* Testimonial Encik Mohd Norizan: Pernafasan lebih lancar, rasa berdebar kurang dan peredaran darah lebih lancar


 
Assalamualaikum Puan Nida,
Harap Puan sihat bersama keluarga. Alhamdulillah saya berjaya amalkan madu Nida dan Alhamdulillah juga saya rasa ada kesannya. Kesan yang paling kuat saya rasa lepas gunakan madu Lebah Liar adalah saya batuk berkahak selama lebih sebulan. Tak pernah saya batuk berkahak selama itu (sebenarnya saya sangat jarang batuk berkahak). Mulanya saya risau juga kerana batuk tak berhenti, tapi apabila sudah berhenti, saya rasa pernafasan saya lebih lancar, rasa berdebar pun kurang, dan rasanya peredaran darah makin lancar. Mungkin batuk itu ialah tindakbalas madu untuk membersihkan paru-paru saya.

Mak saya pun ada amalkan juga, dan mak saya cakap nafas dia skrg lebih panjang, baca Al-Quran pun dah tak semput. Cuma bapa saya sahaja (ada kencing manis) yang kurang konsisten mengambil madu. Tapi saya akan cuba agar dia lebih konsisten sebab saya nak tengok kesan madu ke atas penghidap kencing manis. 
 
Saya ada satu soalan, kawan isteri saya ada masalah haid tak teratur, jadi susah untuk dia pregnant. Ada org ckp kat dia elok amalkan madu tualang, cuma saya nak tahu ada petua/cara amalan tertentu ke utk kes dia?
Itu sahaja buat masa ni. Terima kasih Puan. Askm


Nota: Penulis testimonial ini telah mengirim email kepada saya tanpa saya tanya/minta.  Saya hanya tukarkan beberapa perkataan menjadi 'bahasa buku'.  Alhamdulillah, mudah-mudahan pihak beliau dan anda akan dapat manfaat daripada hasil tulisan beliau.

Komen Nida:
Saya sangat bersyukur kerana Encik Norizan istiqamah dalam usahanya mengamalkan madu lebah jualan saya.  Alhamdulillah Allah gerakkan hati beliau untuk terus mengamalkan minum madu lebah selepas batuk selama lebih sebulan disebabkan (healing reaction) pengambilan madu lebah.

Berikut ialah jawapan kepada soalan tentang isteri kawan:

Sesiapa pun elok ambil madu lebah. Utk apa2 penyakit. Termasuk utk regularkan haid dan membantu utk dapatkan anak. Tetapi, pastinya, faktor2 lain pun perlu diingat, contoh: pemakanan, dll.


Comments