Saturday, March 27, 2010

Thursday, March 25, 2010

* Madu dan susu: Apakah ini minuman kegemaran Rasulullah s.a.w?

(Diambil daripada Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah, ms 29-32)

Terdapat beberapa riwayat hadis tentang satu peristiwa yang mana Nabi s.a.w dibawakan minuman susu bercampur madu oleh seorang sahabat.  Pada pendapat saya, hadis-hadis ini semuanya bertitik-tolak daripada satu peristiwa yang sama, tetapi disebabkan perawinya lain, maka terdapat beberapa kelainan tentang perinciannya, bagaimanapun, maksud berkaitan attitude Nabi s.a.w terhadap minuman bercampur madu adalah tetap sama, iaitu, Nabi s.a.w tidak mahu minum campuran kedua-dua minuman itu, kerana Baginda seorang yang sangat zuhud (tidak memandang kemewahan dunia).  Wallahu'alam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadis 1:

Muhammad B. Ali r.a memberitakan, maksudnya:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah didatangi Aus B. Khaulah yang membawa sebuah mangkuk berisi susu dan madu, maka beliau (Nabi) tidak mengambilnya; dah beliau bersabda, maksudnya:

"Ketahuilah sesungguhnya saya tidaklah mengharamkannya; akan tetapi saya meninggalkannya kerana merendah diri kepada Allah (tidak ingin hidup mewah); kerana sesungguhnya, siapa yang merendah diri kepada Allah, Dia akan mengangkatkannya; dan siapa yang berhemat, dia akan dikayakan Allah; dan siapa yang memboros, dia akan dipapakan Allah (hidup menderita sehingga terkubur)."

[*H.R. Al-Hakiim dalam kitab "Nawaadir Al-Ushuul"]

Abi As-Saliil pula memberitakan bahawa bapanya pernah menceritakan, maksudnya:

"Saya telah menyaksikan Rasulullah s.a.w.; sedang beliau tengah duduk dalam rumah seorang lelaki Anshaar yang dipanggil Aus B. Hausyab.  Tiba-tiba dibawa kepada beliau segelas besar (minuman), maka diletakkan di dalam tangan beliau, maka beliau bertanya: "Makanan apakah ini?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, ialah susu bercampur madu." Maka beliau pun meletakkannya daripada tangannya; kemudian beliau bersabda, maksudnya:


"Ini dua minuman (bercampur), tiadalah kami (para Nabi) meminumnya; dan tiadalah kami mengharamkannya.

Siapa merendah diri, nanti dia akan diangkatkan Allah; siapa yang angkuh, nanti dia akan dihancurkan Allah; dan siapa yang memperbaikkan pengurusan hidupnya, dia akan direzekian Allah."

[H.R. Ibraahiim B. Muhammad]
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadis 2:

Seterusnya, terdapat sebuah berita daripada Sayyidah Aisyah r.a; akan tetapi kedudukan hadithnya tergugat di mana seorang periwayatnya bersendiri iaitu Nu'aim B. Muuri' (atau Muudi'), didapati seorang yang mencuri (melakukan kecurangan dalam) Hadith, berita itu berbunyi, maksudnya:

"Telah dibawakan kepada Rasulullah s.a.w sebuah mangkuk yang berisi susu dan madu, maka beliau bersabda, maksudnya:


"Akan ketagihanlah (bercampur makanan) dalam sebuah mangkuk; saya tidaklah perlu kepadanya.  Ketahuilah sesungguhnya saya ini tidaklah mengatakan bahawa dia haram; akan tetapi saya tidak suka kiranya saya akan disoalkan Allah tentang sisa-sisa dunia (kemewahan) di Hari Kiamat.  


Maka siapa yang merendah diri kepada Allah, nescaya Dia akan mengangkatkannya; siapa yang sombong, nescaya dia akan dijatuhkan Allah; siapa yang merasa cukup, maka dia akan diperkayakan Allah; dan siapa yang memperbanyakkan menyebut Allah (dzikir), nescaya dia akan dikasihi Allah."

[Al-Hadith]
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hadis 3:
Kesimpulannya bagi saya, Nabi Muhammad s.a.w tidak minum susu yang bercampur madu, kerana Baginda seorang yang sangat zuhud (tidak mahukan kemewahan dunia).  Bagaimanapun, Baginda s.a.w tidak melarang ummatnya minum minuman susu bercampur madu.

Sebenarnya, susu dan madu adalah dua minuman kesukaan Nabi, cuma, Baginda tidak minum jika kedua-duanya bercampur.

~Nida Madu Lebah

*
H.R.:
+       Hadis Riwayat

Saturday, March 13, 2010

* Kulit halus bak sutera (Sumber: www.bharian.com.my)

Sumber:  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kulithalusbaksutera/Article//

Kulit halus bak sutera
Oleh Nurul Nadia Abdul Hamid

2010/03/08

UMUMNYA garisan pada tapak tangan yang kusam dan kering sering kali disalah anggap sebagai hasil kerja 'pemalas'. Biasanya, ia akan mencacatkan penampilan seseorang individu dengan bentuk tangan berkedut melangkau batas usia.

Prihatin akan hal berkenaan, Crabtree & Evelyn mengambil langkah melancarkan produk penjagaan tangan berasaskan lemon, madu dan ketumbar dengan tiga langkah mudah.

Pengurus Jenama Guardian, Datuk Sandra Lee, berkata tangan digunakan dalam setiap aktiviti seharian, oleh itu penggunaan yang kerap dan tanpa batasan menjadikan kulit tangan cepat mengalami penuaan selain merengsa.

“Tiga langkah penjagaan saja sudah mampu menghasilkan kulit tangan yang halus dan lembut. Malahan, langkah mencuci, melembap dan merawat membantu wanita memperoleh struktur tangan yang cantik,” katanya pada majlis pelancaran produk penjagaan tangan Crabtree & Evelyn di Royal Suite, Hotel Nikko, baru-baru ini.

Turut hadir selebriti dan model seperti Maria Farida sebagai testimonial pengguna produk.

Didatangkan dalam lima produk seperti Scrub Cleanser, Creamy Cleanser, Hand Therapy Hand Remedy dan Hand Recovery, anda hanya perlu mematuhi etika penggunaan produk yang bersesuaian.

Jika menggunakan penyental dan Creamy Cleanser, ia bertindak mencuci dan disulami dengan hand terapy untuk fungsi melembap.

Justeru, produk Hand Remedy dan Hand Recovery pula berkesan merawat permukaan epidermis tangan agar kembali berstruktur dan tampak lebih remaja.


Tindakan bahan seperti lemon, madu dan kacang pea memberikan vitamin mencukupi. Tidak ketinggalan, campuran peptida, vitamin C dan E kompleks selain vitamin C dan E/Tocotrienol akan memulihkan tanda garisan penuaan pada permukaan jemari tangan anda.

Kandungan minyak jojoba, kacang soya, dan badam di samping mentega shea pula bertindak menaburkan manik kelembapan pada tangan dan ia pasti mengembalikan kegembiraan kepada penggunanya.

Harga produk bernilai sekitar RM43 sehingga RM145 dengan kuantiti serendah 50 ml hingga 250 ml ke atas setiap satu.

Produk ini mampu didapati di 6,000 lokasi dengan 500 kedai konsep di seluruh rangkaian antarabangsa selain menjengah pasaran di 40 negara.

Anda pasti tidak mengalami kesukaran memperoleh produk berkenaan sebagai cara meningkatkan potensi keyakinan diri bersama kulit tangan menawan.

* Madu Tualang sama taraf madu import (Sumber: utusan.com.my)

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0303&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm&arc=hive

Madu Tualang sama taraf madu import







Madu merupakan penawar berkesan bagi masalah sistem penghadaman kerana ia menggalakkan kesihatan usus dan buah pinggang. - Gambar hiasan





MADU secara semulajadi sangat berkhasiat dengan ia mengandungi gula seperti fruktus dan glukos, mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat dan vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Oleh kerana inilah madu merupakan satu daripada ramuan penting dalam perubatan tradisional yang diamalkan oleh pelbagai tamadun sejak berkurun-kurun.
Sebelum 1996, pengumpul madu lebah tualang di daerah-daerah di Kedah seperti Padang Terap, Ulu Muda, Sik, Baling, Jerai dan Kubang Pasu menjual hasil yang mereka kumpul dalam botol di gerai tepi jalan serta pasar tempatan.

Dengan penggunaan madu ini terhad kepada penduduk tempatan dan sesekali dibeli oleh perantau yang melalui tempat-tempat ini, jualan tidak konsisten dengan harga jualan antara RM20 dan RM22 setiap kilogram.

Bagaimanapun, pada 1996 semua ini berubah apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menubuhkan sebuah pusat mengumpul dan memproses di Kuala Nerang, Kedah, untuk memudahkan pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan Madu Tualang.

FAMA

Ketua Pengarah FAMA Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata pusat ini adalah pusat sehenti bagi pengutip madu di Kedah untuk menjual bekalan mereka.

"Ini mendorong mereka mengumpul lebih banyak Madu Tualang dan sejak itu bekalan meningkat daripada 2 hingga 5 tan sebulan kepada 10 tan sebulan semasa musim kutipan.

"Harga juga telah naik. FAMA kini membayar antara RM58 dan RM60 setiap kilogram bagi Madu Tualang berkualiti premium. Madu ini diproses di pusat FAMA ini dan dipakej di bawah jenama Agromas," katanya.
Madu ini yang dijual di bawah jenama Agromas Tualang Honey selain boleh dibeli di 'House of Honey' di pusat ini, juga boleh dibeli di pasar raya Mydin dan Giant selain daripada Agro Bazaar terpilih di seluruh negara.

Menyedari manfaat kesihatan dan seterusnya potensi pasaran bagi madu, pada 2007 FAMA menderma 1.36 tan Madu Tualang kepada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tujuan penyelidikan.

MANFAAT KESIHATAN DARIPADA MADU

Menurut Prof Dr. Nor Hayati Othman, Dekan Kajian Sains Klinikal di Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan, keputusan daripada sejumlah 48 kajian menunjukkan Madu Tualang apabila diminum atau disapu pada luka atau lecur di permukaan badan menawarkan pelbagai manfaat perubatan.

"Walaupun kajian ini masih di peringkat awal, keputusan yang menggalakkan ini menunjukkan Madu Tualang mempunyai unsur anti-bakteria dan anti-oksidan yang boleh memperlahankan pertumbuhan sel barah tertentu dan menghalang pembiakan spektrum luas spesis bakteria dan kulat, selain menjadi sumber tenaga segera bagi tubuh," katanya.

Madu merupakan penawar berkesan bagi masalah sistem penghadaman kerana ia menggalakkan kesihatan usus dan buah pinggang.

Madu boleh dihadam dengan mudah kerana molikul gulanya yang kompleks mudah ditukar kepada molikul gula yang lebih mudah. Oleh itu, ia tidak merengsa lapisan pengalas sistem penghadaman dan sebaliknya melegakan perut.

Nor Hayati berkata madu merupakan satu keajaiban semulajadi.

"Ia dengan sendiri makanan yang lengkap. Sebagai pengguna madu sejak 25 tahun yang lepas, saya sangat percaya dengan manfaat Madu Tualang," tambah beliau.

"Madu Tualang turut mengandungi beberapa elemen positif yang tidak terdapat pada madu yang diimport," kata beliau.

USM merupakan universiti penyelidikan pertama di Malaysia menjalankan penyelidikan menyeluruh akan manfaat kesihatan bagi madu.

Friday, March 5, 2010

* Persoalan tentang harga

Pembaca blog yang budiman,

Murahkan harga madu dan royal jelly yang ditawarkan di blog madu-lebah-nida.blogspot.com?

Ramai, malahan terlalu ramai yang mengatakan jawapan untuk soalan di atas adalah positif.  Maksudnya, ramai yang berpendapat ya, memang harga madu dan royal jelly yang ditawarkan di blog ini terlalu-lalu murah.

Maka timbul persoalan tentang keaslian tentang produk saya.

Satu respon untuk anda yang sangsi ialah, cuba sendiri.  Kemudian, anda boleh nilaikan sendiri.  Mungkin produk saya tidak asli, tapi apa yang anda rugi jika saya menjual produk tidak asli?  Ya, anda akan rugi, tetapi hanya rugi sekali sahaja.  Maknanya, anda rugi RM45 untuk sebotol madu Tualang atau Royal Jelly.  Tetapi, jika produk saya asli, apa pulak keuntungan untuk anda?  Dapat berjimat kira-kira RM50 (kadangkala lebih RM50) untuk setiap kali anda beli sebotol madu Tualang dengan berat 1 kg, dan jika anda ulang beli, anda akan jimat RM50 lagi.  Maknanya, anda untung berkali-kali.  So, isn't it worth a try to buy from me?

Jika anda amalkan sesudu besar sekali sehari, sebotol tahan lebih sebulan (jika gunakan untuk seorang), tapi katakanlah anda habiskan sebotol sebulan, dan kemudian beli lagi, maka untuk setahun anda berjimat RM600 setahun.  Ini belum dikira keuntungan anda dari segi kesihatan.  Perlu diingat, health is wealth. (Kesihatan itu kekayaan.)

Jika betul saya menjual produk tipu, anda akan kerugian RM45, tetapi jika anda cuba dan mendapatinya asli, saya telah tuliskan berapa keuntungan untuk anda.



Bagi anda yang sangsi juga, sekadar ingin berkongsi, saya ingin warwarkan bahawa sudah ada beberapa orang repeat customer saya.  Jika beli di blog, semuanya orang yang asalnya tidak saya kenali.  Kawan-kawan juga ada yang sudah jadi repeat customer saya.
Saya tidak beli madu dalam borong, tetapi saya cuma berniaga kecil-kecilan.

Jika saya hantar ke makmal untuk ujian, saya cuma tahu hasil ujian untuk sesebotol madu atau royal jelly.  Jadi, hasilnya bukan untuk setiap botol produk yang saya jual.  (The validity of the test will not be applicable to every bottle of honey/royal jelly that I sell.)*  Dan, menguji di makmal juga memerlukan masa dan tenaga saya, sedangkan saya bekerja sepenuh masa, jadi saya tak mahu bersusah payah ke makmal.  Lebih-lebih lagi, seperti yang saya katakan, hasil ujian tidak boleh digunakan untuk setiap botol madu/royal jelly yang saya jual.  Jadi, it's not worth my time and effort to pursue testing it at the lab.

Saya ingin tarik perhatian kebanyakan kita yang merasakan bahawa semakin tinggi kualiti sesuatu barang, semakin mahal harganya.  Untuk kebanyakan hal, memang hal ini betul.  Kerana, untuk menjamin kualiti, biasanya diperlukan kajian(research).  Ini benar jika benda itu adalah dicipta.  Selain kajian, harga juga dipengaruhi oleh faktor lain, termasuk, gaji pekerja untuk sesuatu syarikat, iklan yang dijalankan, sewa premis (kedai/pejabat), kos pengangkutan, dan lain-lain.  Ada juga faktor lain yang mempengaruhi harga, termasuk niat seseorang berniaga, dan nilai seseorang individu/peniaga itu.

Bagi saya, saya bekerja sepenuh masa.  Seorang profesional yang tidak bergantung kepada satu sumber sahaja, dan berniaga madu lebah untuk mendapatkan pengalaman berniaga, dan pendapatan daripada bisnes madu lebah sekadar cukup untuk meneruskan bisnes ini (sebab kalau bisnes tak untung, buat apa nak berniaga, ye dak?) dengan pendapatan sekadar cukup untuk jadi 'drive' kepada saya untuk berusaha memenuhi kehendak pelanggan.  (contoh: Pelanggan mesti nak barang cepat selepas dah bayar, dll).

Saya tidak ada premis semata-mata untuk berniaga madu lebah.  Iklan saya cuma apabila saya blogwalking, atau warwarkan dalam mailing list, atau, hasil word-of-mouth (bualan daripada mulut ke mulut) kerana ada pelanggan yang berpuas hati dengan produk saya lalu bercerita kepada kawan-kawan mereka.

Saya tidak uji madu/royal jelly ini di makmal, jadi anda juga tidak bayar untuk ujian itu.

Saya tiada pekerja yang makan gaji untuk menjalankan bisness madu lebah ini, jadi, anda tidak bayar gaji mereka apabila anda beli madu lebah dengan saya.

Menulis di blog ini termasuk antara kemahuan saya, jadi anda juga tidak bayar untuk itu.  Nasihat tentang penggunaan madu lebah atau royal jelly adalah percuma, bukan untuk pelanggan sahaja.

Botol yang anda terima daripada saya bukanlah botol yang cantik atau istimewa.  Botol pun tiada label yang saya cajkan harganya kepada anda akhirnya.

Saya telah beritahu anda apa beza saya dengan peniaga lain.  Jadi, perlukah saya jual mahal-mahal?  Bagi diri saya: TIDAK.  Kerana, antara niat saya berniaga, juga untuk beramal dan menyebarkan kebaikan madu lebah kepada semua golongan kehidupan.  (Perhatikan tagline saya: Madu lebah untuk SEMUA! - "SEMUA" termasuklah orang yang senang, orang yang tak berapa senang, warga emas, orang dewasa, kanak-kanak, haiwan peliharaan (contoh penggunaan: ubat luka), tumbuhan (contoh penggunaan: mempercepatkan akar bercambah apabila menanam pokok menggunakan teknik keratan batang).  Jika harga mahal, mungkinkah "SEMUA" golongan kehidupan dapat menggunakannya?)

Jika anda beli madu/royal jelly daripada saya, anda hanya bayar harga madu lebah, dan sedikit upah untuk saya sebagai keuntungan (yang digunakan sebagai 'drive' untuk saya terus berniaga madu lebah).  Anda tidak bayar gaji saya, anda tidak bayar my loss of income for the time that you don't buy, anda tidak bayar sewa kedai/kiosk/pejabat saya, anda tidak bayar iklan tentang perniagaan saya, anda tidak bayar kajian/test di makmal (yang mungkin tidak sah), anda tidak bayar upah upline/downline saya (kerana saya berniaga terus), dan banyak lagi kos-kos wajib yang saya tidak caj kepada anda.

Mengikut apa yang seorang sahabat kongsikan dengan saya, Nabi Muhammad saw, sewaktu mula-mula berniaga ke Syam bagi pihak Saidatina Siti Khadijah ra (sebelum mereka berkahwin), bukan mendapat keuntungan berganda kerana Nabi saw menjual dengan harga yang mahal.  Tetapi, Baginda saw mendapat keuntungan yang banyak kerana cara Baginda berniaga disukai ramai.  Lebih-lebih lagi, semakin ramai yang mendapat kebaikan daripada madu lebah, bermakna semakin ramai yang akan menyedari bahawa mereka sebenarnya mengikuti apa yang telah disebutkan di dalam Al-Quran.

Selagi harga supplier saya masih begini, dan selagi tak ada keperluan, harga di sini akan tetap begini.

Murahkah produk madu dan royal jelly yang saya jual?

Murah atau mahal adalah subjektif.  Kalau di Malaysia semuanya murah hati dan banyak duit, produk saya memang murah.  Tetapi, ramai lagi yang perlukan bantuan/simpati daripada kita.

Cabaran untuk menetapkan sesuatu barang bukan menentukan berapa mahal sesuatu barang, tetapi berapa murah boleh ditawarkan.  Jadi   JANGAN HAIRAN ATAU TAKSUB DENGAN HARGA YANG MAHAL.

Kerana, seperti yang saya katakan, menetapkan harga mahal bukan cabaran.  Kita perlu taksub dan hairan kalau sesuatu itu adalah satu cabaran yang berjaya diambil seseorang.  Jadi, jangan tersilap langkah, ya.

Untuk pengetahuan anda, saya tidak berminat untuk menipu.  Honesty is always the best policy for me.

Saya bukanlah seorang con-woman, I have better things to do. Dan saya juga tak berminat untuk makan duit haram sumber penipuan.  (Btw, you can see what other things I can do as a source of income, just look for my other blogs on the right hand side of this blog.)

Dan, ingin saya tekankan di sini, saya memang amalkan madu dalam kehidupan kami.  Apa yang saya kongsikan dalam blog ini seperti post dahulu memang apa yang saya lalui, bukan direka-reka.


* Untuk sesetengah ayat, saya terpaksa gunakan English kerana lebih mudah untuk saya terangkan.

Best wishes,
Nida @ madu-lebah-nida.blogspot.com