Sunday, July 8, 2012

* Jualan ulangtahun ketiga Blog Madu Lebah Nida

Selamat datang,

Pembaca yang dihormati dan dikasihi,

Alhamdulillah, dengan sokongan anda, blog ini masih terus gagah berdiri.

Tahun 2012, blog ini menginjak ulangtahun ketiga.

Nombor tiga ialah nombor yang sangat dekat di hati saya, kerana bagi saya, ini ialah my lucky number.  Bukanlah 'lucky' yang membuat saya percaya pada benda-benda mengarut,tapi mungkin kerana saya anak ketiga, dan nombor ini ialah nombor ganjil (setahu saya yang dangkal ilmu ini, Allah juga suka pada yang ganjil kerana Allah itu ganjil (1 atau Esa), dan, dan nombor 3 ialah nombor yang tak berapa  banyak' kalau dibandingkan dengan nombor ganjil yang lain (kurang drp 5, 7, dan sebagainya).  Apapun, yang paling penting, saya ingin anda semua rasa sesuatu yang 'best', bersempena ulangtahun ketiga blog ini.

Dengan itu, berikut ialah harga jualan murah ulangtahun 2012:

3 botol besar Madu Tualang/Royal Jelly

hanya

RM 125

dapatkan pek kuih Raya bernilai RM 6.90 dengan setiap 3 botol.
    SALE DARI 1 - 31 Ogos 2012
Jualan ulangtahun blog saya ialah untuk menyampaikan rasa terima kasih saya kepada anda atas sokongan anda kepada saya.  Siapalah penjual tanpa pembeli?  Siapalah penulis tanpa pembacanya?

Terima kasih atas sokongan anda selama ini.  Siapa tahu, esok lusa, saya bakal mengembangkan perniagaan saya dan menzahirkan jaringan jualan yang bukan semata-mata di alam maya sahaja.

Semuanya atas sokongan anda semua.  Alhamdulillah, terima kasih.  Moga anda terus beroleh kebaikan daripada mengamalkan madu dalam kehidupan anda sehari-hari.

Terima kasih!!!

Nida Madu Lebah
016-968 9754

* Kalimah Allah pada sarang lebah

 Assalamu'alaikum,

Saya cuma ingin sharekan di sini, kalimah-kalimah Allah yang pernah diperlihatkan melalui sarang lebah kepada kita.  Sumbernya saya tak pasti dari mana, tapi memang ini sesuatu yang biasa sebenarnya.

Sebagai umat Islam, kita tak perlu rasa ini baru menunjukkan kekuasaan Allah.  Kalau difikir-fikirkan, cubalah seorang manusia menciptakan secubit tanah pun.  Boleh ke?  Jangankan disuruh mencipta daun (yang boleh membuat makanan (melalui fotosintesis)), secubit tanah yang kita biasanya anggap jijik (jijik kerana, bila kita dah berpakaian elok-elok @ lepas basuh kereta bersih-bersih, kita tak mahu terpalit dengan tanah) pun belum tentu boleh dicipta oleh manusia.

Apapun, pasti kita boleh terus berasa terpegun dengan kekuasaan Allah yang boleh memperlihatkan kekuasaanNya di mana-mana. Dan, semestinya, tidak perlu timbul kata-kata yang menidakkan kesahihan gambar-gambar ini, seperti apa yang saya tulis di atas, kita tidak perlu pun memerlukan gambar-gambar seperti di bawah ini tentang kekuasaanNya. 

 Apapun, kekuasaan Allah juga dapat kita rasakan apabila kita telah sebati dengan mengamalkan minum madu lebah.  "mengamalkan" bermakna kerap membuat sesuatu, bukan perlu kepada simptom-simptom sakit baru mencari madu untuk di minum.  Saya dengan rasa syukur ingin mengajak anda beramai-ramai mengamalkan madu.  Amalkanlah, saya tidak rugi jika anda beli dengan orang lain.  Saya tidak kempen untuk anda beli Madu Lebah Nida.  Malahan saya rasa syukur jika dengan hasil tulisan saya, anda mula mengamalkan minum madu lebah.  Maksud hadis: Sampaikan dariku walau satu ayat.  Ini antara pegangan saya.

Jika anda sudah mengamalkan minum madu lebah, anda sendiri akan rasakan betapa nikmat dan hikmatnya madu ini untuk kehidupan seharian.  Tidak perlu kita melihat gambar-gambar kalimah Allah untuk membuatkan lidah menyebut 'Subhanallah', tapi kita akan selalu teringat sendiri untuk menyebutnya apabila kita telah beroleh nikmat dan hikmat madu lebah yang Allah s.w.t sarankan kita amalkan melalui wahyuNya kepada Junjugan Besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Saya seru kita ramai-ramai masuk ke Ramadhan dengan mula mengamalkan minum madu lebah. 

Jika ingin mengorder madu lebah Tualang daripada saya, anda boleh SMS saja kepada saya:

Nida Madu Lebah
016-968 9754 (SMS saja pun lebih baik)



* Salam Ramadhan

Assalamu'alaikum.

Masa bertatih pergi. Sedar tak sedar, bulan Ramadhan bakal kembali insyaAllah. Mudah-mudahan kita akan berjumpa dengan Ramadhan yang mulia.

Saya dah terbayang-bayang keseronokan berbuka puasa. Inilah masa untuk kita melatih anak-anak bersabar menahan lapar dan dahaga, bersyukur dengan yang ada. Jangan 'spoil'kan Ramadhan dengan membazir, sama ada dari segi makanan, pakaian, atau masa. Ramadhan bukan masa untuk melepaskan gian waktu berbuka, atau membazir tika nak beraya. Sedar-sedarkan dalam diri kita, kita bukan masuk ke Ramadhan untuk berjumpa Syawal semata-mata, tapi sebaliknya, kita hendak menemukan peluang untuk melabur dengan pulangan yang berganda-ganda. Mudah-mudahan kita akan beroleh Rahmah-Nya, Amin. 

Marilah kita mula melatih diri dengan amalan-amalan sunnah selepas melakukan yang wajib. Minum madu ialah salah satu sunnah yang disukai Nabi s.a.w, malahan telah tertulis di dalam al-Quran saranan mengamalkan madu. 

Marilah kita sama-sama terus mencantikkan buku amalan kita, masukkan sunnah minum madu sebagai salah satu penghiasnya. Mudah-mudahan kita semua beroleh keuntungan di dunia dan di akhirat, amin. Salam Ramadhan.