** Selamat Datang ke Blog madu-lebah-nida.blogspot.com **

Seringkali saya mendapat soalan-soalan ulangan di handphone, Facebook message, email, dll.

Harap dengan adanya entri ini, saya boleh jimatkan masa, tenaga dan RM anda dan saya.

1.
Adakah madu lebah yang saya jual ini betul-betul asli?

Ya, insyaAllah asli.  Setakat ini, saya dan keluarga saya mengamalkan minum madu lebah setiap hari.  Apabila kami kurang sihat, contohnya batuk, selsema, sakit tekak, demam, dan lain-lain, kami kerapkan pengambilannya.  Kalau tak asli, adakah tuan-puan rasa saya akan jual?  Kalau tak asli, adakah saya sendiri akan amalkan pada diri sendiri dan anak-anak? 

Saya sudah berniaga madu lebah secara online masuk tahun keempat.

Sudah dua tahun berturut-turut saya buat blood test di klinik.  Alhamdulillah, semuanya ok.  Anak-anak juga nampaknya punya immune system yang bagus.  Kalau batuk, selsema, cepat elok.  Alhamdulillah.

Minta maaf, saya bukan nak kata saya bagus, tapi saya memang tak perlukan wang haram untuk disuap pada kami sekeluarga.  Kalau menjual barang yang tipu/tak bagus tapi mengatakannya bagus, itu sudah jatuh haram.

2.
Berapa harga?

Tualang: RM 53 sebotol besar saiz kicap ABC, kandungan kira-kira 700 ml, berat kira-kira 1 kilogram.

Royal Jelly: RM 53 sebotol besar saiz kicap besar Tamin, kandungan kira-kira 630 ml, berat kira-kira 1 kilogram.

Madu lebah Ternak: RM 32 sebotol besar saiz kicap ABC, kandungan kira-kira 700 ml, berat kira-kira 1 kilogram.

Kelulut: RM 85 (biasanya dalam) sebotol besar empat segi , kandungan kira-kira 750 ml, berat kira-kira 1 kilogram.

3.
Cara nak order:

Boleh SMS (cara paling bagus).
Sila SMS berapa botol/kg madu yang hendak dipesan dan tinggalkan nama dan cara dapatkan order (sama ada melalui COD (COD = Jumpa di Petronas Taman Meranti Jaya, Puchong) atau kurier.)

*Nota: Pada kebanyakan masa, saya sekarang sangat sibuk.  Jadi, cara order yang paling bagus ialah melalui SMS.  Sebab saya boleh refer semula pada waktu senggang saya.  Dan, jika tiada jawapan apa-apa daripada saya selepas 2 hari, silalah SMS semula.


4.
Pickup di mana?

Jika pickup atau COD, kita boleh jumpa di Petronas Taman Meranti Jaya, Puchong.
Sila buat temujanji sebelum datang kerana saya biasanya sibuk.  Tapi kalau dah janji, saya akan cuba patuhi, insyaAllah.

5.
Cara amal madu:

Sebaik-baiknya, minum pada waktu pagi ketika perut kosong.

Cara minum madu ialah dengan membancuhnya dengan air kosong (jika untuk tujuan kesihatan secara am).


Sebaik-baiknya, selepas anda minum bancuhan madu, elakkan daripada makan atau minum apa-apa selama 2 jam.

Jika anak-anak mahu makan atau minum selepas minum bancuhan madu, tak apa, yang penting ajar sedikit demi sedikit untuk menahan diri.

6.

Berapakah sukatan jika saya ingin mengamalkannya setiap hari?

Kalau ikut kebiasaan saya jawab ialah : Ikut manis yang anda suka.

Tapi, jika mahu lebih teratur, jawapan saya begini:

Sukatan yang saya cadangkan untuk diamalkan setiap hari ialah:

Untuk dewasa: 1 sudu besar dibancuh dengan kira-kira setengah cawan air suam.

Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas: 1 sudu teh dibancuh dengan sedikit air suam.

Untuk bayi sebelum berumur 1 tahun: beberapa titik madu dibancuh dengan sedikit air suam. Bagaimanapun, banyak sumber mengatakan, dikhuatiri bayi kurang 1 tahun boleh mendapat infant botulism (boleh membawa maut) jika minum madu lebah.  Jadi, dapatkan juga nasihat doktor untuk penggunaan bagi bayi setahun ke bawah. [Bagi seorang bayi kurang daripada 1 tahun, sebaik-baiknya si ibu menyusukan bayinya.  Jadi, bayi TIDAK perlu minum air madu, tetapi si ibu boleh minum dan khasiat akan sampai kepada bayi.  Inilah pengalaman saya dahulu.  Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan kejadian-kejadian untuk manusia, dan Allah s.w.t telah wahyukan di dalam al-Quran tentang penyusuan dan pengambilan madu, ikut sajalah, semuanya untuk kebaikan kita.]

Untuk lebih soalan/FAQ, sila klik sini.

Comments