Tuesday, August 24, 2010

*PENGUMUMAN: Blog madu-lebah-nida sudah ada dalam versi Inggeris

Salam buat pengunjung,

Cuma sedikit pengumuman.

Seperti yang telah saya rancangkan sedikit masa dahulu, blog madu lebah Nida kini sudah ada dalam versi Bahasa Inggeris.  URLnya ialah http://madu-lebah-nida-english.blogspot.com.

Jika anda lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris, anda boleh lawati blog yg itu, ya.

Apapun, apabila ada percanggahan maklumat di antara dua blog ini, maklumat di dalam blog bahasa Melayu akan digunapakai.


Terima kasih kerana singgah,
Nida Madu Lebah
016 - 968 9754

Monday, August 23, 2010

* En AM, Selayang: Asma (Lelah) sudah tiada & sudah jarang demam

Saya seorang pegawai bank berumur 28 tahun.  Saya mempunyai penyakit asma dan kerap demam.  Dahulu, saya selalu semput di pejabat kerana tidak tahan dengan kesejukan daripada airconditioner. Alhamdulillah, selepas mengamalkan madu Tualang yang dibeli daripada Nida setiap pagi dan malam,penyakit asma tidak menyerang lagi. Pernafasan saya sekarang juga lebih teratur.


Selain itu, saya juga sering lenguh-lenguh sendi dan anggota badan.  Kini tidak lagi.  Badan juga terasa lebih segar.  Dahulu saya kurang daya tahan badan.  Pantang terkena hujan, saya akan diserang demam.  Kini, selepas mengamalkan madu Tualang, saya sudah jarang demam, antibodi lebih kuat.  Walaupun terkena hujan,  tak demam seperti dahulu

*************************

Untuk himpunan testimonial lain, sila ke sini (Himpunan Testimonial Pengguna Madu Lebah Nida)

Friday, August 6, 2010

Jualan sempena Ulangtahun Pertama Blog madu-lebah-nida!!!

Jualan sempena Ulangtahun Pertama Blog madu-lebah-nida  Jualan ini telah berakhir pada 31 Ogos 2010


Salam merdeka buat pengunjung,

Blog madu-lebah-nida masuk umur setahun jagung Ogos ini.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda terhadap saya dan blog saya.

Dalam setahun kemunculan blog ini, alhamdulillah, saya berkesempatan berkongsi ilmu pengetahuan dan menyebarkan kebaikan madu lebah kepada ramai umat manusia.

Dalam setahun itu juga, ada kata-kata nista tentang produk madu lebah yang saya pasarkan melalui blog ini.  Bagi mereka yang terlepas kata atau tulisan, saya pulangkan kepada Allah s.w.t untuk menilainya.  Saya sendiri sentiasa berdoa agar jangan termakan wang daripada sumber haram.  Jika benar tuduhan yang anda lemparkan, saya sendiri mohon ditunjukkan olehNya.  Niat saya cuma satu: sebarkan kebaikan selama kita hidup.  Jika ada upah dan keuntungan di dunia, itu ialah bonus di dunia.

Tahukah anda, jika anda termakan wang haram, akan tumbuh daging daripadanya?  Dan, bolehkah kita mengasingkan di akhirat nanti, mana daging yang tumbuh daripada sumber haram itu?  Daging manusia yang tumbuh daripada hasil haram itu hanya api neraka yang layak untuknya, na'uzubillah.

Apa yang kita lakukan di dunia akan menerima pembalasan di akhirat sana.  Saya sentiasa berharap saya tidak akan tersalah langkah dan terpedaya dengan wang ringgit semata-mata, mencari keuntungan dengan cara menipu.

Bersempena bulan kemerdekaan yang juga bulan ulangtahun blog madu-lebah-nida, marilah kita memerdekakan diri kita daripada kejahilan yang tidak mengiktiraf kebaikan madu.  Dan marilah kita memerdekakan diri kita daripada pendapat "Yang murah itu salah".  Merdekakan diri anda dengan buat eksperimenlah dengan madu yang saya tawarkan.

HARGA INI HANYA UNTUK REPEAT-CUSTOMER, sebagai tanda terima kasih kepada anda.
Untuk  pelanggan lain, jika anda beli lebih sebotol, botol kedua dan seterusnya dijual pada harga offer ini!

HARGA MADU LEBAH TUALANG SEMPENA "JUALAN TERIMA KASIH":



~ 1 kg : RM 35*

Jika anda beli melalui pos, harga pos ialah seperti berikut:

1 botol: RM 18
2 botol: RM 20

Penghantaran dalam botol plastik.

* Mengapa murah sangat?
RM 35 dulu ialah harga pembukaan sewaktu saya mula-mula bisnes secara on-line.  Sempena Jualan Terima Kasih ini, anda dapat harga yang saya tawarkan dulu.
Harga ini cuma sah untuk sepanjang bulan Ogos 2010 sahaja.

Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan,
Nida Madu Lebah.

016- 968 9754