* Pantang-larang madu lebah

Salam kasih untuk pengunjung blog,

Ada sedikit pantang-larang jika anda minum madu.

*********************************
  1. Jangan minum terlalu banyak madu pada suatu masa, bimbang terlalu panas untuk badan anda, terutamanya jika anda minum madu Tualang.  Sebaik-baiknya ialah amalkan sedikit setiap hari, kerana seperti biasa, yang terbaik ialah bersederhana dalam Islam.
  2. Jangan minum madu bersama tembikai.  Jika anda mahu ambil kedua-duanya, pastikan anda selangkan masa makan/minum salah satu itu selama 4 jam.
  3. Untuk memelihara khasiat madu lebah, jangan simpan di dalam peti ais/freezer, kecuali anda ingin menguji keaslian madu lebah. Jika bertujuan untuk menguji keaslian, memadailah jika anda mengambil sedikit sampel untuk diuji.(Untuk cara-cara menguji keaslian madu lebah, sila klik sini.)
  4. Gunakan sudu bukan-logam/besi untuk mengambil/membancuh madu. Ini juga untuk memelihara khasiatnya. Bagaimanapun, jika anda menggunakan sudu logam/besi, anda masih akan dapat khasiatnya, cuma mungkin sedikit kurang.

*********************************

Comments

  1. salam. Kalau campur dgn kordial spt Roselle, adakah dibolehkan?

    ReplyDelete
  2. Hi Adilah,
    untuk roselle, saya belum pernah dengar pantang-larang penggunaannya sekaligus. Mungkin sebab belum ada cerita yang jadi. Untuk kesenangan, campur saja madu dengan air suam, niatkan anda mengikut sunnah Nabi s.a.w, insyaAllah ada ganjarannya. Dan ingatlah, apa yang sunnah itu, mungkin ada sebab di sebaliknya, dan 'sebab' itu menjurus kepada kebaikan.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    jus kunyit yg dimasak sebati dgn madu..kedua-duanya mmpunyai khasiat tsendiri.

    Soalan saya,
    Adakah madu tidak elok dimasak diatas api mgkinkah hilang khasiatnya?

    dan untuk jus kunyit madu ini tahan lama disimpan dalam peti, adakah ia menghilangkn khasiat madu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciknor, sebagai perempuan, saya rasa jangan selalu sgt minum jus kunyit, sbb mengeringkan darah, termasuk mencepatkan menopaus. Ini yang saya pernah baca.
      Tentang campur madu & kunyit, saya rasa tak perlu pula masak bersama kalau setakat nak campurkan dua benda ni. kalau perlu masak kunyit, masak aje kunyit. Campur madu selepas dah masak kunyit. Sama juga utk campur lepas dah simpan kunyit.

      Tapi, apa kata try aje madu tak perlu campur kunyit? :)

      Delete
  4. saya dah termakan madu dgn tembikai...serius bdn saya panas semacam, saya sgt risau skg..mtk dijauhkan perkara yg tak elok.. ada cara klu da termkn dua benda ni sekaligus...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti pulak apa nak dibuat.. kalau teruk sangat, boleh ambil PCM kut?

      Delete
    2. Hahhha...mkn pcm mkin terok la,,mnum air kelapa utk neutralise balik,

      Delete
  5. Salam.. Sy ad tdgr khabar angin pasal madu klau minum xbleh makan ubat hospital.. Betul ke?

    ReplyDelete
  6. salam.. bagaimana pula kalau madu yang dicampur jus lemon, acv, jus halia dan jus bawang putih.. adakah khasiatnya akan hilang jika disimpan dalam peti sejuk?

    ReplyDelete
  7. Blehka madu disimpan dlm bekas plastik...?

    ReplyDelete
  8. Blehka madu disimpan dlm bekas plastik...?

    ReplyDelete
  9. Salam..sya ade kancer hidung madu jenis ape yg terbaik tok pulih

    ReplyDelete

Post a Comment