Tuesday, January 10, 2012

* Fanpage Madu Lebah Nida di facebook

Salam mesra,

Fanpage Madu Lebah Nida di facebook.  Klik sini untuk ke fanpage.  Sila klik 'Like' untuk follow.

Anda boleh follow untuk mengetahui berita terbaru, insyaAllah.  Terima kasih.


Nida Madu Lebah
016-968 9754

* Nebulizer, Madu dan Anak-anak

Salam mesra,

Cuma sedikit coretan berdasarkan pengalaman di klinik.

Baru-baru ini, saya ke klinik untuk mendapatkan suntikan pelalian untuk ahli keluarga saya.  Di bilik sebelah rawatan yang kami gunakan terdapat sebuah lagi bilik rawatan.  Di bilik itu terdapat alat 'nebulizer' yang biasa digunakan untuk mencairkan kahak.

Pada waktu kami berjumpa doktor, sebuah keluarga berada di bilik rawatan yang menempatkan nebulizer itu kerana anak mereka terpaksa menggunakan nebulizer.  Si anak menangis-nangis kerana dipakaikan nebulizer, mungkin kerana rasa tidak selesa dan dipaksa menggunakan nebulizer itu.

Secara peribadi, saya tidak 'against' nebulizer.  Saya tidak percaya kata-kata yang kalau sekali guna nebulizer, nanti selalu kena nebulizer.  Setahu saya, menggunakan nebulizer adalah perlu kalau sampai masa si anak sudah 'wheezing'.  Wheezing ialah apabila ada bunyi siulan daripada dalam paru-paru ketika anak bernafas kerana pada masa ini, paru-paru sudah terlalu banyak lendir atau kahak.  Nebulizer akan memasukkan ubat dalam bentuk gas yang disedut masuk ke dalam paru-paru untuk mencairkan kahak, dan kahak ini akan dapat keluar daripada paru-paru ke dalam sistem perkumuhan, seterusnya boleh dibuang melalui najis dan lain-lain.

Walaupun saya tiada apa 'against' nebulizer, saya merasa kasihan apabila kanak-kanak ini menangis dan meronta-ronta apabila dipaksa memakai nebulizer.  Ini bercakap tentang kes ringan yang memerlukan ibubapa ke klinik dan memakaikan anak-anak mereka nebulizer.  Ada pula kes-kes yang memerlukan si anak masuk hospital ('warded') disebabkan kes-kes seperti-asma/lelah, kadangkala ibubapa perlu ke klinik pada pukul 2, 3 pagi untuk mendapatkan nebulizer.  Banyak masa, wang, tenaga dan kepayahan yang mesti diperuntukkan untuk ini. 

Kira-kira 8 tahun lalu, sewaktu anak saya yang sulung masih kecil , saya juga menghadapi masalah anak batuk dan selsema hingga kami ke klinik yang agak jauh setiap malam untuk mengambil nebulizer.  Pada masa itu, kami masih muda dan kurang pengalaman menjaga anak-anak, dan baru pindah ke perumahan baru, jadi, kami tidak tahu di mana klinik yang elok, dan apa yang sebaiknya dilakukan jika anak batuk dan selsema.  Ada masa-masanya, anak sulung kami dimasukkan pula ke hospital disebabkan batuk dan selsema yang berpanjangan, hinggalah kami kenal doktor pakar mana yang bagus sebagai 'chest physician' (doktor berkaitan dada/paru-paru).  Pada masa itu saya mula belajar apa itu bronkiolitis, bronkitis, asma/lelah, wheezing, dan lain-lain.

Anak-anak kecil yang berumur kurang 2 tahun biasanya hanya menghidap bronkiolitis.  Ibubapa akan mendapati anak mereka selsema, dan inilah yang mungkin dikatakan bronkiolitis, iaitu virus menyerang dan membuat adanya lendir pada bronkiol anak (laluan udara dalam paru-paru yang paling kecil ialah bronkiol). Jika dibiarkan, dalam masa kurang 1 minggu, anak boleh mula kedengaran bersiul apabila mereka bernafas.  Jika anda sudah ada pengalaman, anda boleh dengar jika lekapkan telinga ke dada anak, atau lebih baik jika anda boleh dapatkan stetoskop dan dengar di dada anak.

Bronkiolitis ini mesti dirawat segera supaya tidak melarat dan akhirnya boleh mengakibatkan anak menghidap lelah/asthma/asma.  Seseorang itu hanya diklasifikasikan sebagai pesakit lelah jika mereka sudah berumur lebih 7 tahun dan masih ada simptom-simptom lelah.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang bayi yang berusia kurang 1 tahun mendapat bronkiolitis ialah:

  • berusia kurang 6 bulan
  • tidak menyusu badan
  • tinggal di dalam persekitaran yang sesak
  • berada di persekitaran yang ada asap rokok
  • kelahiran pra-matang (lahir sebelum usia kandungan mencapai 37 minggu)
Setakat ini saya sudah mempunyai dua orang anak yang lahir pra-matang, iaitu lahir pada minggu ke-33.  Anak ketiga ialah anak yang menyebabkan saya mula mengamalkan madu setiap hari, kerana disebabkan dia selalu selsema (bronkiolitis)(walaupun dia menyusu badan sepenuhnya), saya beri dia minum madu (selepas dia berumur setahun) dan saya sendiri juga mengamalkannya, dan hasilnya alhamdulillah. 

Untuk anak yg keempat (juga lahir pra-matang), saya teruskan minum madu dan alhamdulillah setakat ini, saya gembira kerana sehingga hampir 6 bulan usia anak (dan  musim hujan yang berpanjangan baru-baru ini), dia belum pernah diserang selsema.

Semua ibubapa ingin memberi yang terbaik pada anak-anak mereka.  Dan kita seboleh-bolehnya mahu mereka sentiasa senang, sihat dan gembira.  Sebagai ibubapa, kita tidak mahu anak-anak dimasukkan ke hospital, dipaksa mengambil nebulizer, makan ubat, muntah kerana sakit, susah tidur kerana tidak dapat bernafas, dan macam-macam lagi.

Saya kongsikan pengalaman saya mengamalkan madu demi anak-anak di sini kerana saya kasihan dengan anak-anak yang menangis-nangis di klinik.  Tangisan mereka membuat saya sebagai seorang ibu juga rasa sakit walaupun mereka bukan anak-anak saya.  Saya harap anda amalkan madu setiap hari, cuma secamca kecil sudah mencukupi.  Khasiatnya bukan setakat mengelakkan nebulizer, tapi bermacam-macam lagi.  Madu sudah disarankan dalam al-Quran untuk kita mengamalkannya, yang tinggal hanya untuk kita menerima saranan itu dan menuai kebaikannya selepas kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya, cara madu itu bekerja untuk kebaikan dan kesihatan manusia sangatlah ajaib.  Mengapa tidak?  Allah swt sendiri yang telah menyarankan kita mengamalkan madu.

Nida Madu Lebah
016-968 9754

Monday, January 9, 2012

* Madu dan bayi

Saya baru saja melahirkan anak keempat pada Julai 2011.

Saya menyusukan anak dan pada masa yang sama mengamalkan minum madu setiap pagi.
Pengalaman terbaru tentang madu bagi saya ialah adakalanya apabila anak sendawa, dia tidak muak susu seperti kebiasaan bayi muak susu, sebaliknya dia mengeluarkan cecair berbentuk lendir bercampur sedikit susu.  Pada mulanya saya tidak ambil perhatian, tetapi selepas beberapa kali terjadi, saya rasakan ini ialah cara lendir dibuang daripada bayi hasil pengambilan madu yang sampai ke bayi melalui air susu ibu.

Untuk pengetahuan anda, bayi yang berumur kurang 6 bulan TIDAK perlu diberi apa-apa selain air susu ibu.  Tidak perlu air glukos, air kosong atau apa-apa saja.  Mereka hanya perlu diberi air susu ibu.  Tetapi, kebaikan sesuatu bahan dapat disampaikan kepada bayi melalui pengambilan bahan itu oleh si ibu dan si ibu menyusukan anaknya.

Saya sangat gembira kerana dapat membantu bayi saya membuang lendir daripada dalam badannya, kerana lendir inilah yang boleh membawa kemudaratan kepada bayi saya. 

Klik sini untuk pengalaman mengamalkan madu lebah saya yang lain.

* Selamat Kembali ke Sekolah tahun 2012

Salam mesra,

Hari ini masuk minggu kedua persekolahan tahun 2012.

Alhamdulillah, semuanya sudah beransur 'settle down'.  Mudah-mudahan semuanya terus dipermudahkan dan anak-anak kita terus gigih berusaha mencari ilmu di kelas-kelas di sekolah, dan moga-moga mereka berjaya dengan cemerlang, seterusnya kecemerlangan ini terpamer pada kertas-kertas keputusan peperiksaan.

Saya pernah ditanya tentang madu lebah, jika boleh membantu supaya anak-anak lebih mudah memberi tumpuan ketika belajar.  Sepatutnya memang boleh kerana daripada Ibnu Sina, beliau pernah mengatakan bahawa madu itu ialah makanan otak, cuma tiada kajian saintifik yang dapat saya ketengahkan buat sementara waktu ini.

Apapun, di sini, saya ingin kongsikan sedikit daripada hasil peperiksaan sekolah anak saya di sekolah rendah.  Untuk pengetahuan anda, anak saya diberi minum sesudu madu Tualang yang dibancuh setiap pagi, tidak kira hari sekolah atau cuti.  Dan, berkat doa dan usaha kami, alhamdulillah, keputusannya ialah kedudukan pertama dalam kelas, kedudukan kedua dalam aliran dan pelajar terbaik matapelajaran BM 2Anak saya tidak mengikuti mana-mana tuisyen atau mana-mana kaedah khusus pembelajaran online/internet, cuma menggunakan buku latihan yang saya beli di kedai-kedai buku.

Saya sorok nama anak untuk 'remain anonymous'.

Tempat pertama dalam kelas dan murid terbaik mata pelajaran BM 2

Markah 100% BM 1

Markah 100% untuk BM 2

Markah 99% untuk Matematik (1 & 2). (Markah 100% untuk Matematik 1)


Markah 97% untuk Sains


Markah 100% untuk Pendidikan Islam

Markah 95% untuk BI


Markah 96% untuk Bahasa Arab (ujian bertulis)
Jika anda tertanya-tanya mengapa anak saya tidak dapat hadiah mata pelajaran terbaik sedangkan dia mendapat markah 100% untuk sesetengah mata pelajaran lain, ini ialah kerana jika ramai yang mendapat markah 100%, maka markah untuk ujian PKSR juga diambil kira, sehingga hanya ada seorang pelajar saja yang akan dapat markah tertinggi.

Minum madu setiap hari TIDAK menjamin anak anda dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, tetapi madu memang sepatutnya membantu otak dan minda.  Yang pasti, usaha mesti ada selepas mengamalkan madu, mudah-mudahan usaha itu berhasil, insyaAllah.

Ikhlas,
Nida Madu Lebah
016-968 9754

Sunday, January 8, 2012

* Madu Lebah: Ubat terkena haba panas

Salam mesra buat pengunjung.

Saya seorang yang suka menghabiskan masa di dapur.  Bila dah di dapur, pastinya bermain api dan haba.  Tak dapat tidak, sesekali terkena bahana bermain api, kulit disinggahi air panas, percikan minyak panas, dan kadangkala, terkena wap panas air yang mendidih.

Selepas mengetahui khasiat madu boleh dijadikan ubat apabila terkena panas, saya memang pengguna setia madu jika terkena haba panas.

Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar rentetan terkena panas pada ibu jari kiri tangan.


4 Jan 2011 - Selepas terkena wap panas pada ibu jari kiri, saya letakkan madu dan biarkan seketika kemudian basuh.


5 Jan 2011 - Sehari selepas terkena wap panas, tiada perubahan

11 Jan 2011 - Kulit mula mengelupas


11 Jan 2011 - Gambar kulit mengelupas lebih jelas

13 Jan 2011 - Kulit terus mengelupas dan saya buang kulit yang mati.  TIADA RASA SAKIT langsung, sebaliknya rasa suka kopek kulit yang mati tu..


9 Jan 2012 - Tiada kesan terkena benda panas
Sebenarnya, selepas kulit mengelupas dan kulit mati itu saya buang, kulit terus jadi elok tetapi saya bertangguh-tangguh untuk memasukkan entri ini.  Tapi hari ini, pada tahun baru 2012 ini, saya ambil gambar terbaru jari saya dan letakkan di sini.  Tiada kesan terbakar atau terkena panas yang biasanya akan kelihatan selepas terkena benda panas.  Memang beginilah hasilnya jika anda gunakan madu asli apabila terkena benda panas, InsyaAllah.

Jadi, apabila anda terkena benda panas, cepat-cepat dapatkan madu asli dan sapukan pada tempat yang terkena panas.  Madu lebah untuk SEMUAnya.


Ikhlas,
Nida Madu Lebah
016-968 9754