Wednesday, December 29, 2010

* Selamat menyambut tahun baru 2011 & rancangan Nida Madu Lebah untuk tahun 2011

Tinggal beberapa jam saja lagi, kita akan melangkah ke tahun baru 2011.

Kalau ada yang belum mencapai azam tahun 2010, anda masih berpeluang merealisasikannya.  Jangan mengalah lagi.

Untuk yang sudah mencapai azam mereka, tahniah saya ucapkan.  Semoga tahun baru ini, kita makin gemilang.

Hidup bukan untuk diri sahaja, kita ada banyak tanggungjawab, kepada siapa, harapnya kita sedar.

Jika tahun ini kita berbuat sesuatu yang boleh dibanggakan, teruskan dan hebatkan lagi usaha itu.  Perlu diingat, 'dibanggakan' bukan mestinya kita mewar-warkannya.  Cukuplah kita berbangga dalam diri sendiri, sambil kita mengucap syukur kepada yang berhak, kerana apa yang kita lakukan hanyalah dengan izin-Nya.  Siapalah kita disisi-Nya?

Jika tahun ini kita melakukan perkara yang negatif, sebaiknya kita insaf dan berazam untuk meninggalkannya.  Niat untuk kebaikan sudah beroleh ganjaran, apalagi benar-benar melakukannya.

Ada beberapa perancangan khas berkaitan perniagaan madu lebah untuk tahun ini.
Dan sekarang sedang saya usahakan.
Bagaimanapun, perancangan ini berdikit-dikit, kerana saya punya tanggungjawap sepenuh masa di sebuah syarikat, selain 'role' lain yang saya sandang.
Apapun, yang pasti, saya merancang mengadakan jualan sempena ulang tahun saya memasuki bisnes online berniaga madu lebah pada bulan Ogos 2011 dan jualan murah sempena hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. atau Maulidur Rasul.  Nantikan tarikhnya, ya!

Saya akan war-warkan selepas ia jadi kenyataan, insyaAllah.

Terima kasih atas sokongan anda.


Marilah kita sama-sama melangkah ke tahun baru, tanamkan usaha untuk terus memperbaiki diri.


Nida madu lebah
016 - 968 9754

Tuesday, December 21, 2010

* Siri 8 (Siri Penggunaan Madu Lebah untuk Merawat Penyakit) : Tidak dapat tidur malam

Tidur sebenarnya ialah satu nikmat yang Allah  s.w.t kurniakan kepada manusia.
Jika anda seorang yang susah hendak tidur malam, cubalah salah satu cara di bawah ini mengikut kesukaan anda, mudah-mudahan anda dapat tidur lena selepas itu.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 1:

Bahan:
2 sudu besar madu

Cara:
1. Menurut Ibnu Sina, minum beberapa tegur madu sekiranya anda susah tidur.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 2:

Bahan:
1 sudu besar madu
1 cawan air suam

Cara:
1. Campurkan madu dan air dan minum sekaligus, kira-kira 1 jam sebelum mahu tidur.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 3:

Bahan:
1 sudu besar madu
1 cawan susu cair

Cara:
1. Campurkan madu dan susu dan minum sekaligus, kira-kira 1 jam sebelum mahu tidur.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 4:

Bahan:
1 sudu besar madu
2 sudu kecil cuka epal atau cuka biasa

Cara:
1. Campurkan madu dan cuka dan minum sekaligus, kira-kira 1 jam sebelum mahu tidur.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 5:

Bahan:
1 sudu besar madu
1 cekak kangkung
1 gelas air kosong


Cara:
1. Bersihkan kangkung, ramas, perah dan tapis.
2. Campurkan tapisan kangkung dengan madu, minum sekaligus 1 jam sebelum mahu tidur.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cara 6:

Bahan:
1 sudu besar madu

Cara:
1. Minum madu selepas makan malam.  Selepas itu, 1 jam sebelum tidur, makan roti atau apa-apa makanan daripada gandum.  Banyakkan juga mengambil vitamin E, contohnya daripada minyak ikan.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Sunday, December 19, 2010

* Cara mengamalkan madu lebah

Mungkin ramai antara kita yang tidak sedar bahawa cara mengamalkan madu lebah bukan sesuka hati, lebih-lebih lagi jika kita mengamalkan untuk sesuatu sebab tertentu.


Bagaimanapun, secara amnya, bolehlah saya rumuskan seperti di bawah:

  1.  Yang paling penting, jika anda mengamalkan pengambilan madu dengan niat dan harapan ia dapat menjadi penawar untuk sesuatu penyakit, eloklah anda belajar cara yang sepatutnya diamalkan, sama ada bancuh menjadi minuman sahaja atau perlu amalkan dengan bahan-bahan lain, dan pastikan bila waktu perlu minum/makan bancuhan madu itu, dan berapa kerap perlu minum/makan bancuhan itu.
  2. Dalam pembacaan saya, Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan pengambilan madu secara membancuhnya dengan air, bukan makan madu secara terus tanpa membancuhnya.  Jadi, bagi saya, ada baiknya kita ikut saja perbuatan Nabi ini, kecuali kita rajin kaji lagi, bolehlah kita kaji apa cara terbaik untuk mengamalkan pengambilan madu lebah.
  3. Jika anda cuma mengamalkan untuk kesihatan secara keseluruhan, (maknanya anda tiada masalah kesihatan, tetapi mengamalkan madu sebagai satu cara hidup sihat) anda cuma perlu bancuh setengah cawan/secawan air suam dengan 1 sudu besar madu.  (Bagi saya, sukatan air lebih kepada tahap mana kemanisan yang kita suka.)
  4. Mengikut sebuah buku tentang madu lebah (hasil tulisan seorang doktor perubatan yang menuntuk di Mesir), sebaik-baiknya ambil madu sewaktu perut kosong.
  5. Mengikut buku yang disebut di dalam no. 4 di atas juga, selepas ambil madu, jangan makan-minum apa-apa selama 2 jam.
  6. Bagaimanapun, untuk sesetengah kes, contohnya mengurangkan kolesterol, perlu minum madu SELEPAS makan.  Ini kembali pada no. 1 di atas.
  7. Jika anda luka atau terkena benda panas, sapukan saja madu lebah pada tempat terkena benda panas.  
  8. Untuk membancuh/mengambil madu lebah ialah menggunakan sudu bukan logam/bukan besi, kerana penggunaan bahan logam/besi ini akan mengurangkan khasiat madu lebah.
  9. Cara penyimpanan madu lebah ialah pada suhu bilik, bukan dalam peti ais.  Memang ada yang berkata bahawa peniaga madu lebah berpesan supaya jangan simpan di dalam peti ais kerana mereka bimbang jika madu tidak asli/bercampur gula yang disimpan di dalam peti ais akan berketul selepas di simpan di dalam peti ais.  Jika ini ialah kerisauan anda, boleh cuba simpan sedikit madu di dalam pembeku peti ais, kerana madu asli sepatutnya tidak beku dan tidak akan membentuk ketulan di dalam pembeku.  Simpanlah madu lebah ini selama mana yang anda yakin 'air' akan beku di dalam pembeku.  Saya pernah cuba untuk kira-kira 10 jam, dan hasilnya memang madu tidak beku.  Jika disimpan dalam peti ais, khasiat madu akan berkurangan.
  10. Jika anda baru cuba-cuba mengamalkan madu, cuba sedikit-sedikit dahulu kerana lain orang, lain kesannya.  Ada yang berasa kepanasan dan berpeluh-peluh selepas mengamalkan madu.  Ada yang berasa biasa sahaja.  Sebaik-baik cara mengamalkan madu ialah sedikit tetapi konstant - ingatlah konsep istiqamah dalam Islam.
Selamat mengamalkan madu lebah dalam kehidupan anda.  Saya sudah cuba, dan alhamdulillah, saya dah rasa kesannya.

Nida madu lebah
016 - 968 9754

Sunday, December 12, 2010

Blog lain saya

Salam, just nak war2kan, selain blog madu lebah ni, saya juga buat aktiviti2 lain.  Kadang2 saya buat beading, baking, acar buah, masak, dan lain-lain lagi.  (Kalau nak tengok blog-blog lain tu, boleh klik pada link tu, ya.)

Blog latest ialah blog masak saya.  Saya asingkan baking & masak, sebab baking aje pun dah banyak yang boleh bake, dan secara amnya, apa yang makan utk suka-suka tu jatuh under kategori 'baking', sementara yang perlu pulak (b/fast, lunch & dinner), termasuk dalam kategori masak. 

Acar buah pulak, walaupun dimasak, ada satu blog sendiri, sbb itu pun satu daripada cabang bisnes saya.

Kalau nak order acar buah boleh, tapi mesti order 3 hari sebelum nak ambil.  Buat masa ini, acar buah cuma dijual pada bulan puasa saja. 

Sudi2kan jamu mata di blog2 saya yang lain, ya?  Terima kasih.