Saturday, March 30, 2013

* Siapa Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib, (Penulis "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu")?


 Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib ialah seorang doktor perubatan moden.  Beliau mendapat ilham untuk mengkaji tentang madu lebah selepas mendengar ceramah pada tahun 1965 di Fakulti Perubatan, Universiti Qashr al-'Ainiy, Kaherah, Mesir.  Penceramahnya waktu itu ialah Ustaz Syeikh Sholah Abu Ismail.

Antara kata-kata pencermah yang menarik minat penulis buku ini ialah tentang sejumlah doktor Rusia yang mengaku telah menemui khasiat madu untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, tidak kurang daripada 40 jenis penyakit.

Seterusnya, beliau makin bersemangat selepas membaca ayat al-Quran daripada Surah an-Nahl, ayat 68-69, yang bermaksud: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia; kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).  Dari perut lebah itu, keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran) Allah bagi orang-orang yang memikirkan.

Ada ayat-ayat al-Quran lain yang juga jadi ilham kepada beliau untuk mengkaji tentang khasiat madu lebah, dan akhirnya beliau merumuskan teori untuk menggunakan madu lebah sebagai ubat untuk mengubati manusia.

Daripada itu, beliau seterusnya berbincang dengan guru-guru beliau, termasuk Syeikh Muhammad al-Ghazali, Dr. Abdul Aziz al-Syarif (ketua bahagian penyakit hati di kuliah perubatan universiti Qashr al-'Ainiy dan Dr. Sholah Abu Ismail.  Perbincangan dengan guru-guru beliau membawa kepada eksperimen-eksperimen tentang perubatan menggunakan madu lebah.

No comments:

Post a Comment