Monday, December 26, 2011

Madu Lebah Nida telah diuji di USIM!

Salam mesra,

Hari ini 26 Disember 2011.  Pada tarikh bertuah ini, saya rasa tak sabar untuk berkongsi berita terbaru tentang madu lebah Tualang Nida.

Alhamdulillah, saya pernah ditelefon oleh seorang pelajar universiti tempatan tentang madu lebah Tualang yang saya bekalkan.  Pelajar itu sedang mencari sampel-sampel madu Tualang untuk digunakan dalam tesisnya.  Dipendekkan cerita, tesisnya telah siap dan saya kongsikan di sini sedikit hasil daripada kajian beliau.


Di bawah ini ialah perbandingan kandungan bahan madu lebah Tualang Nida berbanding madu lain.  Madu Tualang Nida ialah item kelima dari atas, (Sumber: Pahang).(Lihat tulisan warna biru)  InsyaAllah pada lain masa, saya akan bincangkan nilai-nilai nombor yang anda lihat di bawah.  Apapun, madu lebah Tualang Nida telah disahkan asli.  Alhamdulillah, kebenaran telah dibuktikan.

Perbandingan kandungan madu lebah dari pelbagai sumber.  Madu Lebah Tualang Nida ialah item kelima (tulisan warna biru)


Sebagai rujukan, di bawah ini pula ialah nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz & Grosch
(Belitz, H.D. and Grosch, W. 1999. Honey and artificial honey. Food Chemistry, 2 : 821- 828.)
Perlu dimaklum, kajian Belitz & Grosch ini tidak berdasarkan madu Tualang dari Malaysia, jadi hasil ujian madu dari Malaysia mungkin tidak menepati hasil kajiannya, tetapi, nilai-nilainya masih boleh dijadikan rujukan.  Apa yang penting ialah bagaimana madu lebah Tualang Nida berada dalam 'range' jika dibandingkan dengan madu Tualang lain dari Malaysia dan sekitar Asia Tenggara.

Nilai kandungan bahan madu berdasarkan kajian Belitz dan Grosch, 1999

Akhirkata, sekalipun madu lebah Tualang Nida telah disahkan asli daripada kajian ini, harga Madu Lebah Tualang Nida masih sama - RM 45 sebotol besar, kira-kira 1 kg.  (Harga madu lebah Tualang naik kepada RM 50 pada bulan Februari 2013 atas faktor-faktor kos.)

Looking forward to receiving orders from you,
Yang ikhlas,
Nida Madu Lebah,
016-968 9754

Monday, December 5, 2011

Cerita tentang Sale..

Salam mesra duhai pengunjung...

Lama sungguh saya tak menulis di sini.  Semuanya disebabkan kekangan kehidupan sebagai seorang ibu, isteri dan pekerja yang makan gaji.  Apapun, bagus juga, kerana tiadanya entri baru bermakna entri terakhir sebelum ini (Madu Lebah Nida: Asli atau tidak?) dapat dilihat dengan lebih lama dan harapnya meninggalkan kesan pada diri pengunjung.

Apapun, mari kita ke tajuk entri ini.  Tajuk adalah seperti yang tertera kerana apabila menjelang akhir tahun, seperti tahun-tahun lalu,  saya menerima soalan tentang 'Sale akhir tahun di blog madu-lebah-nida.'. 
T, I , A, D, A.  Maaf, tapi itulah hakikatnya.  Tapi KENAPA???  Kerana, di
madu-lebah-nida.blogspot.com tiada stok lama.  Dan hakikatya juga, tanpa sale sendiri, harga jualan madu dan royal jelly saya memang sudah mengalahkan harga sale atau diskaun di kebanyakan tempat.

Ok, seterusnya, saya cuma ingin kongsikan pemerhatian dan pengetahuan saya tentang sale di Malaysia setakat ini (tahun 2011).

Tahukah anda, jika anda biasa memerhatikan gimik kedai-kedai di luar sana, ada yang menggantung kain rentang  yang mengiklan jualan murah mereka, mungkin berbunyi "Jualan Akhir Tahun", atau "Moving out sale", atau "Penghabisan Stok", atau "Jualan Ulangtahun", dan berbagai-bagai lagi contoh, tetapi, kain rentang mereka ini dipasang hampir berbulan-bulan lamanya.  Hairan wal ajaib.  Kalau betul nak pindah (move out), kenapa lama sangat tak pindah-pindah?  Atau, kenapa stoknya tak habis-habis?  Dan, berapa lama mereka menyambut ulangtahun? 

Umum mengakui, seorang perempuan memang suka pergi shopping.  OK, saya termasuk dalam golongan itu. (Saya tahu ada ramai lagi perempuan yang bukan kaki shopping tapi itu cerita lain.) Tapi selepas bertahun-tahun jadi 'kaki shopping', saya akhirnya sedar, kain rentang atau iklan tentang sale itu sebenarnya hanyalah gimik.  Kalau betul seperti yang ditulis di iklan mereka akan berpindah atau penghabisan stok, patutnya harga akan murah gila-gila dan barang akan habis dijual dengan cepat.  Tak perlu menggantung kain rentang berbulan-bulan kalau harga betul seperti yang dibayangkan.  Jadi, saya seru, janganlah kita terkelentong dengan harga 'sale' yang ditawarkan.

OK, tadi cerita yang kain rentang cuba bayangkan dengan keywords 'berpindah', atau 'penghabisan stok'.

Sekarang mari kita cerita tentang sale di sesetengah pusat membeli-belah.  Ini hasil perbualan pada 3 'occasions' (3 perbualan) dengan jurujual berlainan.

Tahukah anda bahawa untuk sesetengah barangan, contohnya pakaian, yang menawarkan potongan 50%, ada yang memang merupakan stok untuk 'sale' sahaja.  Ini bermakna, pakaian ini hanya akan dikeluarkan pada musim sale saja dan disimpan pada masa-masa lain.  Pakaian ini memang telah diletakkan price tag/tanda harga yang mahal di kilang, kemudian diturunkan harga sebanyak separuh harga di pusat membeli-belah.  So, kalau sebelum ini anda tidak tahu, sekarang anda tahu.  Rasa macam tertipu tak?  Logikkah kalau sepasang seluar atau sehelai baju kanak-kanak jenama Malaysia yang berharga RM 120 atau 70?  Berapa banyak kain yang digunakan?  Berapa lama anak anda boleh pakai walau sebagus mana pun kualitinya?  Semahal mana harga yang dibayar pada perekacipta pakaian itu?  Perlu diingat, kita bukan bercerita pasal butik, tapi pusat membeli-belah.  Jika iya pun butik, ini bukan cerita pasal 'designer quality attire'.  Cuma jenama biasa yang selalu didengar.  Dan pastinya ini bukan spesifik untuk pakaian kanak-kanak.  Untuk dewasa juga sama.  Mungkin ada kelainan jika sale yang anda pergi betul-betul 'clearance' atau 'member's day sale'.

Untuk mencuri minat pelanggan, akan ada macam-macam cara yang peniaga akan gunakan.
Untuk diri saya, buat masa ini, sale di madu-lebah-nida.blogspot.com hanya ada 2 kali setahun.  Satu ialah sempena ulangtahun blog (sepanjang bulan 8 setiap tahun InsyaAllah), dan satu lagi ialah sempena Maulidurrasul (selama 1 minggu, dengan hari Maulidurrasul di tengah-tengahnya).  Rasionalnya ialah, untuk sale ulangtahun, itu cara saya menghargai sokongan anda, sementara untuk sale Maulidurrasul, ini cara saya ingin menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Dah bagitau siap-siap bila nak sale, tak takutkah saya jualan akan berkurang satu dua minggu sebelum sale?  Let me answer that with a resounding 'NO'.  Untung seringgit seorang kalau sejuta orang yang beli sudah jadi sejuta ringgit, kan?  Itu kalau sejuta, sedangkan motto saya ialah "Madu Lebah untuk SEMUA".

Setakat ini saja celoteh saya buat kali ini.  Sebenarnya ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan di blog ini, tapi ada beberapa halangan buat masa ini.  Lain kali, insyaAllah.

Terima kasih atas sokongan anda ya,
Nida Madu Lebah
016 9689754

Friday, July 8, 2011

* Madu Lebah Nida : Asli atau tidak?

Salam,
Sekadar satu entri yang ringkas.

Selalu orang persoalkan, sama ada madu lebah yang saya jual asli atau tidak.

Ramai juga yang ragu-ragu untuk mencuba, bimbang tertipu.

Ramai yang berkata, kalau asli mesti harga RM 100 ke atas sekilogram.

Itu semua pendapat anda, dan mungkin pendapat peniaga-peniaga madu lebah masing-masing.

Murahkan RM 45 sekilogram?  Murah atau mahal adalah relatif.  Bagi yang berduit, RM 45 mungkin murah.  Jika seorang bapa membeli madu cuma untuk diamalkannya sehari sekali bagi dia seorang, sekilo madu boleh bertahan kira-kira sebulan, jadi RM 45/sebulan boleh dianggap murah.

Bayangkan pula senario lain, contoh-contohnya seperti di bawah.

Contoh 1: Bagi yang kurang berduit, RM 45 boleh dianggap mahal.  Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang semuanya sudah naik harga.  (Madu lebah jualan Nida BELUM naik harga kerana supplier masih bekalkan dengan harga lama.)

Contoh 2: Seorang pesakit sesuatu penyakit, mengamalkan madu bukan sekali sehari (kerana untuk berubat menggunakan madu, perlu lebih kerap mengamalkannya), jadi, sekilo madu mungkin bertahan kira-kira 10 hari, sebulan perlu RM 135 (3 kg madu Tualang) untuk bekalan madunya.  Belum campur duit penghantaran/minyak untuk pickup madu.  Dan itu kos untuk sebulan, belum lagi kos untuk beberapa bulan (madu perlu diamal bukan seperti ubat yang perlu diambil hanya waktu sakit) ( tapi perlu diingat, madu insyaAllah menyembuhkan, bukan sekadar menghilangkan simptom seperti kebanyakan ubat).

Contoh 3: Seorang ibu atau bapa yang membeli madu untuk diamalkan seisi keluarga (kerana madu baik untuk semua lapisan umur), sekilo madu hanya bertahan mungkin selama 2 minggu, jadi dalam sebulan perlu kira-kira 2 kg madu.

Secara kasarnya, memang harga sekilo madu Tualang pada harga RM 45 adalah murah, tapi bagi 3 contoh di atas, masih murahkah bagi mereka? Suatu amaun memang murah jika beli sesekali, tapi jika secara berterusan, jadi suatu bebanan.  Lebih-lebih lagi jika harganya mencecah ratusan ringgit sekilo.

Pastinya ramai yang memikir-mikir, kalau benda boleh laku (laris), kenapa saya tak jual mahal-mahal supaya untung terus berganda-ganda?  Percaya atau tidak, bagi saya, kalau saya boleh buat kebaikan kepada manusia dengan berkongsi kebaikan madu lebah dgn anda, mengapa RM yang saya kejar?  Untung yang saya ambil buat masa ini cukup untuk membuat saya terus gembira untuk berniaga.  Kalau sampai masa saya ingin berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa, itu cerita lain.

Bagi yang ragu-ragu, anda boleh cuba pek percubaan saya (trial pack) (Harga pek percubaan: RM 15/225 gram).  Kalau agak-agak takut tertipu, anda mungkin kerugian RM 15 saja, tak banyak, kan?

Kalau rasa rugi berbelanja atas kos penghantaran/minyak untuk pickup (lebih mahal drp harga pek percubaan madu), anda boleh beli sekilo madu Tualang (RM 45/kg).  Kos 'bimbang tertipu anda' (perhatikan perkataan 'bimbang' sebab ini ialah perasaan anda sedangkan saya bukan penipu) ialah RM 45 (+kos hantar/duit minyak).

Kalau anda terus ragu-ragu dan terus berasakan harga madu Tualang WAJIB ratusan/kg, mungkinkah anda sebenarnya tertipu dengan perasaan dan sangkaan anda?  Tepuk dada, tanya selera.

Sebelum saya berhenti menulis, cuba fikirkan pula:

Seorang peniaga yang menipu, tidak akan ada 'repeat customer'.  Jadi, sekali pembeli membeli, si peniaga cuma ada satu peluang untuk dapat duit pembeli.  Tidakkah sepatutnya peniaga meletakkan harga yang tinggi untuk satu transaksi? 


Fikir-fikirkan dan selamat membuat keputusan yang tepat,

Nida Madu Lebah,
016-968 9754

P/S: Sale ulangtahun berakhir Ahad, 31 Julai 2011, insyaAllah.

Tuesday, June 28, 2011

* Sale Istimewa Untuk Follower Blog M@du Lebah Untuk SEMUA!

Salam mesra buat pengunjung blog,

Sempena jualan murah ulangtahun kedua blog "M@du Lebah Untuk SEMUA", saya anjurkan satu lagi sale istimewa untuk pengikut/followers blog ini.

Ini bagi menghargai kesudian anda mengikut/follow blog saya yang tak seberapa ini.

Harga untuk pengikut/follower blog "M@du Lebah Untuk SEMUA!"
sepanjang 1 Julai 2011 - 31 Julai 2011:

1 kg Tualang : RM 38 (harga pickup)

Bagaimana cara untuk mendapatkan harga istimewa ini?  Sila buat pesanan dan nyatakan anda follower yang mana satu.



Terima kasih atas sokongan anda yang berpanjangan.

Nida,
016 968 9754

Jualan murah ulangtahun kembali lagi!!

Salam mesra,


Blog "M@du Lebah Untuk SEMUA!" masuk 2 tahun pada 2011.

Sempena itu, jualan ulangtahun Blog "M@du Lebah Untuk SEMUA!" Nida kembali lagi!!

Kali ini jualan diawalkan sebulan daripada tarikh biasa atas sebab-sebab peribadi.  (Sepatutnya ulangtahun disambut pada bulan Ogos, sedangkan pada bulan Ogos 2011, saya akan 'slow down', insyaAllah.)

Harga Tualang dari 1 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011:

2 kg: RM 75

Kalau beli lebih 2 botol, harga sebotol seterusnya ialah RM 37 (untuk setiap kali transaksi).


Terima kasih atas sokongan anda,

Nida M@du Lebah,
016 968 9754

Thursday, April 14, 2011

* Anda senang demam apabila terkena hujan?

Cuaca di Malaysia tidak menentu, ada kalanya, tanpa disangka-sangka, hujan turun walaupun sebelum itu cuaca kelihatan baik, begitu juga sebaliknya.

Sedar tak sedar, di sekeliling saya ramai orang yang berkata mereka kurang sihat kerana terkena hujan pada hari-hari sebelum itu.

Kebanyakan kita memang tidak menggunakan payung jika melintasi hujan, tapi rupa-rupanya ada yang sempat terkena bahana disiram hujan.

Jika anda termasuk dalam golongan mereka yang biasa jadi kurang sihat selepas terkena hujan, saya sarankan anda mengamalkan madu asli.  Saya sendiri tidak sedar yang saya kalis hujan dalam ertikata setakat ini, Alhamdulillah saya tidak pernah berasakan hujan menyebabkan saya jatuh sakit.  Mudah-mudahan terus begini.

Bagi kebanyakan orang, adalah leceh ingin mengamalkan madu setiap hari, mungkin kerana mereka berasakan tidak sempat/mahu cepat kerana ingin cepat ke pejabat.  Bagi saya pula, mengamalkan madu hampir jadi kemestian, demi kesihatan.  Alhamdulillah, tiada demam, batuk atau selsema yang mungkin jadi 'benda biasa' dalam kehidupan seharian.  Bagi sesetengah orang, rasa bebas daripada demam, batuk, selsema ini satu nikmat yang dilupakan, tapi apabila anda mendapatnya, tidakkah anda terfikir alangkah baiknya jika tak perlu batuk atau menghembus hingus?

Jika anda mengamalkan madu sesudu setiap pagi tapi diserang batuk atau selsema, apa yang anda perlu ubat ialah tingkatkan pengambilan madu kepada 2-3 kali sehari.  InsyaAllah, tak perlu ubat, dan batuk/selsema anda akan pergi dalam 2-3 hari.  Saya menulis berdasarkan pengalaman saya dan anak-anak saya.  Bagi saya juga, bila anak demam, saya juga bagi madu, supaya demam yang disebabkan virus tidak akan membenarkan serangan kuman/bakteria bermula, hingga menyebabkan perlunya mengambil antibiotik.
(Jika demam disebabkan virus, badan akan membina antibodi untuk melawan virus, dan antibiotik tidak diperlukan.)

Friday, January 14, 2011

Jualan Istimewa sempena Maulidurrasul (12 Rabiulawal 1432H) 15 Feb 2011

Maulidurrasul disambut sempena kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Bagi ummat Islam, Nabi Muhammad s.a.w ialah manusia yang dijadikan Allah s.w.t untuk menjadi ikutan dan tauladan dalam kehidupan sehari-hari, hinggalah hari akhirat.

Sebagai tanda menghormati Nabi Muhammad s.a.w, ummat Islam menggunakan kata ganti nama 'Baginda' kepadanya, dan adalah sunnah bagi setiap ummat Islam bersalawat (mengatakan 'Sallallahu'alaihiwasallam' (s.a.w)) setiap kali mendengar nama baginda disebut.

Nabi Muhammad lahir sebagai anak yatim, kerana bapanya iaitu Abdullah bin Abdul Mutallib meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya.

Ketika membesar, baginda bekerja sebagai pengembala kambing semasa masih kecil, dan ketika sudah dewasa pula sebagai peniaga yang akhirnya menemukan jodoh baginda dengan isteri baginda yang sangat baginda kasihi, Siti Khadijah binti Khuwailid.

Pada pendapat saya, apa yang telah dilakukan dan dilalui oleh Nabi s.a.w sepatutnya diambil iktibar oleh kita, contohnya, jangan sesekali kita melupakan anak yatim, kerana Nabi Junjugan besar kita dahulu juga merupakan anak yatim, dan perniagaan sesungguhnya suatu mata pencarian yang besar potensinya.  Terdapat suatu kisah yang mengatakan bahawa 9 daripada 10 pintu rezeki ialah melalui perniagaan, dan ini nampaknya sudah menjadi satu sumber kekuatan untuk kebanyakan orang berniaga, termasuk juga saya.

Niat saya berniaga, selain mencari duit poket, ialah untuk belajar selok-belok perniagaan.  Sedari kecil sebenarnya saya sudah biasa mengikut ibu dan bapa berniaga, dan pastinya tanggungjawab itu lain jika perniagaan itu bukan milik kita.  Untuk masa hadapan, saya memang teringin mempunyai sebuah premis perniagaan sendiri, jadi, sekarang ialah masa saya belajar memahami kehendak perniagaan (Sila beri perhatian, saya katakan 'kehendak perniagaan' dan bukan kehendak siapa-siapanya.)

Semestinya, salah satu sebab saya ingin berniaga ialah mengikut sunnah Nabi s.a.w, jadi, dengan itu, bermula tahun 2011 ini, setiap kali Maulidurrasul tiba, insyaAllah akan ada jualan istimewa berlangsung.  Disebabkan saya berniaga melalui blog dan bukan semua orang melawat blog saya setiap hari, jualan ini saya buka selama 7 hari, dengan hari keempat (hari tengah-tengah dalam 7 hari itu) jatuh pada 15 Februari 2011 atau 12 Rabiulawal 1432.  Ini bermakna, semua pesanan dan penghantaran yang selesai dalam tempoh 12 hingga 18 Februari 2011 layak untuk menikmati harga menarik ini.

Jualan Istimewa sempena Maulidurrasul (12 Rabiulawal 1432H) 15 Feb 2011

2 botol : RM 75 ( Harga biasa: 2 botol : RM 90)

Jika ambil 1 botol, harganya RM 45.

Jika ambil 3 botol, harganya 120.
Jika ambil 4 botol, harganya RM 150.
Terhad kepada 10 botol sahaja.


Hubungi saya:
Nida madu lebah
016 - 968 9754

Monday, January 3, 2011

* Berita baik untuk sesetengah kawasan di KL/Selangor dan hal kurier

Bagi sesetengah kawasan di KL dan Selangor, caj penghantaran kini diturunkan daripada RM 18 kepada RM 15 untuk 1 botol dan RM 20 kepada RM 15 untuk 2 botol.  Ini kerana penghantaran tidak lagi menggunakan botol plastik, sebaliknya menggunakan botol asal iaitu botol kaca.

Untuk kawasan-kawasan lain, insyaAllah penghantaran melalui kurier bakal menggunakan botol jenis HDPE, iaitu botol plastik yang tebal.  Jika ada perubahan lain, insyaAllah akan diwar-warkan.  Saya tidak akan menggunakan botol HDPE (botol putih berdinding tebal) kerana botol ini susah dikeringkan selepas dibasuh.  Takut sementara keringkan tu masuk pula binatang seperti semut, lipas, cicak... Jadi, penghantaran akan mengekalkan botol plastik seperti sediakala.

Terima kasih kerana terus menyokong saya.

Jika anda ada sebarang permintaan tentang resepi penggunaan madu untuk sesuatu tujuan perubatan/penawar, sila tanya terus kepada saya, melalui sms, email atau tanyakan di shoutbox, ya.  InsyaAllah, saya akan cuba cari jawapannya.

Terima kasih sekali lagi.

Nida Madu Lebah
016 - 968 9754