Thursday, April 15, 2010

* Mahani M, Seberang Perai Utara, Penang: Terkena air panas, batuk/asma, keaslian madu lebah Nida

*************************

Kisah 1:

Kawan sepejabat saya telah tertumpah air panas mendidih pada lengan dan perutnya.  Dengan segera, dia bertindak menyapu madu tualang yang dibeli daripada Nida ke tempat yang terkena air panas itu.  Alhamdulillah, tempat yang terkena air panas tidak melecur dan tidak mengelembung.  Lebih menakjubkan, tangannya bersih daripada sebarang kesan terkena air panas mendidih itu.
 
Kisah 2:

Suami saya kuat merokok dan amat susah untuk mengambil apa-apa ubat-ubatan.  Dia juga mengalami batuk yang teruk.   Almaklumlah, susah nak tegur orang lelaki ni, jadi sebagai isteri, kita carilah pilihan lain untuk memikat hatinya.  Sejak beli Madu Tualang daripada Nida, hari-hari saya bancuhkan air madu lebah untuk suami minum.  Alhamdulillah, suami suka dan akan tanya mana air madu lebah jika lambat bancuh.  Apabila batuk juga, dia akan minta madu lebah.   Apa yang saya lihat, apabila minum madu lebah dengan limau, suami rasa lega, dan katanya memang terasa lega di tekak dan akan berhenti batuk buat seketika.

Kisah 3:
Seorang lagi kawan saya mempunyai anak remaja yang menghidap lelah (asma).  Sebelum ini, dia memberi anaknya minum madu daripada suatu syarikat lain.  Nak dijadikan cerita, dia minta daripada saya sebotol madu Tualang yang dibeli daripada Nida untuk diberikan kepada anaknya.  Anaknya memberitahu kepada kawan saya yang madu Tualang lebih sedap daripada madu yang dibeli sebelum ini.  (Madu yang dibeli daripada syarikat lain itu mengandungi campuran herba.)  Tambahan pula, dia akan muntah setiap kali makan madu daripada syarikat lain itu.

Saya berterima kasih kepada Nida kerana membekalkan madu lebah Tualang asli kepada pelanggan.  Ketulusan hati dan keikhlasan amat baik diamalkan oleh penjual kerana  kepuasan pelanggan amat penting untuk memajukan perniagaan.  Semoga berkekalan hati yang murni dan barakah perniagaan, InsyaAllah.

*************************

* Faizah, Puchong: Lelah/Asma/Batuk & Keaslian Madu Lebah Nida

*************************
Anak pertama saya memang ada lelah.  Kalau minum ais, pasti semputnya menyerang.  Dulu, setiap bulan pasti kena ambil ubat batuk, tapi sekarang dah kurang, walaupun dia curi-curi minum ais.
Alhamdulillah, selepas mengamalkan madu yang dibeli daripada Nida, dia kurang berkahak, dan jarang batuk berbanding sebelum mengamalkan minum madu.

Pernafasannya juga lebih lancar selepas mengamalkan madu daripada Nida. Terima kasih kerana memperkenalkan madu ni.

Tentang keaslian madu ini pula, maid saya seorang rakyat Indonesia yang memang pandai dan pakar dalam hal kualiti madu. Katanya madu yg saya dapat daripada Nida memang madu asli yang susah untuk didapati.

*************************

Saturday, April 10, 2010

* Royal Jelly - perbincangan di www.tranungkite.net

Petikan di bawah telah diambil daripada : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?
name=Forums&file=viewtopic&t=6577&postdays=0&postorder=asc&start=90

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Secara ringkasnya Royal Jelly adalah barangan yang dihasilkan oleh LEBAH.

BAGAIMANA ROYAL JELLY TERHASIL

1. Apa itu ROYAL JELLY?

~ Royal Jelly ialah makanan khas hanya untuk Ratu Lebah, dihasilkan oleh lebah itu sendiri.
Ianya dimakan sepanjang hayat Ratu Lebah tersebut.

2. DARI MANA ASALNYA ROYAL JELLY ?

~ Royal Jelly asalnya dari manisan bunga yang dikutip oleh lebah, pada peringkat pertama
(diproses oleh lebah itu sendiri) terhasillah MADU.

~ Pada peringkat kedua - Ia diproses (oleh lebah itu sendiri) maka dari situlah terhasilnya Royal
Jelly.

~ RJ segar (cecair) hanya mampu bertahan selama 3 hari, selepas itu kebanyakan dari zat &
vitamin akan teroksida dan termusnah. Sebab itu RJ itu disejukbekukan (Lyophilized) agar
segala zat & vitaminnya terpelihara.

3. BAGAIMANA LEBAH MENGHASILKAN ROYAL JELLY?

~ Apabila lebah mengutip manisan / debunga, sebahagian dimakan untuk diri sendiri,
sebahagian yang lain disimpan di dalam kantung madu (dalam abdomen lebah) dibawa pulang
ke sarang (yang ini dipanggil madu) untuk makanan larva / lebah-lebah yang lain.

~ Manisan debungan yang dimakan lebah itu tadi (yang sebahagian telah dikeluarkan ketika
lebah kembali ke sarang. Hasil ini dipanggil MADU) manakala SEBAHAGIAN LAGI MELALUI
PERINGKAT KEDUA PEMPROSESAN - masuk kedalam perut diserap ke dalam sistem
penghadaman lebah lalu dibawa ke kelenjar FARINGEAL dan seterusnya dikeluarkan semula -
maka terhasillah satu cecair merupai seakan-akan susu [putih kekuningan] agak sedikit masam
[berbeza madu yang manis] mengandungi pelbagai khasiat dan panawar ke atas banyak
penyakit-penyakit manusia. YANG INILAH DIPANGGIL ROYAL JELLY.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

Komen Nida: sumber penulis ini tidak diketahui, tetapi tulisannya boleh dijadikan panduan.

* Pelbagai sebutan Nama Madu

Salam mesra buat pengunjung,

Mari kita berkenalan dengan sebutan nama madu mengikut bahasa Arab.

Di sini saya telah scan m/s 13-14 daripada Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah (E.R.P.D.M.L)(tulisan 'A.Q.H.A.S) yang menyenaraikan nama-nama madu dalam sebutan Arab berserta sedikit penerangannya.

Saya telah bulatkan (dengan warna merah) penerangan berkenaan Royal Jelly yang kadangkala menimbulkan persoalan buat sesetengah pengunjung blog ini.

Harapan saya, saya sedikit-sebanyak dapat berkongsi dengan anda sedikit ilmu tentang Royal Jelly.

Apapun, bagi saya, E.R.P.D.M.L ini kadangkala sedikit mengelirukan tentang penggunaan jernih dan putih, seperti yang dapat dilihat daripada apa yang telah saya bulatkan.  (Sila klik untuk lihat gambar di bawah supaya nampak lebih besar)

Nantikan lebih informasi daripada saya tentang Royal Jelly, insyaAllah.

Nida Madu Lebah

Thursday, April 8, 2010

* Petikan daripada Madu Lebah Ubat yang turun bersama wahyu (MLUYTBW)

Petikan ini saya kongsikan khas untuk seorang teman yang ibunya ada selaput mata.  Menurut kawan saya, ibunya dijadualkan untuk menjalani pembedahan berkenaan selaput mata itu.

Diambil daripada buku hasil tulisan Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib
(m/s: 194)

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~
Selaput mata terdinding

Maksudnya ialah satu lapis selaput mata mengeras hingga menyebabkan selaput itu putih.  Penglihatan jadi kabur kerana ia menghalang cahaya masuk ke dalam bola mata.

Dalam satu kejadian, pesakit yang saya ubati, seorang penduduk kampung, bernama Zharifah yang berumur 40-an.  Sebelah matanya mengalami sakit seperti di atas, iaitu di tengah selaput matanya (bertentangan dengan hitam mata).  Penyakit itu menyebabkan wanita itu tidak dapat melihat, kerana sebahagian selaput matanya betul-betul terdinding, sedang segahaian yang lain tidak betul-betul parah.  Wanita itu sudah menanggung penyakit tersebut sejak 20 tahun.  Dalam tempoh itu, dia tidak pernah berjumpa ahli perubatan, kerana ia telah putus asa dan sudah tidak yakin matanya boleh disembuhkan.  Kerana dia telah pun berubat kepada ahli perubatan mata, tetapi penyakitnya tidak juga sembuh.

Ia datang ke hospital kerana tiba-tiba sebelah matanya tidak dapat melihat.  Mula-mulanya saya berusaha meyakinkan wanita itu bahawa matanya masih ada harapan untuk sembuh meskipun sudah sakit dalam waktu yang lama.  Kemudian saya mulai menggunakan madu, yakni menyapukannya.  Saya minta dia datang bertemu sayasetiap hari di hospital tempat saya bekerja untuk menyapukan madu ke matanya.  Sesudah 2 hari, dia datang berjumpa saya dengan gembira, kerana dia merasa sudah ada perubahan.  Walaupun belum terang betul, tetapi dia sudah dapat melihat dengan matanya yang sakit itu.

Sesudah 5 hari berubat, dia datang seakan-akan hendak terbang kerana gembira, di samping bersyukur dan berdoa.  Dan kegelapan yang selama ini meliputi matanya itu sudah mulai berkurangan.  Malah, 4 hari selepas itu, pandangannya sudah mulai terang, tinggal sedikit sahaja lagi supaya normal semula.

Perlu dijelaskan bahawa ilmu perubatan pada mas kita ini belum mengetahui ubat penyakit tadi kecuali dengan pembedahan menipiskan selaput mata.

~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~

* Coretan Nida tentang "Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu"

Hai...

Saya ada buku baru.

Ini bukunya.

Buku ini hasil tulisan seorang doktor moden, Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib, yang mendapat ilham untuk mengkaji tentang madu lebah selepas mendengar ceramah pada tahun 1965 di Fakulti Perubatan, Universiti Qashr al-'Ainiy, Kaherah, Mesir.  Penceramahnya waktu itu ialah Ustaz Syeikh Sholah Abu Ismail.  Diterbitkan oleh Pustaka Ilmi, Taman Jasa, Sg. Tua, Bt Caves, Selangor.Telefon: 03- 6188 7893. Tajuk buku: Madu Lebah Ubat yang Turun Bersama Wahyu.

Antara kata-kata pencermah yang menarik minat penulis buku ini ialah tentang sejumlah doktor Rusia yang mengaku telah menemui khasiat madu untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, tidak kurang daripada 40 jenis penyakit.

Seterusnya, beliau makin bersemangat selepas membaca ayat al-Quran daripada Surah an-Nahl, ayat 68-69, yang bermaksud: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia; kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).  Dari perut lebah itu, keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran) Allah bagi orang-orang yang memikirkan.

Ada ayat-ayat al-Quran lain yang juga jadi ilham kepada beliau untuk mengkaji tentang khasiat madu lebah, dan akhirnya beliau merumuskan teori untuk menggunakan madu lebah sebagai ubat untuk mengubati manusia.

Daripada itu, beliau seterusnya berbincang dengan guru-guru beliau, termasuk Syeikh Muhammad al-Ghazali, Dr. Abdul Aziz al-Syarif (ketua bahagian penyakit hati di kuliah perubatan universiti Qashr al-'Ainiy dan Dr. Sholah Abu Ismail.  Perbincangan dengan guru-guru beliau membawa kepada eksperimen-eksperimen tentang perubatan menggunakan madu lebah.

Dalam buku ini terdapat pelbagai perbincangan tentang al-Quran dan sains, lebah, madu, jenis madu, zat-zat dalam madu dan lain-lain, tetapi, bagi saya, bahagian yang paling menarik ialah apa yang dikongsikan oleh penulis tentang eksperimen yang telah dijalankannya ke atas pesakit dan kejayaan yang telah terbukti dalam eksperimen itu.  Saya akan cuba kongsikan dengan anda di blog ini bahagian-bahagian yang saya suka, insyaAllah.

Nida Madu Lebah
016- 9 689 754

Wednesday, April 7, 2010

* Madu Tualang akan membuak

Salam mesra untuk pengunjung,

Sedikit pemberitahuan buat pelanggan-pelanggan saya, terutamanya jika anda membeli madu Tualang menggunakan khidmat kurier.

Untuk pengetahuan anda, kadangkala, madu Tualang yang anda beli akan kelihatan seperti terkeluar/tumpah sedikit. 

Biasanya saya akan berpesan kepada pekerja kurier supaya kotak bungkusan berisi madu lebah didirikan seperti yang saya pesan, tetapi, mungkin ada masanya pekerja kurier itu terlepas pandang.  Maka terbaring atau tertonggenglah botol berisi madu untuk anda.  Ini mungkin penyebab madu anda tertumpah atau terkeluar sedikit.

Bagaimanapun, mungkin juga disebabkan suhu sekeliling botol madu sewaktu dalam perjalanan yang membuatkan madu itu membuak sebelum sampai kepada anda.  Ini akan terjadi lebih-lebih lagi jika madu itu memang dalam keadaan baru dan segar, jadi memang akan melekit-lekitlah botol madu apabila sampai kepada anda.

Jika sebab yang kedua, saya tiada pilihan lain selain membiarkan saja perkara ini berlaku.  Penyelesaian untuk saya jika tidak mahu botol anda melekit-lekit ialah mengeluarkan sedikit madu daripada botol itu, sedangkan jika saya buat begitu, saya akan mengurangkan kuantiti madu dalam botol.  Jika saya biarkan, sekurang-kurangnya, jumlah yang terkeluar diharapkan akan lebih sedikit daripada jika saya keluarkan sendiri.  Kita just hope for the best, so, saya tak kurangkan apa-apa daripada botol yang saya hantar kepada anda.

Jika terlalu banyak yang terkeluar, saya akan beri potongan untuk next order anda, ya.  Bersesuaian dengan kerugian anda, InsyaAllah.

Satu lagi cadangan saya kepada anda ialah jika anda bimbang madu yang anda baru terima terus membuak hingga keluar daripada botol ialah tuangkan sedikit ke dalam cawan atau botol lain.

Terima kasih atas sokongan anda!

Nida Madu Lebah
016 - 968 9754

* Testimonial Pengguna Madu Lebah Nida

*************************

Pembaca blog nida-madu-lebah yang dikasihi,

Berikut ialah antara testimonial-testimonial pengguna Madu Lebah Nida.

Penyumbang testimonial akan menerima sebotol madu Tualang atau Royal Jelly mengikut kesukaan mereka sebagai tanda terima kasih.

Tanda terima kasih kepada mereka tidak menjadi tanggungan kepada pelanggan-pelanggan lain, jadi, harga masih kekal RM 45 sebotol Tualang atau Royal Jelly (jika beli lebih ada diskaun), tak kira berapa banyak botol madu yang dihadiahkan.

Jika anda mempunyai testimonial untuk dikongsi, sila hantarkan kepada saya melalui emel nidabead@yahoo.com.

Testimonial anda akan disusun semula dengan harapan lebih mudah difahami.

Akhirkata, saya dahulukan huluran testimonial anda dengan ucapan terima kasih.  Moga Allah sahaja yang akan membalas budi baik anda.

*************************
Testimonial 1:

Faizah dari Puchong:
Anak pertama saya memang ada lelah.  Kalau minum ais, pasti semputnya menyerang.  Dulu, setiap bulan pasti kena ambil ubat batuk, tapi sekarang dah kurang, walaupun dia curi-curi minum ais.
Alhamdulillah, selepas mengamalkan madu yang dibeli daripada Nida, dia kurang berkahak, dan jarang batuk berbanding sebelum mengamalkan minum madu.

Pernafasannya juga lebih lancar selepas mengamalkan madu daripada Nida. Terima kasih kerana memperkenalkan madu ni.

Tentang keaslian madu ini pula, maid saya seorang rakyat Indonesia yang memang pandai dan pakar dalam hal kualiti madu. Katanya madu yg saya dapat daripada Nida memang madu asli yang susah untuk didapati.

*************************

Testimonial 2:

Mahani H dari Seberang Perai Utara, Penang