Monday, May 24, 2010

PENGUMUMAN: Nida madu lebah bercuti

Salam mesra buat pengunjung,

Saya ada pengumuman.

InsyaAllah saya akan bercuti selama seminggu, dari 6 Jun 2010 hingga 14 Jun 2010.

Dalam tempoh ini, anda boleh terus hantarkan SMS, tetapi, SMS anda cuma akan dibalas selepas tempoh saya bercuti.

Ini bukanlah kerana saya tidak mahu melayan SMS anda, tetapi kerana ada kekangan yang menghalang saya berbuat demikian.

Selain itu, semestinya, anda boleh terus menghantar email kepada saya di nidabead@yahoo.com.  InsyaAllah, email anda akan dibalas secepat mungkin selepas saya pulang dari bercuti.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini. 

Sebagai bukti saya menghargai sokongan anda selama ini, nantikan promosi sempena ulangtahun pertama kemunculan blog madu-lebah-nida.blogspot.com ini pada bulan Ogos nanti.

Untuk pelanggan yang sudah tahu keaslian madu lebah yang saya bekalkan, anda boleh ambil peluang ini untuk berbelanja sambil berjimat kerana ada diskaun hebat untuk botol kedua dan seterusnya.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi atas sokongan anda, semoga Allah Merahmati anda, amin.

Salam mesra,
Nida
016 - 9689754