Chepulis, Starkey, Waas & Molan (Waikato University, Hamilton, New Zealand)

Sucrose is considered by many to be detrimental to health, giving rise to deterioration of the body associated with ageing. This study was undertaken to determine whether replacing sucrose in the diet long-term with honey that has a high antioxidant content could decrease deterioration in brain function during ageing. Forty-five 2-month old Sprague Dawley rats were fed ad libitum for 52 weeks on a powdered diet that was either sugar-free or contained 7.9% sucrose or 10% honey (which is the equivalent amount of sugar). Anxiety levels were assessed using an Elevated Plus Maze, whilst a Y maze and an Object Recognition task were used to assess memory. Locomotor activity was also measured using an Open Field task to ensure that differences in activity levels did not bias results in the other tasks. Anxiety generally decreased overall from 3 to 12 months, but the honey-fed rats showed significantly less anxiety at all stages of ageing compared with those fed sucrose. Honey-fed animals also displayed better spatial memory throughout the 12-month period: at 9 and 12 months a significantly greater proportion of honey-fed rats recognised the novel arm as the unvisited arm of the maze compared to rats on a sugar-free or sucrose-based diet. No significant differences among groups were observed in the Object Recognition task, and there appeared to be no differences in locomotor activity among groups at either 6 or 12 months. In conclusion, it appears that consumption of honey may reduce anxiety and improve spatial memory in middle age.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

References

1. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21926932
2. http://www.nutritionandmetabolism.com/content/9/1/61#sec2
3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19296910?dopt=Abstract&holding=f1000,f1000m,isrctn
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nida Madu Lebah (NML)
016-9689 754

Comments