Tuesday, June 15, 2010

JUALAN SEMPENA ULANGTAHUN

Salam mesra buat pengunjung blog,

Bulan Ogos bulan bertuah.  Bulan Ogos 2009 (0809), saya telah lancarkan blog
madu-lebah-nida.blogspot.com ini.



Kini, usia blog saya menjangkau 1 tahun.  Alhamdulillah, masih bernafas dan makin mendapat sokongan.  Mudah-mudahan trend ini berterusan, semestinya, kerana, kita makin dewasa dan kita makin pandai menilai dan berfikir, apa yang terbaik untuk kita.  Sama ada kita perlu beli yang mahal atau yang murah, tapi kualitinya sama.  Perlukah kita membeli sambil menanggung kos peniaga, atau membayar sekadar harga barangan?  Kita makin sedar, di dalam dunia, masih ada yang berfikiran, tak perlu ambil untung berlebihan apabila berniaga.  Masih ada manusia di dunia yang ingin berkongsi, tanpa perlukan balasan wang ringgit, kerana, sebagai umat Islam, ada yang percaya, balasan wang ringgit bukan segalanya.



Apapun, yang paling penting, sempena ulangtahun pertama blog ini, saya akan menganjurkan tawaran istimewa kepada pelanggan, bagi menghargai sokongan anda yang menjadi tunjang bisnes ini.

Harga yang bakal saya umumkan bakal mengejutkan banyak pihak, tapi harganya yang penuh kejutan ini akan berakhir tepat 12 malam 31 Ogos 2010.  Harga ini akan sah bermula jam 12 malam 31 Julai 2010.  Harga ini sah untuk ambil sendiri sahaja(pickup) di dalam botol kaca sahaja.


Harga istimewa ini khas buat pelanggan madu-lebah-nida.blogspot.com.  Jika anda belum pernah membuat sebarang pembelian, anda TIDAK LAYAK untuk mendapatkan harga istimewa ini, kecuali anda membuat pembelian minimum 1 kg botol madu Tualang (berharga RM 45) sewaktu tawaran berlangsung.


Inilah tanda penghargaan saya untuk anda.  Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda, walaupun kita tidak pernah bersua muka sebelum ini.


Moga jodoh kita sebagai peniaga dan pelanggan akan berpanjangan.


Nantikan, ya!!


Nida Madu Lebah
016 - 968 9754


P/S:  Nantikan blog madu nida dalam versi Inggeris, insyaAllah.

Pengumuman: Nida Madu Lebah sudah Kembali!

Salam buat pengunjung blog,

Saya sudah kembali. 

Anda boleh buat pesanan semula seperti biasa.

Terima kasih atas sokongan anda.

Nantikan tawaran istimewa bermula bulan Ogos 2010 nanti!!

Nida Madu Lebah
016 - 968 9754