*Post from FB: Pengalaman Seorang Ibu amal madu lebah 3 hari

Salam Jumaat yang penuh barakah,
Kira-kira 2 minggu lepas (masa CNY 2014), seorang ibu kepada 3 orang anak SMS saya. Dia berkisah tentang anak-anaknya yg mengalami simptom2 #asthma atau #lelah. Sejak bertahun-tahun, sudah dicuba pelbagai usaha, berhabis beribu RM untuk mencari penawar demi anak-anak. Memanglah, saya sendiri, sebagai ibu, faham perasaan seorang ibu yang lain tentang hal kesihatan anak-anak.

Akhirnya, dia dengar tentang penggunaan madu lebah sebagai penawar lelah dan terjumpa blog saya.

Duduknya tak jauh, tapi minggu ini (Isnin lepas) barulah saya kurierkan madu lebah #Tualang kepadanya.

Selasa sampai di tangannya. Cuak juga dia apabila madu lebah dihurung semut. Madu lebah memang dihurung semut, especially kalau madu lebah tu baru. Kalau yang dah lama atau madu dari sesetengah kawasan yang tinggi kandungan #sulfur sekitarnya memang tidak dihurung semut.

Si ibu mula memberi anak-anak dan dia sendiri minum bancuhan madu. Ada anak-anak yang mesti diberi 2 jenis pam sehari, 1 jenis untuk mengelakkan batuk dan 1 lagi mengembangkan salur-salur pernafasan (seperti nebulizer).

Saya cadangkan pemberian gas/pam seperti biasa, sebab madu bukan seperti ubat, saya ulang, MADU BUKAN SEPERTI UBAT yang kesannya serta merta (menghilangkan simptom), tetapi, madu bekerja memulihkan, dan caranya perlahan-lahan. (Kalau drastik, mungkin kita yang tak tahan, kan?)

Seperti biasa, bagi tujuan perubatan, penggunaan madu mesti lebih kerap, tetapi tambahan dosej/dosage bertambah secara beransur-ansur. (Kalau nak tau kenapa, pls refer my blog madu lebah ya.)

Hari ini, hari ketiga mereka anak-beranak mengamalkan minum bancuhan madu lebah. Alhamdulillah, menurut SMS drp si ibu mengatakan yang selepas minum madu hari ini, anaknya terbatuk dan keluar kahak hijau. Si ibu juga sama, tiba-tiba terbatuk dan juga berkahak hijau. Baru 3 hari. Kami sudah nampak sinar harapan ada perubahan positif untuk anak-anak dan ibu sendiri.

Sudah lebih 4 tahun ibu gigih ini mengusung anak ke hulu ke hilir (ini ayatnya sendiri) mencari ubat dan penawar untuk anak-anak. Kesihatan anak-anak ialah kebahagiaan ibubapa. Inilah sumber inspirasi saya meneruskan penjualan madu lebah.

Untuk mereka yang pernah berkata saya 'berniaga hanya nak untung', ayat anda sangatlah mengajar saya. Saya tidak cuba bahas dan debat dengan anda tentang ayat anda itu kerana saya pun memang tidak hairan untuk mengambil wang daripada anda (apabila anda beli madu lebah dengan saya). Bagi saya, perniagaan madu lebah ini saya jadikan cara untuk menyebar kebaikan dan membantu orang lain (supaya sihat) dan kini slowly membuka pintu rezeki untuk yang ingin menjadi ejen.

Mudah-mudahan saya dan supplier saya terus berupaya memberikan madu lebah asli kepada anda. Kami cuma menyediakan jalan, kebaikannya datang daripada Allah s.w.t, menunggu untuk anda sendiri mengambil kebaikannya. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

More info at my blog madu lebah: http://madu-lebah-nida.blogspot.com/ InsyaAllah

Comments

  1. As salam. Ada tak pengubat kalau termakan madu nenggunakan sudu besi beberapa kali? Selepas menggunakan sudu besi saya jadi selsema makin teruk malahan batuk kahak sekali. Tetapi selepas saya tahu tidak boleh guna sudu besi barulah saya gunakan sudu plastik. Sejak saya gunakan sudu besi badan rasa sengal di seluruh badan macam ada aliran haba. Dah hampir masih terasa macam tu. Apa perlu saya buat?

    ReplyDelete
  2. Macam kesan makan madu tiruan je ni...

    ReplyDelete

Post a Comment