* Madu Lebah Tualang Nida telah menjalani ujian di makmal UNIPEQ UKM

Selamat bertemu kembali...

Madu lebah Tualang jualan saya telah menjalani ujian di makmal UNIPEQ UKM pada 31 Disember 2012 lepas.

Berikut saya pamerkan sijilnya.


Komen Nida:
Daripada keputusan di atas, kesemua hasil ujian adalah positif kecuali untuk yang pertama, iaitu Reducing sugar di dalam sampel saya kurang berbanding nilai yang terdapat di dalam Food standard yang dirujuk.



Bagaimanapun, jika anda rajin cari di Internet, terdapat sampel madu Tualang lain (yang juga telah menjalani ujian di UNIPEQ) yang tidak merekodkan kandungan reducing sugar seperti yang dikatakan di dalam standard itu.  Perlu juga diingat bahawa kandungan kelembapan (air) yang agak tinggi mungkin menyebabkan bacaan reducing sugar ini kurang daripada yang dikatakan standard.


Bagi saya, ini mungkin disebabkan standard yang digunakan tidak mengambilkira hakikat madu Tualang tempatan yang tidak menjalani apa-apa proses kecuali penapisan daripada bendasing sahaja.

Kandungan sucrose atau sukros (gula tebu) menepati standard yang digunakan, iaitu 3g/100g.

Kandungan ash/mineral pula ialah 0.1 sementara kelembapan ialah 22.3%.  Kadar kelembapan yang lebih tinggi adalah satu perkara biasa kerana madu Tualang jualan saya tidak disejatkan sebelum dibotolkan.

Tahap keasidan ialah 28.1 meq/kg, kurang daripada 40 meg/kg seperti yang dirujuk di dalam standard.

Nilai HMF ialah 41.8 mg/kg, kurang daripada 60 mg/kg, seperti yang dirujuk oleh Codex Alimentarius.  Semakin tinggi nilai HMF (hydroxymethylfurfural) bermakna madu itu telah dipanaskan (over-heating), telah disimpan lama atau disimpan di tempat yang kurang sesuai.  Bagi negara beriklim tropika/khatulistiwa seperti Malaysia, nilai HMF memang tidak akan mencapai nilai yang rendah walaupun bagi madu lebah segar.  (Semakin segar madu lebah, semakin rendah nilai HMF.)

Ujian di UNIPEQ ialah ujian kedua yang dilakukan ke atas madu lebah Tualang jualan saya.

Ujian kali pertama dilakukan pada hujung 2011.  Hasil ujian seperti di bawah.

------------------------------------------------------------------------
    pH: 4.27       Kelembapan: 23.3%       Ash/Mineral: 0.28%
------------------------------------------------------------------------

Ujian kali pertama dijalankan di makmal USIM, dan pernah diwarwarkan di sini: http://madu-lebah-nida.blogspot.com/2011/12/madu-lebah-nida-telah-diuji.html

InsyaAllah, tahun 2013 membuka lebaran baru bagi Madu Lebah Nida.  Model bisnes saya bakal berubah.  Terima kasih atas sokongan anda.



Hubungi saya untuk stok madu lebah anda,
Nida
016-9 689 754

Comments