Thursday, February 13, 2014

*Post from FB: Pengalaman Seorang Ibu amal madu lebah 3 hari

Salam Jumaat yang penuh barakah,
Kira-kira 2 minggu lepas (masa CNY 2014), seorang ibu kepada 3 orang anak SMS saya. Dia berkisah tentang anak-anaknya yg mengalami simptom2 #asthma atau #lelah. Sejak bertahun-tahun, sudah dicuba pelbagai usaha, berhabis beribu RM untuk mencari penawar demi anak-anak. Memanglah, saya sendiri, sebagai ibu, faham perasaan seorang ibu yang lain tentang hal kesihatan anak-anak.

Akhirnya, dia dengar tentang penggunaan madu lebah sebagai penawar lelah dan terjumpa blog saya.

Duduknya tak jauh, tapi minggu ini (Isnin lepas) barulah saya kurierkan madu lebah #Tualang kepadanya.

Selasa sampai di tangannya. Cuak juga dia apabila madu lebah dihurung semut. Madu lebah memang dihurung semut, especially kalau madu lebah tu baru. Kalau yang dah lama atau madu dari sesetengah kawasan yang tinggi kandungan #sulfur sekitarnya memang tidak dihurung semut.

Si ibu mula memberi anak-anak dan dia sendiri minum bancuhan madu. Ada anak-anak yang mesti diberi 2 jenis pam sehari, 1 jenis untuk mengelakkan batuk dan 1 lagi mengembangkan salur-salur pernafasan (seperti nebulizer).

Saya cadangkan pemberian gas/pam seperti biasa, sebab madu bukan seperti ubat, saya ulang, MADU BUKAN SEPERTI UBAT yang kesannya serta merta (menghilangkan simptom), tetapi, madu bekerja memulihkan, dan caranya perlahan-lahan. (Kalau drastik, mungkin kita yang tak tahan, kan?)

Seperti biasa, bagi tujuan perubatan, penggunaan madu mesti lebih kerap, tetapi tambahan dosej/dosage bertambah secara beransur-ansur. (Kalau nak tau kenapa, pls refer my blog madu lebah ya.)

Hari ini, hari ketiga mereka anak-beranak mengamalkan minum bancuhan madu lebah. Alhamdulillah, menurut SMS drp si ibu mengatakan yang selepas minum madu hari ini, anaknya terbatuk dan keluar kahak hijau. Si ibu juga sama, tiba-tiba terbatuk dan juga berkahak hijau. Baru 3 hari. Kami sudah nampak sinar harapan ada perubahan positif untuk anak-anak dan ibu sendiri.

Sudah lebih 4 tahun ibu gigih ini mengusung anak ke hulu ke hilir (ini ayatnya sendiri) mencari ubat dan penawar untuk anak-anak. Kesihatan anak-anak ialah kebahagiaan ibubapa. Inilah sumber inspirasi saya meneruskan penjualan madu lebah.

Untuk mereka yang pernah berkata saya 'berniaga hanya nak untung', ayat anda sangatlah mengajar saya. Saya tidak cuba bahas dan debat dengan anda tentang ayat anda itu kerana saya pun memang tidak hairan untuk mengambil wang daripada anda (apabila anda beli madu lebah dengan saya). Bagi saya, perniagaan madu lebah ini saya jadikan cara untuk menyebar kebaikan dan membantu orang lain (supaya sihat) dan kini slowly membuka pintu rezeki untuk yang ingin menjadi ejen.

Mudah-mudahan saya dan supplier saya terus berupaya memberikan madu lebah asli kepada anda. Kami cuma menyediakan jalan, kebaikannya datang daripada Allah s.w.t, menunggu untuk anda sendiri mengambil kebaikannya. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

More info at my blog madu lebah: http://madu-lebah-nida.blogspot.com/ InsyaAllah

*Post from FB: Pengalaman membesarkan DearSon2(DS2)

aslmkm,
just a quick note to the page Madu Lebah Nida fan. (ada appointment dgn lawyer in 1 hour time)

First, tq for your likes. May Allah Grants you goodness and wellness.

2nd, saya baru saja share dengan seorang 'stranger' yang menemankan babynya di hospital tentang pengalaman saya membesarkan anak bongsu.

Si Bongsu saya sekarang berumur 2.5 tahun. Disebabkan saya nak bercerita tentang pengalaman membesarkannya, bagaimana khasiat madu kami rasai, saya kena la re-cap bagaimana keadaan kesihatan anak saya tu. Umur 2.5 tahun. Agak2 berapa kali dah anak tu demam? 5? 10? 15? (eh, macam sifir 5 atau kira 5 masa main nyorok2 kecik2 dulu pula yer...?)
So, dlm mencongak2 berapa kali DS2 (DS=DearSon2), saya rasa mcm kurang daripada 5, iaitu rasa macam 3 kali aje demam so far. yang paling lama (3 hari lebih kurang) was when he received his 1.5 years shot (immunisasi). Kalau tak silap saya, itulah kali pertama dia demam. Selepas 1.5 tahun, dia demam lagi 2 kali, dan alhamdulillah, sihat dlm masa 24 jam. Mesti anda tak percaya, kan? Saya pun rasa macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Si DS2 saya ni punya lah siksa nak makan ubat, ya Allah, seriously so siksa, (saya ada 3 orang anak lain yang kami 'test'kan okey...) dan DS2 ni, disebabkan jarang sgt makan ubat, so dia tak nak, tak nak, tak nak, makan PCM tu. dia akan muntahkan bila masuk tekak dia. (Alhamdulillah dia sihat selepas 24 hours. Phew...)

Saya bersyukur saya menemui kebaikan madu lebah asli. Saya ingin berkongsi dengan anda tentang khasiatnya. Tak perlu beli dgn saya, tapi belilah Tualang, madu tempatan. Sebab, penyakit kita dari kawasan sekitar kita (udara sekeliling, cuaca, dll), jadi ambillah penawarnya dari kws sekeliling kita juga. Segala hikmah dan kebaikan yang kami dapat hanyalah daripada Allah, dan kami pulangkan segalanya kepadaNya. Mudah2an terus-terusan begitu. Amin.

----------------
if we can make the world a better world, then let's.

016-9689 754