Wednesday, December 23, 2009

* Madu dalam Tupperware


Madu dalam Tupperware


Jag air ini bernama Fridge Door Pitcher, jenama Tupperware yang terkenal dengan barangan berkualiti tinggi.

Harga runcitnya ialah RM34.80.
Jika anda beli madu dalam Fridge Door Pitcher ini, saya akan turunkan harganya kepada RM30 untuk jag ini.

Senarai harga Madu (berat 1kg) di dalam Fridge Door Pitcher:

Madu Tualang RM 75
Madu Bela/Biasa RM 60
Royal Jelly RM 75

Monday, November 16, 2009

Soalan Lazim tentang Madu. (FAQ/Frequently asked questions)

Soalan 1: Mengapa anda perlu mengamalkan minum madu?

Jawapan 1: Madu telah diiktiraf di seluruh dunia mengandungi pelbagai khasiat.

Bagi ummat Islam, di dalam kita al-Quran, dalam surah an-Nahl telah disebut, maksudnya,

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka,serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan)bagi orang-orang yang mahu berfikir." Surah An-Nahl, Ayat 68-69

Saya sendiri telah mengamalkan minum madu lebah Tualang setiap hari, dan dalam kurang setahun, memang saya sudah rasai kebaikannya. Jika saya berhenti minum untuk beberapa hari, badan akan terasa cepat letih, maklum saja, (pada masa itu) saya seorang ibu kepada 3 orang anak, bekerja sepenuh masa, memandu dalam kesesakan lalu-lintas, dan melakukan kerja-kerja rumah selepas pulang ke rumah. Untuk baca lebih lagi berkenaan pengalaman saya mengamalkan minum air madu lebah, sila klik Pengalaman Mengamalkan Minum Madu Tualang

Terlalu banyak khasiatnya, dan memang terlalu ajaib cara madu bertindak sebagai ubat dan penawar. Sudah pasti, kerana madu ialah salah satu kejadian Allah swt untuk ummat manusia, dan pastinya, kejadian-kejadian Allah swt memang ajaib jika kita mahu memikirkannya.

-------------------------------------

Soalan 2: Nida menjual madu Tualang, Royal Jelly, madu Kelulut dan madu lebah pelihara. Madu apakah yang terbaik untuk saya?

Jawapan 2: Secara amnya, madu yang terbaik untuk anda ialah madu asli Tualang. Madu Tualang mempunyai khasiat yang tinggi berbanding madu lebah pelihara.

Semua peringkat umur manusia sesuai mengamalkan madu Tualang, cuma, mungkin kuantiti pengambilan perlu disesuaikan dengan peringat usia.  Selain itu, perlu diingat, cara kita hidup perlu bersederhana dan bukan berlebih-lebihan kerana berlebih-lebihan biasanya hanya membawa kemudaratan.

Royal Jelly lebih sesuai untuk kaum wanita kerana di dalamnya ada kandungan yang menyamai hormon-hormon wanita.

Ada sesetengah orang yang lebih suka rasa Royal Jelly atau madu Kelulut berbanding Tualang.  Ini terpulang kepada individu.

Madu lebah pelihara pula lebih sesuai untuk tujuan masakan.  Ini kerana, kebanyakan khasiat madu lebah mati jika terkena suhu yang tinggi, jadi kita gunakan madu lebah pelihara yang lebih murah dan kurang khasiat untuk tujuan ini.  Rasanya juga berbeza dengan madu Tualang/Kelulut, jadi, masakan tidak berubah rasa disebabkan rasa madu.
-------------------------------------

Soalan 3: Bagaimana cara penggunaan madu?

Jawapan 3: Amalan minum air madu seeloknya dilakukan sekali setiap hari.
Menurut salah satu buku rujukan mengenai madu lebah yang saya ada, sebaik-baiknya anda minum madu selepas perut anda tidak menerima apa-apa makanan atau minuman selama 8 jam.  Jadi, waktu pagi selepas bangun tidur ialah waktu terbaik untuk minum air madu.  Menurut buku itu lagi, selepas minum air madu, jangan makan minum apa-apa hingga selepas 2 jam.
(Penulis buku itu ialah seorang doktor perubatan moden yang belajar di Mesir dan sangat berminat dengan penggunaan madu sebagai ubat dan penawar.)

Madu boleh digunakan untuk pelbagai faedah lain:
. boleh dijadikan masker kulit setelah dicampurkan dengan serbuk badam
. ubat luka yang bagus (luka cepat sembuh)
. pelembap bibir
. ubat jerawat dan bisul
. sapukan pada kulit jika terkena benda panas
. campurkan dalam masakan
. sebagai penambah rasa pada makanan
. titikkan pada mata jika sakit mata, dan lain-lain lagi.

Madu juga boleh digunakan dengan tujuan perubatan. Untuk senarai penggunaan, sila klik pada Siri Penggunaan Madu Lebah untuk Merawat Penyakit - sumber : Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah dan  Resepi penggunaan madu.

Air madu ialah minuman kesukaan Rasulullah saw, jadi, jika anda niatkan anda mengikuti Sunnah Baginda, InsyaAllah, ada ganjarannya.

-------------------------------------

Soalan 4: Berapakah sukatan jika saya ingin mengamalkannya setiap hari?

Jawapan 4: Sukatan yang saya cadangkan untuk diamalkan setiap hari ialah:

Untuk dewasa: 1 sudu besar dibancuh dengan kira-kira setengah cawan air suam.

Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas: 1 sudu teh dibancuh dengan sedikit air suam.

Untuk bayi sebelum berumur 1 tahun: beberapa titik madu dibancuh dengan sedikit air suam.
Dapatkan juga nasihat doktor untuk penggunaan bagi bayi setahun ke bawah.

Bagi sesetengah orang, mereka berasa panas selepas minum madu setiap hari. Apa yang anda boleh lakukan ialah kurangkan dosnya, tapi amalkan setiap hari.
Bagi penggunaan sebagai ubat atau penawar, ada dos-dos tertentu yang perlu di amalkan untuk kesan yang diharapkan.  Secara amnya, jika digunakan sebagai ubat atau penawar, perlu minum 3 kali sehari, dan dosnya mungkin 1 hingga 2 sudu besar setiap kali.


-------------------------------------

Soalan 5: Adakah pantang larang madu?

Jawapan 5: Ya, ada. Antaranya, jangan ambil berlebihan, dan jangan makan bersama tembikai. Jika anda mahu makan tembikai, selangkan 4 jam waktu makan tembikai/minum madu.
 Jika anda ingin beri kepada bayi berumur 1 tahun ke bawah, memadai beberapa titik madu yang dicairkan dgn air.
Selain itu, ada juga yang mengatakan jangan amalkan madu sekaligus dengan halia/air halia.  Mungkin dibimbangi anda akan berasa terlalu panas.

-------------------------------------

Soalan 6: Benarkah madu asli tidak dihurung semut?

Jawapan 6: Anggapan bahawa madu asli tidak dihurung adalah salah. Sudah adat dunia, semut suka benda yang manis. Bagaimanapun, adakalanya, memang semut tidak mahu menghurung madu. Ini ialah jika madu itu mempunyai kandungan sulfur (atau belerang) yang tinggi, semut tidak suka menghurungnya. Kandungan sulfur ini akan ada dalam madu jika tempat madu itu diambil mempunyai kandungan sulfur yang tinggi, jadi bunga-bunga kawasan itu juga mengandungi kandungan sulfur yang tinggi, seterusnya sulfur ini akan ada dalam madu yang dihasilkan oleh lebah.


-------------------------------------

Soalan 7: Madu yang anda jual terlalu murah dibandingkan dengan penjual-penjual lain. Mungkinkah kerana madu anda madu tidak asli/palsu?

Jawapan 7: Jika anda bandingkan harga saya dengan harga peniaga lain, memang saya menjual jauh lebih rendah. Untuk waktu ini, saya belum perlu jual mahal-mahal. Bagaimanapun, tidak bermakna saya menjual madu tidak asli atau palsu. Jika difikirkan, jika niat saya buruk atau ingin menipu dengan menjual madu palsu, bukankah lebih baik saya menjual pada harga RM 60 sebotol besar, kerana harga ini lebih mahal daripada harga sekarang tetapi lebih murah daripada harga yang peniaga lain tawarkan?  Alang-alang menipu, biar untung besar terus, kan?  Kerana kalau saya jual madu palsu, pastinya tiada repeat customer, jadi perlu ambil untung besar sekaligus.  Betul, kan?

Buat masa ini, niat saya berniaga adalah ikhlas. Untuk berkongsi khasiat madu melalui tawaran harga madu yang boleh dianggap murah. Harga sebotol, jika kita hendak sesuaikan dengan khasiat madu, mungkin boleh saya katakan RM200 untuk sebotol besar, sebenarnya. Kerana, berdasarkan pengalaman saya mengamalkan madu, ia dapat membantu saya melawan dan mengelakkan penyakit, Alhamdulillah dan InsyaAllah berterusan begini.

-------------------------------------

Soalan 8: Jika saya ambil madu, mungkinkah ada kesan sampingan atau 'side effect'?

Jawapan 8: Jika anda ambil secara berlebihan, anda akan selalu berpeluh-peluh dan rasa kepanasan. Jika anda mempunyai sesuatu penyakit, contohnya sakit kulit/resdung, mungkin akan ada 'healing crisis' jika ambil madu. Healing crisis ialah keadaan di mana pesakit merasa penyakit mereka makin teruk apabila mengambil sesuatu ubat. Bagaimanapun, saya belum pernah mendengar pelanggan saya yang melalui healing crisis ini. Mungkin madu yang dimaksudkan ialah penawar-penawar alternatif lain yang telah dicampur dengan madu.

-------------------------------------

Soalan 9: Berapakah harga penghantaran dengan kurier?

Jawapan 9: Untuk sekarang, caj penghantaran melalui kurier adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia:
1 botol (1 kg) : RM 18  (*Kurier caj : RM 15, **harga botol : RM 3)

2 botol (2 kg) : RM 20  (*Kurier caj : RM 15, **harga botol: RM 5 (setiap botol kedua dan seterusnya saya subsidi RM 1 setiap sebotol)

* Saya tidak mengenakan caj untuk saya pergi ke pejabat kurier
** Saya tidak mengenakan caj untuk saya ke kedai menjual botol

Penghantaran hanya dalam Semenanjung Malaysia kerana cecair lebih 100 ml tidak dibenarkan dibawa melalui pesawat.
Penghantaran dengan kurier menggunakan botol plastik (tumbler jenama 'Elianware') yang anda boleh guna semula.  Tumbler ini menggunakan penutup jenis pusing (screw) kerana madu boleh menendang penutup botol jika penutup jenis tekan.  Penghantaran menggunakan botol kaca agak membahayakan kerana boleh pecah waktu penghantaran.

-------------------------------------

Soalan 10: Selamatkan penghantaran melalui kurier?

Jawapan 10: Ya, setakat ini, Alhamdulillah selamat dan akan berterusan begini, InsyaAllah.

-------------------------------------

Soalan 11: Excuse me, tapi bukan ke madu lebih dikaitkan dengan lelaki, kerana baik untuk tenga batin?

Jawapan 11: Anggapan madu lebah hanya baik untuk lelaki untuk sebab-sebab itu adalah sangat-sangat salah. Madu lebah baik untuk SEMUA (seperti tagline blog ini), termasuk bukan manusia, iaitu madu lebah baik juga untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Percayalah, apa yang saya kongsikan dalam pengalaman saya bukan semata-mata untuk tujuan perniagaan tapi, lahir dari keikhlasan saya untuk berkongsi tentang khasiat madu lebah.

Antara khasiat yang paling best untuk wanita, mungkin ialah kerana madu lebah dapat membantu anda awet muda. Bila sudah dipanjat usia, kita semua suka jika orang kata kita nampak muda. Ada pula antara kita yang merungut dipanggil makcik, sedangkan umur masih kira muda. Mungkin madu lebah dapat membantu anda kelihatan lebih muda? InsyaAllah, memang boleh.

Dan, selain itu, amat mengejutkan, kerana walaupun madu lebah ini manis, madu dapat membantu anda kurus. Ada caranya. Untuk caranya, sila klik Resepi Cara Penggunaan Madu.

-------------------------------------

Soalan 12: Katakan kita guna madu sebagai ubat mata. Apa kebaikan madu lebah berbanding ubat mata yang lain? Masih perlu titikkan dalam mata, betul tak?

Jawapan 12: Madu lebah baik sebagai ubat mata kerana madu lebah mengandungi khasiat antibiotik. Madu lebah adalah lebih baik daripada ubat mata kerana:

1. Jika anda sakit mata, anda tak perlu pergi ke klinik, kerana madu lebah sudah tersimpan di rumah sebagai supplement/penawar lain.

2. Jika anda TIDAK sakit mata, madu lebah tidak perlu jadi ubat sakit mata, jadi madu lebah boleh digunakan sebagai ubat/penawar penyakit lain atau sebagai supplement sahaja.

3. Jika anda sakit mata, anda boleh mengulang letak madu lebah seberapa kerap yang anda suka, kerana ini bukan seperti ubat-ubat moden yang lain.

4. Sebenarnya, mengikut pengalaman saya, madu lebah adalah lebih baik berbanding ubat sakit mata moden kerana mata lebih cepat baik.

5. Ubat mata jenis titik yang telah digunakan tidak boleh disimpan dengan niat untuk digunakan pada lain masa kerana hujung botol tempat titisan ubat keluar mungkin telah tercemar dengan kuman. Sedangkan sebotol madu lebah tidak tercemar dengan kuman sakit mata dan boleh terus-menerus digunakan untuk kegunaan lain.

-------------------------------------

Soalan 13: Jika saya demam, bolehkah saya terus mengamalkan madu? Sedangkan bila saya demam, suhu badan naik dan badan jadi panas, dan kita semua tahu, madu juga memanaskan badan.

Jawapan 13: Ya, jika anda demam, anda masih terus boleh mengamalkan madu. Kami telah bertanya pada doktor General Practitioner (GP) yang kami biasa jumpa, tentang anak kami yang demam, sama ada boleh atau tidak dia terus minum madu. Jawapan daripada doktor, jika memang sudah biasa mengamalkan madu, boleh teruskan.

-------------------------------------

Soalan 14: Bolehkah madu asli membuatkan telur masak?

Jawapan 14: Madu bersifat 'menyerap air' atau 'hygroscopic', jadi madu menyerap air yang ada pada telur kuning, lalu mengentalkan telur kuning dan nampaklah telur kuning seperti 'masak'.


-------------------------------------

Soalan 15:

Jawapan 15:

Thursday, November 5, 2009

* Pengalaman blogger sendiri mengamalkan madu Tualang setiap hari

~ Satu sudu setiap hari ~

Salam,
Saya telah selalu berkongsi pengalaman saya mengamalkan madu Tualang setiap hari di forum-forum internet dan juga berkongsi secara 'live'.

Kini saya rasa ada baiknya saya berkongsi di blog ini supaya tak perlu lagi saya menaip berkali-kali.

Saya mula mengamalkan semula madu selepas anak bongsu mencapai umur setahun (Januari 2009)(Sebelum itu, saya amalkan tapi terhenti-henti).

Anak bongsu saya lahir pada bulan Januari 2008 sebagai bayi pra-matang (premature baby)(minggu ke-33 saya mengandungkannya) dan saya mendapati paru-parunya sedikit alah. Walaupun dia menyusu badan penuh sehingga berumur 1 setengah tahun lebih,(walaupun saya bekerja, saya masih boleh menyusu-badankannya,) saya dapati dia masih senang alah, dan akibatnya, dia selalu selsema dan batuk. (Bayi yang menyusu badan sepatutnya mempunyai paru-paru yang lebih kuat, dan kuat daya tahan penyakit.)

Seperti sesetengah bayi, si kecil ini tidak suka makan ubat. Dan saya pula jenis ibu yang cuba untuk tidak memaksa anak.

Disebabkan kerisauan tentang kesihatannya, ditambah wabak H1N1/selsema babi/swine flu, saya memang dapat kekuatan untuk mengamalkan minum madu untuk anak kecil saya. Dan apabila membancuh untuk anak saya, saya juga bancuhkan terus untuk kami sekeluarga.

Hasilnya, memang saya dapat amalkan setiap hari selama lebih 6 bulan berturut-turut. (6 bulan kerana selepas 6 bulan, tibalah bulan Ramadhan, dan disebabkan kekangan masa untuk kita makan-minum, sukar untuk saya terus mengamalkan madu.)

Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya tentang amalan minum madu.
Sebelum itu, saya ingin anda tahu, bahawa lebih lama anda mengamalkan madu, lebih banyak khasiat yang anda akan rasa. Saya pecahkan pengalaman ini kepada pengalaman jangka masa pendek/short term experience dan pengalaman jangka masa panjang/long term experience.

Jangka masa pendek ialah kurang 6 bulan, sementara jangka masa panjang ialah lebih 6 bulan (sebenarnya mungkin kurang, tapi saya cuma sedar selepas 6 bulan mengamalkan minum madu).

Tambahan pengalaman pada 10 Jan 2012:
Saya baru saja melahirkan anak keempat pada Julai 2011.
Saya menyusukan anak dan pada masa yang sama mengamalkan minum madu setiap pagi.
Pengalaman terbaru tentang madu bagi saya ialah adakalanya apabila anak sendawa, dia tidak muak susu seperti kebiasaan bayi muak susu, sebaliknya dia mengeluarkan cecair berbentuk lendir bercampur sedikit susu.  Pada mulanya saya tidak ambil perhatian, tetapi selepas beberapa kali terjadi, saya rasakan ini ialah cara lendir dibuang daripada bayi hasil pengambilan madu yang sampai ke bayi dari air susu ibu.

Untuk pengetahuan anda, bayi yang berumur kurang 6 bulan TIDAK perlu diberi apa-apa selain air susu ibu.  Tidak perlu air glukos, air kosong atau apa-apa saja.  Mereka hanya perlu diberi air susu ibu.  Tetapi, kebaikan sesuatu bahan dapat disampaikan kepada bayi melalui pengambilan bahan itu oleh si ibu dan si ibu menyusukan anaknya.

Saya sangat gembira kerana dapat membantu bayi saya membuang lendir daripada dalam badannya, kerana lendir inilah yang boleh membawa kemudaratan kepada bayi saya. 

*************************************************************************************

** Pengalaman Jangka Masa Pendek

1. Sebagai gantian multi-vitamin. Sebelum mengamalkan madu, saya mengambil multivitamin daripada Amway (Nutrilite). (Saya mengambil Nutrilite kira-kira 6 tahun lepas.) Selepas menukar amalan mengambil Nutrilite kepada minum air madu, saya dapati hasilnya sama, iaitu tidak terlalu penat selepas seharian bekerja.

2. Untuk anak-anak, juga boleh jadikan sebagai multivitamin dan pembuka selera makan.

3. Untuk anak-anak dan orang dewasa, apabila selsema dan/atau batuk, cepat sembuh. Untuk anak bongsu saya, ada kalanya dia batuk dan kami tidak langsung memberi dia ubat batuk/selsema. Alhamdulillah, tidak melarat, malahan cepat sembuh berbanding beri ubat selsema/batuk. (Rekod anak bongsu saya untuk selsema ialah 3 hari saja, dan sembuh.) InsyaAllah terus-terusan begini.

4. Lendir di tekak/kerongkong hilang dan tekak rasa bersih.

5. Gigi dan mulut juga rasa bersih. Sisa makanan mudah keluar daripada celah-celah gigi.

6. Tahap kesihatan meningkat dan jarang sakit.

7. Banyak buang angin.

8. Lawas buang air besar.

9. Kadar metabolisma meningkat.

10. Sebagai pelembap bibir yang sangat berkesan.

11. Ubat luka-luka kecil.

12. Ubat mulut pecah/blister/ulser dalam mulut.


*************************************************************************************

** Pengalaman Jangka Masa Panjang
(Selepas lebih 6 bulan mengamalkan)
Nota: Ini ialah pengalaman saya sendiri.

1. Selepas lebih 6 bulan mengamalkan madu, saya dapati, jika saya sakit tekak (pada awal peringkat jangkitan), saya akan batuk dan mengeluarkan benda-benda kotor sewaktu menggosok gigi. Pada awalnya, saya tidak sedar akan hal ini, tapi selepas beberapa kali terjadi, baru saya sedar bahawa apa yang keluar sebenarnya benda kotor dan bukan sisa sarang/honey comb dalam madu lebah.

2. Jika termakan makanan yang sudah kurang elok/hampir basi, pengalaman saya ialah saya akan termuntah makanan yang tidak elok ini. Pengalaman ini ialah saya termakan sayur bendi yang sudah kurang elok selepas terlepas waktu sahur. (Waktu itu bulan Ramadhan lepas dan saya uzur, jadi saya makan sayur itu selepas beberapa lama.) Selepas kira-kira 3 suapan sayur bendi, saya was-was tahap kualitinya, jadi saya berhenti makan bendi, sebaliknya terus makan nasi dan lauk lain. Selepas siap makan, dalam masa kira-kira 10 minit, saya termuntah. Dan yang keluar cumalah sayur bendi yang saya telah makan tadi. Nasi dan lauk lain tidak keluar. Inilah kali pertama saya sedar apa yang terjadi sebenarnya. (Sebelum ini, saya juga pernah termuntahkan makanan seperti itu, tapi saya tidak tahu kenapa.) Daripada insiden ini, barulah saya faham bagaimana antara cara madu dapat jadi penawar. Kadangkala, madu jadi penawar dengan cara mengeluarkan semula makanan yang tidak elok untuk kita. Subhanallah.

3. Ada masa-masanya, akan keluar benda kotor yang berbau busuk daripada saluran hidung/kerongkong saya. Apabila benda ini mahu keluar, memang saya dapat rasakan ada sesuatu akan keluar. Dan ia akan keluar melalui mulut. Kita cuma akan rasa seperti ada sesuatu dalam air liur yang ingin ditelan tapi sebaliknya saya akan ludahkan kerana ada bendasing. Boleh dikatanya rasanya cumalah seperti kita mempunyai sisa makanan yang tersekat di kerongkong dan kita ingin keluarkan. Bagi saya, cumalah seketul kecil (kadangkala seperti saiz separuh sebiji beras), dan benda ini berbau busuk. Selepas ia keluar, ada rasa lega di tekak. Saya bukanlah orang yang yang mempunyai asma/lelah/sensitif/resdung. Secara amnya, saya tiada masalah alergi langsung, cuma saya akan selalu bersin jika berhabuk. Tetapi saya mengalami proses pembersihan hidung/kerongkong ini. Bayangkan apa yang anda akan rasa jika anda mempunyai lelah/asma/resdung.


Sekadar berkongsi pengalaman,
Nid@ Madu Lebah

* Pantang-larang madu lebah

Salam kasih untuk pengunjung blog,

Ada sedikit pantang-larang jika anda minum madu.

*********************************
  1. Jangan minum terlalu banyak madu pada suatu masa, bimbang terlalu panas untuk badan anda, terutamanya jika anda minum madu Tualang.  Sebaik-baiknya ialah amalkan sedikit setiap hari, kerana seperti biasa, yang terbaik ialah bersederhana dalam Islam.
  2. Jangan minum madu bersama tembikai.  Jika anda mahu ambil kedua-duanya, pastikan anda selangkan masa makan/minum salah satu itu selama 4 jam.
  3. Untuk memelihara khasiat madu lebah, jangan simpan di dalam peti ais/freezer, kecuali anda ingin menguji keaslian madu lebah. Jika bertujuan untuk menguji keaslian, memadailah jika anda mengambil sedikit sampel untuk diuji.(Untuk cara-cara menguji keaslian madu lebah, sila klik sini.)
  4. Gunakan sudu bukan-logam/besi untuk mengambil/membancuh madu. Ini juga untuk memelihara khasiatnya. Bagaimanapun, jika anda menggunakan sudu logam/besi, anda masih akan dapat khasiatnya, cuma mungkin sedikit kurang.

*********************************

Sunday, November 1, 2009

* KEMPEN PENGUMPULAN TESTIMONIAL (berakhir 28 Feb 2010)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya dengan besar hati ingin menganjurkan Kempen Pengumpulan Testimonial tentang khasiat madu lebah atau royal jelly.

Sekiranya anda adalah pengguna madu lebah atau royal jelly yang dibeli daripada saya, dan ingin berkongsi pengalaman positif tentang khasiat madu lebah atau royal jelly itu, saya amat mengalu-alukan anda untuk menyertai kempen ini.

Testimonial terpilih akan saya kongsikan di blog madu-lebah-nida.blogspot.com.

Sebagai tanda penghargaan daripada saya, sekiranya testimonial anda terpilih untuk saya kongsikan di blog itu, saya akan hadiahkan anda sebotol besar (1 kilogram) Madu Lebah Tualang atau Royal Jelly, mengikut pilihan anda.

Untuk menyertai, sila hantarkan testimonial anda ke nidabead@yahoo.com.

Harap saya terima penyertaan anda. Terima kasih.


Berikut ialah syarat-syarat penyertaan untuk Kempen Pengumpulan Testimonial.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua pelanggan yang telah membeli madu lebah atau royal jelly daripada pemilik blog madu-lebah-nida.blogspot.com.

2. Hadiah bagi pertandingan ini adalah sebotol besar (1 kg) madu lebah Tualang atau Royal Jelly mengikut pilihan pemenang. Bagaimanapun, pihak penganjur masih mempunyai hak untuk menukar hadiah ini kepada yang dirasakan sesuai jika terdapat apa-apa masalah.

3. Setiap penyertaan Testimonial perlu menghantar gambar, nama, asal dari mana dan pengakuan penulis/penjaga berkenaan khasiat madu lebah Tualang/Royal Jelly yang telah dibeli daripada Nida berdasarkan . Testimonial boleh dihantar kepada alamat emel: nidabead@yahoo.com.


5. Setiap penyertaan hendaklah di hantar tidak lewat dari 28 Februari 2010.

6. Setiap penyertaan yang di terima adalah menjadi milik Nida, pemilik blog madu-lebah-nida.blogspot.com. Nida berhak untuk menggunakan mana-mana bahagian daripada penyertaan tersebut untuk tujuan pameran atau percetakan.

7. Keputusan akan diumumkan di laman web http://madu-lebah-nida.blogpost.com sementara pemenangnya akan dihubungi melalui emel dan/atau telefon. Segala keputusan yang dibuat adalah muktamad.

8. Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang perubahan terhadap syarat-syarat pertandingan jika sesuai.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, October 6, 2009

* Keluarkan gasnya dan sediakan cawan, ya!


Jika anda telah membeli madu dalam botol 4 segi daripada saya,
pada waktu anda mula-mula terima madu itu, sila keluarkan segera gasnya.

Jika anda tidak mengamalkan minum madu setiap hari, selang 2-3 hari, keluarkan lagi gas daripada botol madu itu.

Dan, pastikan madu disimpan di tempat yang dingin dan kering. (Tapi jangan simpan dalam peti ais kerana khasiatnya akan berkurangan.)

Ini kerana, botol 4 segi tidak sekuat botol jenis bulat.

Mungkin kerana bukan semua 4 'dinding' pada botol 4 segi adalah sama tebal, jadi, botol jenis ini mudah pecah jika tekanan gas tinggi sedikit.

Daripada pengalaman saya, madu yang baru aktif mengeluarkan sejenis gas. Mungkin kandungannya masih aktif (kerana masih baru & masih 'hidup'), jadi, ada sejenis gas yang akan terhasil apabila sama ada pergerakan berlaku pada madu dalam botol (apabila madu dituang) atau apabila madu berada pada suhu yang agak tinggi.

Disebabkan ini juga, apabila anda mula-mula menuang madu, sediakan bekas yang boleh menyimpan kira-kira setengah botol madu.

Ini kerana, ada masanya, madu yang dituang akan membuak dan akhirnya melimpah daripada botolnya selepas anda biarkan seketika.

Jangan risau, ini adalah bagus kerana ini tandanya anda mendapat madu yang baru. Bagi saya, madu yang aktif adalah bagus kerana khasiatnya adalah lebih tinggi. Ini adalah 'personal opinion' saya.

Selepas stok sekarang habis, saya tidak akan menjual madu dalam botol 4 segi. Jika ada permintaan (kerana botol 4 segi lebih menarik daripada botol biasa), segala risiko adalah tanggungan anda.

Terima kasih.

Saturday, September 26, 2009

* PROMOSI RAMADHAN DITERUSKAN DALAM BULAN SYAWAL

(TAWARAN INI TELAH BERAKHIR)


BULAN SYAWAL, BULAN KEMENANGAN BAGI YANG TELAH MELALUI RAMADHAN DENGAN JAYANYA.

HARGA PROMOSI DITERUSKAN SEHINGGA AKHIR SYAWAL!!

DAPATKAN PROMOSI LAIN PADA MASA AKAN DATANG, INSYAALLAH.

HARGA PROMOSI DITERUSKAN HINGGA 19 OKTOBER 2009
(ORDER SEHINGGA 19 OKTOBER AKAN DAPAT HARGA DI BAWAH)
________________________________________________

1kg Tualang - RM40

1kg Royal Jelly - RM40

1kg Madu Lebah Bela - RM25

________________________________________________

Kos penghantaran:
1kg - RM15
2kg - RM20

*************************************************************************
CONTOH-CONTOH URUSNIAGA:

* Contoh 1: Jika anda beli 1 kg madu lebah Tualang, anda bayar: RM55

* Contoh 2: Jika anda beli 2 kg madu lebah Tualang, anda bayar: RM100
*************************************************************************

Dihantar dengan selamat ke rumah anda. InsyaAllah.


Jika anda berminat, sila lihat CARA MEMBUAT PESANAN


Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin!

Nid@ Madu Lebah

Friday, September 25, 2009

Peta ke Petronas Taman Meranti Jaya, Puchong


Sila klik pada imej untuk gambar lebih besar.
Hubungi saya untuk buat janji-temu di Petronas Taman Meranti Jaya dahulu, ya.
016.9689.754
(Please click on image for a bigger picture.)

Thursday, September 3, 2009

KANDUNGAN MADU

Secara umumnya, kandungan karbohidrat (dalam bentuk gula) dalam madu sangat tinggi. Kandungannya berubah-ubah mengikut kualiti nektar (madu pada bunga) dan debunga, bagaimanapun, kandungannya secara umum adalah seperti di bawah:

Kandungan gula dalam madu:
Fruktosa (gula buah): ~ 41%
Glukosa (gula ringkas): ~ 35%
Sukrosa (gula tebu): ~ 1.9%.

Vitamin:
Vitamin A
B1 (Thiamine)
B2 (Riboflavin)
B6
C

Mineral:
Magnesium
Kalium
Kalsium
Natrium (Sodium)
Sulfur
Ferum(besi)
Fosfat

Unsur kandungan lain:
Pelbagai enzim pencernaan
Antibiotik

Secara purata, kandungan madu ialah 17.1 % air.

Satu sudu besar madu (25 ml) mempunyai kira-kira 64 kalori.

Sunday, August 23, 2009

RESEPI CARA PENGGUNAAN MADU

Berikut adalah antara cara-cara penggunaan madu sebagai resepi agar madu menjadi ubat. Tiada kajian saintifik yang telah dijalankan, cuma panduan penggunaan.

Anda boleh cuba dan lihat sendiri jika berkesan untuk anda.

######################################

1.Kanser

Minum 1 sudu makan madu dan 1 sudu teh madu setiap hari selama 3 bulan.

Kanser perut dan tulang dapat disembuhkan dengan ramuan ini, dan telah dibuktikan melalui kajian di Jepun dan Australia.

______________________________________

2.Mandul:

2 sudu besar madu yang diamal setiap malam sebelum tidur membantu menyuburkan anda.
Mengamalkan serbuk kayu manis juga membantu memperkuatkan rahim.

Bagi yang sukar hamil, cuba sapukan madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis pada gusi, dan biarkan bercampur dengan air liur anda dan barulah telan.

______________________________________

3.Penyakit jantung

Madu dan kayu manis dapat mengurangkan kolesterol dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

Ia juga dapat melancarkan pernafasan dan menguatkan detak jantung. Boleh amalkan makan campuran madu dan kayu manis pada roti waktu bersarapan pagi.

______________________________________

4.Mengurangkan kolesterol

Sediakan bahan-bahan berikut:
2 sudu besar madu
3 sudu teh serbuk kayu manis
450ml air teh

Campurkan dan minum.

Ramuan ini dapat menurunkan kolesterol darah hingga 10% dalam masa 2 jam. Madu asli yang diminum setiap hari juga dapat menurunkan kolesterol.

______________________________________

5.Arthritis (radang sendi)

Campurkan 1 bahagian madu dan 5 bahagian air, ditambah 1 sudu teh serbuk kayu manis.

Urutkan ke bahagian yang sakit secara perlahan.

Atau untuk penghidap arthritis, minum campuran secawan air panas dan 1 sudu madu campur 1 sudu teh serbuk kayu manis setiap hari, pagi dan malam.

______________________________________

6.Demam selsema:

Gunakan 1 sudu makan madu suam-suam kuku dan 1/4 sudu teh serbuk kayu manis setiap hari selama 3 hari. Jika keberatan mencampur dgn serbuk kayu manis, amalkan saja mengambil madu untuk mengelakkan atau mengubati selsema.

Ramuan ini dapat mengubati batuk dan selsema yang kronik, juga membersihkan sinus.

______________________________________

7.Jangkitan pada pundi kencing

Campurkan 2 sudu makan serbuk kayu manis dan 1 sudu teh madu ke dalam segelas air suam-suam kuku, kemudian minum.

Gunanya membunuh kuman-kuman di dalam pundi kencing.

______________________________________

8.Sakit perut

Campuran madu dan kayu manis selain mengubati sakit perut, juga membersihkan perut.

______________________________________

9.Mengubati bisul sampai ke akar-akarnya

Campurkan madu dan kayu manis dan sapu pada bisul.

______________________________________

10.Perut kembung

Campuran madu dan kayu manis dapat mengurangkan gas di dalam perut. Dibuktikan oleh penelitian di India dan Jepun.

______________________________________

11.Nafas berbau

Minum campuran 1 sudu teh madu, serbuk kayu manis dan air panas. Dapat membuat nafas segar seharian.

______________________________________

12.Sakit kepala kerana sinus

Minum campuran madu dan jus limau.

______________________________________

13.Keletihan

Campurkan segelas air dan 1/2 sudu besar madu ditaburi serbuk kayu manis.
Minum setiap hari setelah menggosok gigi, kira-kira jam 3 petang kerana waktu ini anda mula rasa penat.

______________________________________

14.Masalah berat badan berlebihan

Minum segelas air yang dimasak bersama madu dan serbuk kayu manis setiap pagi 1/2 jam sebelum makan atau perut dalam keadaan kosong. Amalkan setiap hari.

Sangat berguna bahkan untuk orang yang sangat gemuk. Ramuan ini untuk menghindari lemak terkumpul di dalam tubuh.

______________________________________

15.Jerawat

Sebelum tidur, sapukan 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis pada muka.

Amalkan selama 2 minggu. InsyaAllah, dapat menyembuhkan jerawat sampai ke akar-akarnya.

______________________________________

16.Awet muda:

Jerang 3 cawan air, 4 sudu makan madu dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Minum sebanyak 4 kali sehari, dapat menjadikan kulit segar halus, dan mencegah penuaan.

______________________________________

17.Merawat rambut gugur

Sediakan bahan-bahan berikut:
Minyak zaitun panas
1 sudu besar (25ml) madu
1 sudu teh serbuk kayu manis

CARA: Campurkan bahan-bahan di atas. Kemudian sapu di kepala, dan biarkan kira-kira 5 minit, atau sebaik-baiknya hingga 15 minit. Kemudian, basuhlah rambut.

______________________________________

18.Merawat luka

Madu lebah menghalang daripada luka terkena jangkitan. Sesetengah doktor memang menggunakan madu kerana terdapat antibiotik di dalamnya. Antibiotik ini mempercepatkan penyembuhan luka. Terdapat sejenis enzim yang menyerupai hidrogen peroksida di dalam madu lebah yang membantu luka bebas daripada jangkitan.

______________________________________

19.Melembutkan kulit

Campuran susu dan madu lebah menghasilkan pelembap kulit yang memastikan kulit anda lembut bak sutera.

______________________________________

20.Menjadikan rambut cantik berkilat

Campurkan 1 sudu teh madu lebah ke dalam 4 cawan air suam dan bilaskan rambut anda dengan campuran ini.
Jika anda berambut perang, campurkan jus yang diambil daripada sebiji lemon untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik.

______________________________________

21.Scrub Kecantikan

Campurkan madu lebah dengan gula dan sapukan pada kulit muda dan badan untuk membuang kulit mati. Kulit anda yang telah bersiah daripada kulit mati akan nampak lebih cantik berseri.

______________________________________

22.Sakit mata

Jika mata anda gatal atau berair, titikkan 2 titik madu lebah ke dalam mata anda. InsyaAllah sakit mata akan cepat pulih.

______________________________________

Thursday, August 20, 2009

* Cara membuat pesanan Madu Tualang/Royal Jelly/Madu Kelulut/Madu Lebah Ternak

1. Pastikan anda ingin membeli Madu Tualang/Royal Jelly/Madu Kelulut/Madu lebah ternak.

2. Hubungi saya untuk kepastian stok. Pilih antara 3 cara:
     i) Telefon 016-9 689 754, atau
    ii) SMS ke 016-9 689 754, atau
   iii) Email ke hdhdmail@gmail.com: Tajuk email: Order madu

Nota:
a) Madu lebah Tualang insyaAllah memang selalu ada stok.
b) Royal Jelly, madu kelulut dan madu lebah bela perlu diorder dan bayar deposit seperti di bawah:

3. Jika anda pick-up di Petronas Taman Meranti Jaya, boleh COD (Cash on Delivery) di situ.

4. Untuk SEMUA jenis penghantaran (by-hand atau kurier), sila bank-in bayaran penuh yang berkaitan(harga madu dan kos penghantaran) ke akaun saya.

5. Kos penghantaran by-hand:

---------------------------------------------------------------------------------
**Kos penghantaran by-hand ke kawasan terpilih di KL/Selangor:

Radius 30 km atau kurang* : RM 10 untuk setiap alamat

Radius lebih 30 km* : RM 15 untuk setiap alamat

* dari pusat operasi Nida Madu Lebah (Puchong)
Sila pastikan anda/wakil anda berada di alamat semasa penghantaran.  
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kos penghantaran 'burn'.

---------------------------------------------------------------------------------

6. Kos penghantaran melalui kurier:

---------------------------------------------------------------------------------


**Kos penghantaran dengan kurier ke Semenanjung Malaysia:

1kg/2kg : RM 20
4 kg: RM 33
Lain-lain: Timbang dahulu

-------------------------------------------------------------


7. Contoh bayaran penuh (Madu Tualang/Royal Jelly + kos by-hand delivery):


8. Contoh bayaran penuh (Madu Tualang/Royal Jelly + kos kurier):


Sila bank in bayaran yang sepatutnya ke:

HASNIDA BT MUHAMAD DAUD, 

MAYBANK 1123 5314 6422, atau

CIMB 1242-0002173-200.



9. Sila email bukti bayaran online kepada hdhdmail@gmail.com

10. Hubungi saya setelah bayaran dibuat. SMS-kan nama dan alamat penuh untuk penghantaran.

11. Saya akan kurierkan melalui syarikat kurier GDexpress(atau singkatannya GDex). Penghantaran dalam masa 1-2 hari bekerja, InsyaAllah.


--------------------------------------------------------------------------------------------
Nota: Penghantaran menggunakan botol (tumbler) plastik kerana bimbang pecah jika dihantar dalam botol kaca.  Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa madu lebah sebaik-baiknya disimpan di dalam botol kaca, jadi, sebaik-baiknya anda tukarkan botol menyimpan madu ke botol kaca.  Juga, perlu diketahui bahawa sebaik-baiknya simpan dalam botol yang menggunakan penutup jenis skru, kecuali anda mengamalkan madu setiap hari.  Ini kerana, ada gas yang dibebaskan di dalam madu jika dibiarkan di dalam botol dan tidak dibuka untuk masa yang lama.  Dibimbangi penutup botol akan di'tendang' oleh gas itu dan madu akan terdedah kepada serangga/haiwan lain dan kebersihan tidak dapat dipastikan.

Tiada penghantaran melalui kurier ke Sabah, WP Labuan dan Sarawak kerana syarikat kurier tidak membenarkan penghantaran cecair.  Sila hubungi ejen-ejen Nida Madu Lebah di seluruh Malaysia termasuk Sabah/WP Labuan/Sarawak. (Sila klik)

Jika anda teliti syarat penghantaran barang melalui Pos Malaysia, antara syaratnya ialah tidak boleh menghantar cecair.  Saya kurang pasti bagaimana sesetengah pihak boleh menghantar madu lebah melaluui Pos Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan lupa:

===> Sila email bukti bayaran online kepada hdhdmail@gmail.com


Terima kasih daun keladi,
Kalau sudi, orderlah lagi
InsyaAllah




* Himpunan Hadis Nabi S.A.W tentang Madu Lebah

Sumber:
Terjemahan Hadis Shahih Bukhari
(Terjemahan: Hj Zainuddin Hamidy & Hj Fachruddin Hamidy, Kallang Book Store, Kuala Lumpur)

* Hadis #1663:
Dari Ibnu 'Abbas r.a.,
dari Nabi saw, (maksudnya): "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu."

* Hadis #1664:
Dari 'Aisyah r.a., (maksudnya)
Nabi saw amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu.

* Hadis #1665:
Dari Abu Sa'id r.a: (maksudnya) Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw dan berkata: "Saudara saya sakit perut."

Rasul menjawab: "Beri ia madu!"

Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya.

Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!"

Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya.

Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!"

Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan."

Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudaramu yang bohong. Beri ia madu!"

Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya.

*

* Cara menguji keaslian madu (How to test pure honey?)

Cara 1 (Method 1): Madu asli membentuk hexagon di dalam air (Pure honey makes hexagon shapes in water when you swirl it) (Sila klik link untuk lihat video saya di youtube.com) (Please click the link to view a video I put on youtube.com)


Cara 2 (Method 2): Jika anda celupkan kepala mancis ke dalam madu asli dan menyalakannya, mancis masih boleh menyala. (If you dip a match into pure honey, it will still light up) (Sila klik link untuk lihat video saya di youtube.com) (Please click the link to view a video I put on youtube.com)

Cara 3 (Method 3):
1. Isikan anggaran setengah sudu madu ke dalam sudu besi. (Fill half a teaspoon of honey into a metal spoon.)

2. Nyalakan sebatang lilin. (Light up a candle.)

3. Panaskan madu tadi di atas api lilin. (Heat the honey on the candle fire.)

Jika madu asli, apabila dipanaskan, gelembung besar akan terbentuk dan akan membuak-buak, tapi jika bukan madu asli, hanya buih-buih kecil yang akan terbentuk.
(When heated, a big bubble will form in the spoon and it will 'boil' like a volcano wanting to erupt. If it is fake honey, only small bubbles will form.)

Cara 4 (Method 4)
1. Tuangkan sedikit madu ke dalam cawan dan simpan dalam bahagian pembeku di peti ais.
(Pour some honey into a cup and put it in the freezer.)

2. Biarkan beberapa jam, dan keluarkan.
(Let the cup stay in the freezer for a few hours and then take it out.)

3. Madu asli tidak akan membeku. Ini kerana madu asli mempunyai kandungan air yang sedikit.
(Pure honey will not freeze. This is because pure honey has very low content of water.)

Cara 5 (Method 5)
1. Titikkan madu ke atas kertas A4.
(Drop a single drop of honey onto a piece of A4 paper.)

2. Madu asli akan membentuk satu titik madu yang bulat mengelembung.
(Pure honey will form a well rounded shape.)

3. Biarkan selama mana pun. Jika madu asli, bentuknya terus tetap begitu.
(Let it stay for however long. If it is real honey, the shape will stay)

Wednesday, August 19, 2009

* Madu Lebah Bela (Cultured Bee Honey)

Madu Lebah Bela (Cultured Bee Honey)

Berat 1kg : RM 30 (Sila lihat jika ada Promosi Semasa)
Weight 1kg : RM 30 (Please check if there is a Promotional Price)

Madu lebah yang dipelihara

Madu lebah ini sesuai jika anda ingin menggunakan madu lebah dalam masakan, atau ambil secara berterusan dengan lebih kerap berbanding madu lebah Tualang. (Ini kerana, ada antara kita yang memang meminati madu, jadi penggunaan gula mereka digantikan dengan madu.)

Bagi sesetengah orang juga, kesan madu Tualang adalah terlalu kuat pada mereka, contohnya, madu memang boleh bertindak sebagai 'pembuka selera', jadi, bagi sesetengah perempuan, mereka bimbang apabila selalu berselera apabila menikmati makanan. Disebabkan khasiat madu Tualang adalah lebih tinggi, apabila seseorang itu mengamalkannya, memang kesan ini lebih dirasai. Bagaimanapun, untuk pengetahuan anda, madu sebenarnya boleh digunakan untuk menjadi resepi jika anda ingin menurunkan berat badan. Sila klik di sini untuk melihat resepi-resepi penggunaan madu sebagai ubat dan penawar.

Harga madu ini ialah yang paling murah saya tawarkan antara ketiga-tiga produk ini. Harga ini masih lagi kompetitif kerana kandungannya ialah untuk 1 kilogram madu asli.

**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-

Pengongsian daripada,
Kawan anda di Nid@ Madu Lebah
016.9689.754

* Madu Tualang Hutan (Pure Honey)




Madu Tualang Hutan Asli
(Pure Forest Bee Honey, taken from "Tualang" tree)


Madu Tualang

Madu Tualang ialah madu hutan yang diambil daripada pokok Tualang.
Pokok Tualang ialah sejenis pokok hutan yang tumbuh tinggi, boleh mencapai kira-kira 30 meter.

Warna madu Tualang ialah coklat kehitaman. Kadangkala, kita akan jumpa madu Tualang yang berwarna lebih cerah. Bagaimanapun, secara peribadi, saya sangsi jika saya terjumpa madu Tualang yang berwarna lebih cerah, kerana selama pengalaman saya berniaga madu (online sejak tahun 2009) saya belum pernah mendapat bekalan madu Tualang yang berwarna cerah.

Secara amnya, madu Tualang ialah madu yang paling sesuai untuk semua lapisan umur. Jika anda tanya saya, madu apa yang paling bagus untuk anda, saya cadangkan madu Tualang. Lebih-lebih lagi, harga yang saya 'hadiah'kan kepada anda ini ialah antara yang termurah (jika bukan yang termurah) anda akan jumpa.

**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-**-

* PROMOSI RAMADHAN AL-MUBARAK

AHLAN WA SAHLAN, YA RAMADHAN - BULAN RAHMAT UNTUK UMMAT ISLAM.

HARGA DITURUNKAN SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!

HARGA PROMOSI (Sempena Ramadhan al-Mubarak)
________________________________________________

1kg Tualang - RM40

1kg Royal Jelly - RM40

1kg Madu Lebah Bela - RM25

________________________________________________

Kos penghantaran:
1kg - RM15
2kg - RM20

*************************************************************************
CONTOH-CONTOH URUSNIAGA:

* Contoh 1: Jika anda beli 1 kg madu lebah Tualang, anda bayar: RM55

* Contoh 2: Jika anda beli 2 kg madu lebah Tualang, anda bayar: RM100
*************************************************************************

Dihantar dengan selamat ke rumah anda. InsyaAllah.


Jika anda berminat, sila lihat CARA MEMBUAT PESANAN


Salam Ramadhan!

Nid@ Madu Lebah